Journal 2011 ~ #237

Adakalanya aku merasakan kehidupan ini tak adil buat aku, sering kali ada saja provokasi atau diskriminasi terhadap hidup aku. Adakalanya setiap apa yang kita impikan pasti akan ada saja yang menghalang atau ada saja ujian yang mungkin mencabar kewarasan pemikiran aku sendiri. Kadangkala aku terpaksa membuat keputusan yang benar-benar di luar jangkaan aku sendiri. Bukan kekesalan yang aku cuba sampaikan tapi kekecewaan yang membuat aku rasa benci dan bosan dengan kehidupan sebegini.

Mungkin kehidupan ini sering diatur sebegini.. aku tidak menyalahkan kepada Pencipta atau menapikan kewujudan Qada dan Qadar sesuatu kehidupan itu, tapi aku memikirkan akan nasib yang menimpah diri ini dari hari ke hari. Bukan meminta simpati cuma luahan hati yang merasakan tidak adil buat diri ini. Sejujurnya aku mula merasakan kebosanan dengan perkataan komitmen untuk meneruskan sesuatu urusan itu. Sukar untuk kita berpegang teguh dan melaksanakannya jika ia selalu berakhir dengan kekecewaan atau kegagalan. 

Hari demi hari, bulan berganti bulan dan tahun seban hari bertambah.. aku masih lagi begini. Perkataan jujur dan setia pada aku kini dah mati seolah ia meragut kebahagiaan sebahagian diri aku sendiri. Kenapa ia? setiap yang kita harapkan itu selalu saja di balas dengan kekecewaan. Seolah soal hati soal perasaan itu satu permainan yang senang buat orang lain perlakukan, seolah hati dan perasaan itu bagai satu boneka yang boleh di ambik dan di buang. Mudahnya hidup sedemikian, seolah-olah tiada perasaan belas kasihan terhadap orang lain. Jika benar ia berlaku apa rasa hati dan perasaan jika ia terjadi pada diri sendiri di lukai dan di kecewa? Pasti rasa terlukakan, moga apa yang berlaku itu pasti akan ada hikmah di sebalik semuanya.


Stacy - Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu...Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Journal 2011 ~ #236

Betul-betul tak der mood hari ni, bosan dengan orang sekeliling suka jaga tepi kain orang what ever.. who care!! Than korang sapa pada aku? Plz la jgn nk sibuk tepi kain orang kalau rasa diri tu bagus sangat tak per sendiri pon hmm.. hancuss!! ADA HATI nk mengata kat aku nk nasihatkan aku. Why? that my word it stupid or menyakitkan hati korg ker? klau x suka x yah nk tnya2 plz shut up your mouth n close your eye don't see like a blind person!! Untuk apa jd hipokrit!! utk org lain memuji kita ni baik!! lepas tu org tindak kita, itu korg punya hal tp pd aku BUKAN!! sbb aku di lahirkan utk jd manusia semula jd bkn jd hipokrit!!! Apa pun topeng yg aku pakai biarlah yg asli bkn palsu semata-mata.

Kalau korg rs jg imej korg yg slalu hipokrit tu silakan, biarlah kata-kata aku yg aku luahkan tu korg kata mencerminkn peribadi aku imej diri aku tp korg CERMIN balik diri korg tu, perface sgt ker? bagus sgr ker? Kadang-kala org yg mcm aku ni lebih baik dr korg yg suka sibuk hal org lain, lebih memahami bila d lukai atau d sakiti. Korg x akan rs bila korg x kena... YES i'm always positif thinking!! so sbb tu aku berani letak kata-kata sedemikian bukan pengecut!! lagipun aku bg ayat tu utk org yg perasan BAGUS!! bkn utk korg yg suka jaga tepi kain org!! Who care!! biar pon open public, biar pon satu dunia baca ada aku KESAH!! biar seluruh dunia pon baca aku tak kisah!! sbb aku ingin org tahu apa yg aku ingin sampaikn!! SO... ada yg nk pertikaikannya lagi.. so korg cermin diri sblom korg rs nk tegur or bertanya, korg pikir la sndiri!!

Journal 2011 ~ #235

Hari ni mood aku kurang baik mungkin stress dengan urusan kerja yang membuat aku rasa terbeban dan bos pula asyik tanya itu tanya ini, sume benda letak pada bahu anak buah smpi report unit pon kena aku buat rasa mcm nk ambik jer tempat dia biar aku jd pengarah plak!! Bosan betul dengan kehidupan seharian bekerja dan terus bekerja. Walaupun gaji di bayar kekadang penghargaan tu belum tentu di hargai. Besa la anak buah buat keje bos la kutip habuan n dpt nama, hmm.. terasa bosan dgn sume tu, klau ada peluang yg lebih bagus mau saja aku pergi melangkah terus kehadapan. tapi perasaan sayang dan cinta pada tmpt keje ni buat aku masih bertahan lagi.

