Journal 2011 ~ #253

Wow!! agak lama juga aku x update weblog ni, nk kata bz x de la bz sgt, keje suam2 kuku jer, tp minggu lepas aku mng x berdaya nk update weblog ni, keadaan aku terpaksa lepaking kt hospital selayang selama 2 hari huhu (mcm enjoy plak duk hospital erk!!) mcm2 hal terjadi minggu lepas mula2 batuk hampir 3 minggu x baik2 klinik plak rujuk aku ke hospital selayang kt sana buat x-ray skali lg n ambik blood utk lab test, erkk!! ngeri jer bunyi nyer mcm sakit serius bebenar. Akhirnya keputusan menyatakan dlm darah kena jangkitan KUMAN!? Fuh!! hebat betul kuman2 skg ni hihi yg bg ngeri nyer bila doktor kata platlet (darah putih) aku tinggi takut2 kena lukimia ish..ish..ish!! minta simpang 44 malaikat. Doktor ni mng suka buat aku suspend ler plak, smpi kena hantar g fever counter kut2 kena denggi la apa la.. isk!! mengarut betul da tu nk menunggu pnya la lama, adeii leceh betul g hospital kerajaan ni, mcm2 ujian kena buat ambik darah bagai nk rak da la tu sakit x kena bius slalu aku derma darah kt PDN kena bius taw!! huhu..

Ok la kita tinggal citer pasal sakit darah berkuman ni, naik muak aku citer. Kali ni nk citer pasal artis plak (cewah!! mcm cik kia kaki gosip plak hihi) btw aku nk citer pasal Yuna yg baru2 ni menang award dlm AIM (bkn Amanah Ikhtiar Malaysia k, tp Anugerah Industri Muzik hihi) mungkin sbg peminat Yuna dia adalah pemenang walaupun award tersebut akhirnya d beri kpd Anuar Zain atas kesilapan, kecuaian para juri menilai lagu Yuna dan Anuar Zain. Bagi peminat mungkin x memahami bagaimana cara utk membuat penilaian namun sikap kecuaian dan kealpaan tu yg membuat peminat rs kurang senang dgn pihak yg bertanggungjawab. Namun walaupun KEMENANGAN tu bkn milik Yuna lagi tp sbg peminat Yuna menerusi lagu Penakut mng juara di hati peminat kerana lagu tersebut sbenarnya lebih berhak utk menerima kemenangan kerana keunikan kelunakan muzik itu membuat sesiapa saja yg memahami muzik pasti mengatakan lagu itu punya aura tersendiri. Sumber drpd www.illustrasiaku.com menyatakan "walaupun pada mulanya ramai mempertikaikan kemenangan lagu Penakut kerana lagu ini kalah kepada lagu Sedetik Lebih untuk kategori lagu pop terbaik, namun dengan keputusan untuk menarik balik kemenangan ini menunjukkan ada beberapa kelemahan yang perlu segera diperbaiki AIM. Agak memalukan untuk keputusan ditarik balik buat satu anugerah yang tinggi prestijnya."

So tepuk dada tanya minda, uols lebih pandai n lebih arif dlm membuat keputusan namun sampai bila nk jd mcm ni klau asyik buat keputusan salah jer, yg jd mangsa mereka2 yg bertanding. Bukan gelaran atau kemenangan yg d cari tp maruah n air muka org pn kena juga jg. Walaubagaimana pun tahniah jg buat Yuna kerana berjaya merangkul kategori artis kembara AIM.

No comments: