Journal 2011 ~ #231

Acer Liquid E
Iman ku tergoda dengan smartphone ketika ini, banyak kekawan suruh aku ambik Blackberry, iPhone atau HTC. Hmm.. kepala aku dah mula pening nak memikirkan yang mana satu aku nak beli. Dah 4 tahun aku tak tukar handphone sebenarnya. Sony Ericsson K810i ni juga jadi peneman aku ketika ini. Tapi zaman sekarang makin berubah. Apatah lagi kerjaya aku memerlukan aku menggunakan kemudahan yang serba ringkas. 

Beberapa hari ni kat laptop aku ni asyik mencari smartphone yang lain dari yang lain, kalau boleh tak nak la membazir sgt membeli smartphone tu. Akhirnya aku jatuh cinta pandang pertama pada model Acer Liquid E, harga dia pun boleh tahan. Hmm.. insya allah dalam seminggu dua ni dapatlah nak pakai Acer Liquid E tu, Sony Ericsson ni rasanya nak hantar pergi service nak bagi kat mak aku jer. So anything happen Acer Liquid E memang jd gilaan aku ketika ini, Adiosazz!!

Journal 2011 ~ #230

Profesional ker jadi hacker?? tgk mcm pengecut jer??
Hari ni hari yang begitu membebankan dan menyaratkan kepala HOTAK aku ni.. mana tidak nya berita Protal Kerajaan M'sia yang mempunyai url kat belakang .gov.my bakal di godam. Huh!! untuk apa?? kenapa nak godam?? Aku panggil orang-orang mcm ni memang PENGECUT!! kenapa nak godam kalau tak puas hati kat kerajaan pon ada cara dan saluran lebih baik kan untuk meluahkan segala ketidakpuasan hati kan. Hmm.. tak pasal-pasal orang yang tak berdosa termasuk aku ni menyusahkan kepala otak aku ni.

Semalaman aku tak tidur semalam semata-mata nak memastikan laman web company aku tak di godam. Walaupun tak seberapa tapi data tu amat penting. At least tak der ler data yang hilang, pada Team IT thanks sebab lakukan sesuatu yang terbaik. Adoii aku tak tahu la manusia-manusia ni, dah pandai dah reti guna teknologi tapi merosakkan teknologi, kalau rasa nak tunjuk hebat cipta ler sesuatu yang membanggakan ni tak buat perkara yang membuat orang merasa menyampah dan menyusahkan orang ramai.

Pada PENGODAM-PENGODAM yang tak BERTANGGUNGJAWAB tu.. apa korang dapat?? BAYARAN bagus ker korang hack laman web kerajaan tu?? HUH!! kalau godam terus kaya macam Bill Gates tu tak per? ni menyusahkan diri korang jer buat hal macam tu hmm.. 

Ok lah pada korang berhati-hati dengan segalanya... jangan lakukan perkara BODOH yang mampu menyusahkan orang lain ok. INGAT pesanan ini!! Hidup untuk kesenangan BUKAN hidup dalam MENYUSAHKAN!! Adiosazz!!

Journal 2011 ~ #229

Alahai rindu betul nak update weblog aku ni, sorry ler pada korang yang mengikuti journal weblog aku ni. Ketika ini aku berada di Sabah, seperti mana korang tahu kampung aku kat Sabah. Khamis lalu aku menerima panggilan telefon dari mak aku, biasalah gosip-gosip anak beranak jer kalau mak aku telefon, tapi kali ni lain pula mak aku bagitahu aku, nenek aku masuk hospital sebab muntah darah!! Huh!! aku apa lagi panik tak tentu pasal juga, rasa macam nak terbang pon ada hihi tapi aku cuba sikap lagak tenang. 

Petang tu juga aku balik rumah, packing semua baju-baju aku dan terus bergegas ke KL Sentral untuk cari tiket kapal terbang, mau x mau aku pilih penerbangan MAS, niat di hati nak balik malam tu juga tapi tiket pula penuh so aku terpaksa ambik 1st flight dari KLIA ke KKIA. Kesian juga pada 'si dia' tak pasal-pasal kena ambik aku secara mengejut. Sorry sayang tak sengaja (^_^)

Keadaan nenek aku nampak macam serius tapi keputusan doktor belum diterima lagi, banyak benda yang kena ambil kira, salah satunya faktor usia nenek aku yang makin tua dan uzur. Yang aku kesian tu mak aku dah la tak berapa sihat tapi adik beradik mak aku ni semua tak boleh harap masing-masing dengan hal masing-masing. Kekadang aku naik menyampah tengok perangai makcik dan pakcik aku yang mengada-ngada tu. Yang paling best tu ada pula yang buat tak tahu jer MAK diorang masuk hospital. Aku rasa macam nak sepak terajang jer diorang ni tak der tanggungjawab langsung. Isk!! ikut kan hati dah lama aku jerit kat muka diorang tu tapi aku kena banyak bersabar maklumlah dah masak sangat dengan perangai diorang tu yang berlagak pandai tapi sebenarnya bodoh!! Memalukan diri sendiri jer.