Oklah lupakan soal keje.. aku nk citer soal hati n perasaan, lama plak aku x meluahkan soal hati n perasaan ni. Bukan apa slama ni aku cuba utk memujuk hati aku utk menerima kehadiran sesorg dlm hidup ini tp aku masih lg bertangguh, jawapan yg pasti aku masih memikirkan risiko yang bakal aku hadapi. Slama aku mengenali lelaki dlm hidup aku ni slalu jer berakhir dgn kekecewaan. Aku da bosan dgn sume tu slalu saja kecewa di peralatkan dan di pergunakan. Seolah-olah lelaki hari ni sume nyer tiada keikhlasan, slalu ambik kesempatan atas apa yg kita miliki. Mahu saja aku sepak terajang tp masih punya batas utk sume tu, rasa x mahu berteman lg dalam hidup ni. Biar sorg pon x pe, klau ada rezeki bleh ambik anak angkat jer bila tua nnti ada jg teman. Selalu jer aku memikirkan soal anak angkat ni.. tp mna nk mulakn? hmm.. Kesudahannya slalu jer x berkesudahan, klau jumpa pon belum tentu mahu kn diri aku ni seadanya. Entahlah mungkin inilah nasib diri aku sebenarnya.

Journal 2011 ~ #234

Berada d KKIA mbuat kaki ku rasa berat utk meninggalkan bumi sabah ni, byk yg ingin aku lakukn tp tugas d pejabat buat aku memikirkn ttng keje. Entah bila lg nk blik kk bulan dpn da start final semester. Psediaan ntah aku x tau hanya 1 buku jer yg sempat aku baca dlm bcuti ni. Meninggalkn mum buat rs sedih sgt teringin benar nk bw mum skali tp hati org tua slalu saja berat nk tinggalkn rumah.

Journal 2011 ~ #233

Aduan pelanggan berkesan tingkat mutu pengurusan 

Oleh Hasliza Hassan hasliza@bharian.com.my 2010/08/06

Penjawat awam perlu kikis sindrom menolak realiti dengan bersikap terbuka terima kritikan masyarakat

BANYAK aduan yang diterima bukan bermakna organisasi atau jabatan tidak memberi perkhidmatan bagus dan kurang aduan juga bukan petanda jabatan sudah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Justeru, jumlah aduan bukan penanda aras dan tidak sepatutnya menjadi asas penilaian kecemerlangan organisasi atau jabatan, sebaliknya aduan yang diterima perlu diberi perhatian serta diurus dengan berkesan.


Ketua Jabatan Siasah Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, berkata aduan bukan sesuatu yang negatif dan perlu dilihat sebagai pendorong kepada usaha penambahbaikan bagi mantapkan pengurusan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan.


Katanya, cara mudah mengetahui prestasi pengurusan atau pentadbiran ialah daripada penerima perkhidmatan atau pelanggan kerana matlamat akhir pengurusan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.


“Pengurusan yang baik adalah pentadbiran yang memahami hala tuju untuk mencapai matlamat menjaga kepentingan asas masyarakat serta organisasi. Pengurusan yang baik boleh mencegah kepincangan yang menyebabkan timbulnya aduan,” katanya.


Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Teras Pengurusan Islam’ pada Persidangan Kebangsaan Pengurusan Aduan Menurut Perspektif Islam berkata, matlamat pengurusan juga untuk menghilangkan kesusahan kepada masyarakat.


Matlamat lain untuk menjaga kepentingan awam dengan membawa perkara baik, boleh diterima, membabitkan kepentingan semua lapisan masyarakat serta tidak melanggar prinsip syariah bersandarkan al-Quran dan sunnah.


Persidangan Kebangsaan Pengurusan Aduan Menurut Perspektif Islam dianjurkan Institut Perkembangan Minda (INMIND) dengan kerjasama Jabatan Siasah Syariah dan Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam UM.


Sharifah Hayaati berkata, dalam pengurusan atau memberi perkhidmatan, hakikat dipersetujui semua ialah pelanggan selalunya betul dan oleh itu, aduan atau kehendak kumpulan berkenaan perlu dipenuhi dengan apa cara sekalipun.


Katanya, konsep itu juga menepati teras pengurusan dalam Islam yang menekankan kebajikan masyarakat dalam memelihara agama, akal, jiwa, keturunan dan harta yang terangkum dalam penyediaan perkhidmatan berkualiti.


“Sebab itu aduan tidak boleh dilihat sebagai perkara negatif. Jika ada aduan, tindakan seterusnya ialah menguruskan aduan itu dengan baik. Apabila aduan diuruskan dengan baik, sudah pasti organisasi turut bertambah baik dari aspek pengurusannya.


“Apabila nilai baik diterapkan dalam diri, ia mampu melahirkan individu berintegriti yang melakukan tugas dengan baik walaupun bos tiada, memberi perkhidmatan tanpa mengharapkan imbuhan dan membuat penambahbaikan secara berterusan,” katanya.