Ok lah hari ni flight aku balik KL 7.05 malam so, lepas ni aku update lagi cerita yang panas lagi sensasi untuk tatapan korang semua yer.. Adiosazz!!

Journal 2011 ~ #228

Birthday Wish
Hari ni 1hb Jun 2011, pada kekawan yang menyambut besday hari ni happy birthday especially pada Arinah Rahim kawan baik semasa sekolah rendah dan menengahku.. moga happy selalu yer Rina.. Anywhere hari ni aku nak bercerita pasal pasal cuti! Hmm.. mesti korang fikir aku nak bcuti lagi kan? hihi actully bukan nak bercuti lagi tapi niat tu memang ada tapi memandangkan jadual kerja aku bulan ni dan bulan depan memang padat susah nak cakap ada je plan yang tak diduga huhu.. sampai nak rehat badan sendiri pun susah tau sebab tu kalau nak ambik cuti kena ambik cuti panjang. 
Cuti-cuti M'sia
So.. tinggalkan dulu citer pasal cuti2 peribadi tu tapi ni aku ni citer pasal cuti2 kat M'sia. Negara kita ni memang best macam-macam cuti ada, (hari raya aidilifitri, aidiladha, raya cina, deepavali, krismas, thaipusam, wesak, good friday, gawai n kaamatan) tapi hari ni aku nak citer pasal kaamatan, sebab aku orang Sabah so aku boleh ler citer pasal kaamatan. Arwah datuk aku berbangsa dusun suong loutud, org kata pio anak jati Sabahan ler so aku ni kiranya berbanggalah juga sebab berdarah kacukan dusun walaupun keluarga aku ni banyak kahwin campur. Wokey! nak dijadikn citer pesta kaamatan ni sebenarnya pesta yg cukup unik pada kaum kadazan dusun di Sabah, sebab apa pesta ini sebenarnya adalah mensyukuri nikmat yg diberi iaitu padi yg ditamam subur dan membuahkan hasil. 
Padi sentiasa menjadi simbolik pada Tadau Kaamatan
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazan dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Tarian Sumazau
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau 'unduk ngadau' dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Salah seorang unduk ngadau iaitu Daphne Iking (duduk)
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan (Tuhan) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya (Kinoingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Sentiasa merujuk kepada yang benar
Namun demikian ini pesanan buat saudara-saudara seislamku, Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan adat budaya, tetapi berkaitan langsung dengan kepercayaan animisme. Justeru berdasarkan sejarah, ia mengandungi unsur-unsur khurafat dan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam. Selain unsur berkaitan aqidah, perkara-perkara haram yang terkandung dalam sambutan Pesta Menuai ialah Unduk Ngadau (ratu kaamatan),  hidangan minum tapai (arak tradisional) dan sebagainya. Pesta kaamatan adalah perayaan yang mengandungi unsur kepercayaan syirik dan khurafat yang ditegah di dalam Islam. Ia juga mengandungi amalan-amalan yang bercanggah dengan akhlak Islam seperti minum arak dan pemeragaan gadis-gadis di hadapan umum. Secara umum pada pandangan saya (penceramah), umat Islam adalah dinasihatkan tidak terlibat dalam perayaan tersebut. Kelonggaran (pada pandangan penceramah) hanya diharuskan untuk menjawab ucap selamat mereka atau menghadiri jamuan-jamuan makan (halal) yang tidak terdapat upacara ritual dan perkara yang diharamkan seperti unduk ngadau atau seumpamanya.

So pada semua, walaupun kita ni 1 bangsa M'sia namun ada had batasannya untuk menyambut sesuatu perayaan terutama sekali pada kita yang beragama islam, jangan pandang enteng atau remeh perkara sedemikian. Biarpun apa asal usul kita namun iman dan akidah kita haruslah dijaga agar tidak terpesong dan merugikan diri sendiri.