Beliau berkata, bagi mencapai tahap pengurusan yang baik, penekanan perlu diberi kepada nilai atau akhlak kerana Imam Al-Ghazali menyatakan nilai yang tertanam dalam jiwa seseorang melahirkan tindakan baik secara spontan.


Menurut Al-Ghazali, nilai utama dalam akhlak yang membentuk kecemerlangan terbahagi kepada empat iaitu kesesuaian ilmu dengan tindakan, keadilan, keberanian mempertahankan kebenaran dan kemuliaan diri yang mencegah daripada perbuatan di larang Allah.


Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam UM, Dr Bharudin Che Pa, berkata penubuhan unit pengaduan awam adalah satu kaedah memenuhi tujuan dan matlamat syariah kerana tanpa kaedah itu kesejahteraan umum sukar dicapai dalam pentadbiran negara ini.


Katanya, usaha melakukan sesuatu yang baik seperti menubuhkan sistem pengaduan awam berasaskan konsep Islam untuk mencapai maksud baik juga dapat mendekatkan diri kepada keredaan Allah.


“Pentadbiran negara Islam hendaklah berusaha mencari keredaan Allah dengan menunaikan tanggungjawab termasuk mendengar rintihan rakyat. Biro Pengaduan Awam (BPA) cara baik memenuhi tujuan itu.


“Penubuhan sistem pengaduan awam bagi sesuatu agensi juga akan memudahkan agensi berkenaan memperbaiki kesilapan masing-masing,” katanya yang membentangkan kertas kerja ‘Pengaduan Awam: Analisis dari Perspektif Islam dan Amalannya di Malaysia.’


Beliau berkata, aduan awam adalah sistem pemantauan berkesan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan yang jika berjaya dicapai meningkatkan kepuasan pelanggan seterusnya menaikkan imej agensi awam.


Oleh itu, aduan bukan perkara negatif atau menyusahkan tetapi petunjuk sama ada kakitangan agensi awam sudah melaksanakan tanggungjawab diamanahkan mengikut ketetapan serta memenuhi keperluan pelanggan.


Dr Bharudin berkata, pelaksanaan sistem pengaduan awam juga bukti kerajaan bersikap terbuka menerima teguran rakyat mengenai pelaksanaan dasar, program atau projek kerajaan dan memungkinkan jalinan dua hala dengan mereka. Dari perspektif pelanggan pula, aduan yang diterima dan diuruskan dengan berkesan secara tidak langsung membolehkan agensi berkaitan mempertingkatkan mutu penyampaian yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan kerajaan.


Namun katanya, tidak dinafikan berlaku aduan tidak dilayan, kelewatan memberi maklum balas dan aduan gagal diselesaikan disebabkan sikap pegawai tidak melaksanakan tugas serta pelanggan yang tidak arif mengenai prosedur membuat aduan.


Pensyarah Jabatan Siasah Syariah Akademi Pengajian Islam UM, Dr Siti Arni Basir, berkata penjawat awam perlu membuang sindrom menolak realiti dan bersikap terbuka menerima kritikan daripada rakyat.


Beliau menyarankan penjawat awam dan pemimpin mencontohi Saidina Umar al-Khattab yang sentiasa bersedia menerima kritikan daripada orang ramai yang ditujukan kepadanya serta pegawainya.


“Pengurus organisasi dan ketua jabatan hendaklah bersikap terbuka apabila menerima aduan. Sikap menuding jari antara ketua dan pekerja atau sesama pekerja perlu dielakkan kerana yang penting ialah mengambil langkah menangani aduan diterima,” katanya.

Journal 2011 ~ #232

Minggu ni minggu yang memenatkan aku diriku, semalam event kat Auditorium DBKL. Nasib baik lah semalam tak pitam and semuanya berjaln dengan lancar. Selesai jer event aku terus bergegas balik nak pergi klinik dah tahan dengan sakit kepala, flu and fever. Sampai jer rumah aku bantai semua ubat yang diberi oleh doktor, terus tidur hihi rasanya itu ubat yang terbaik selain ubat yang aku makan. Sepatutnya hari ni juga aku terlibat event yang berlangsung 2 hari tapi aku tak berdaya nak pergi rasa nak tidur saja dari pagi sampai pagi esok harinya.. biasalah kalau dah demam semua benda pun tak akan ada mood. So lepak kat rumah saja lerr.


Mungkin minggu depan aku terpaksa on leave, nak pergi bercuti nak rehatkan diri. Pesan doktor aku terlalu penat dengan kerja aku, So ambil keputusan untuk berehat seketika walaupun 2 minggu lagi Audit Sirim nak datang untuk audit. Lantaklah aku nak rehat sambil-sambil tu boleh lah aku baca buku, end of this month dah nak final semester so kenalah bagi tumpuan lebih. Wokey lah time to sleep now!! penangan ubat yang cukup hebat buat mata aku dah mula mengantuk. See u all soon, adiosazz!!