Journal 2015 - # 896

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Assalamualaikum! Hi uols! Pengumuman tarikh bermulanya berpuasa telah pun diumumkan yang jatuh pada 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadan 1436H. Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh baraqah dan bulan untukumat islam mengumpul dan membuat sebanyak mungkin kebaikan dan amal soleh.

Moga-moga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang beroleh keberkatan dan dipermudahkan segala urusannya kelak. Ok uols! Apa kata kita amalkan 11 Amalan Sunah Bulan Puasa Ramadhan Yang Dicontohkan Rasul SAW. Ini kerana bulan Ramadhan bagi umat muslim seluruh dunia merupakan bulan penuh berkah, hikmah dan ampunan, karena berbagai amal perbuatan dapat menjadi pahala yang berkali lipat. Umur seseorang hanya Allah SWT yang mengetahuinya, selagi kita masih bertemu bulan Ramadhan bulan seribu bulan ini, sangat beruntung bagi umat muslim yang mau menjalankan sunah-sunah demi mengejar pahala. Nabi besar kita, Muhammad SAW telah role model kepada umat islam dengan amalan sunah yang dapat dilakukan pada bulan suci Ramadhan. Jadi apalagi yang kita tunggu?
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [QS. Al-Baqarah (2): 183]
Berikut ini adalah amalan-amalan yang dianjurkan selama bulan puasa ramadhan sesuai sunnah rasul saw: 
1. Menyegerakan Berbuka Puasa
Apabila telah datang waktu berbuka puasa, hendaklah menyegerakan berbuka, kerana didalamnya terdapat banyak kebaikan. Rosulullah SAW bersabda :
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ – رواه الشيخان
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

2. Melaksanakan Makan Sahur
تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِى السَّحُرِ بَرَكَةٌ – الشيخان –
“Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Membaca Al-Qur’an (Tilawah)
Ayat Al-Qur’an diturunkan pertamakali pada bulan Ramadhan. Maka tak hairan jika Rasulullah SAW sering dan lebih banyak membaca Al-Qur’an di bulan Ramadhan dibandingkan di bulan-bulan lain.

Imam Az-Zuhri berkata, “Apabila datang Ramadhan, maka kegiatan utama kita selain berpuasa adalah membaca Al-Qur’an.” Bacalah dengan tajwid yang baik dan tadabburi, fahami, dan amalkan isinya. Insya Allah, kita akan menjadi insan yang berkah.

Buatlah target untuk diri anda sendiri. Jika di bulan-bulan lain kita khatam membaca Al-Qur’an dalam sebulan, maka misalnya di bulan Ramadhan kita boleh memasang target dua kali khatam. Lebih baik lagi jika ditambah dengan menghafal satu juz atau surat tertentu. Hal ini boleh dijadikan program utama bersama keluarga.

4. Memberikan Makanan Berbuka Puasa (Ith’amu ath-tha’am)
مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ – صحيح النسائى و الترمذى
“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (Shohih Nasa’i dan Tirmidzi)

Amal ibadah mulia ini dapat Anda manfaatkan bersama jiran tetanga atau anak-anak yatim yang bermukim disekitar rumah Anda. Memberikan makanan ini hanya satu contoh yang dapat kita terapkan dalam hal berbagi rezeki sesama umat. Hal ini juga perlu dibiasakan, agar setelah selesai bulan Ramadhan, hal ini tidak berhenti begitu saja.
5. Berdakwah 
Jangan sia-siakan bulan Ramadhan kali ini. Sepanjang bulan Ramadhan kita punya kesempatan berdakwah kerana pastinya suasana Ramadhan sudah sangat terasa dimana-mana dan tiap orang siap menerima nasihat.
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Al-Imran[3] : 104)

Namun pastikan jika Anda memberi nasihat haruslah ada dalilnya. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa menunjuki kebaikan, baginya pahala sebagaimana orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikit pun.”

6. SolatTawawih (Qiyamul Ramadhan)
Ibadah sunnah yang khas di bulan Ramadhan adalah shalat tarawih (qiyamul ramadhan). Dan yang paling penting diingat ialah solat tarawaih dapat dilakukan dirumah sekali pun.

Rasulullah saw pernah merasa khawatir kerana takut solat tarawih dianggap menjadi solat wajib kerana semakin hari semakin banyak yang ikut solat berjamaah di masjid sehingga beliau akhirnya melaksanakan solat tarawih sendiri di rumah. *Baca Juga: Etika Shalat Tarawih & Witir

7. I’tikaf
Inilah amalan ramadhan yang selalu dilakukan Rasulullah saw. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribada kepada Allah swt. Abu Sa’id Al-khudri meriwayatkan bahwa
Rasulullah saw. pernah beri’tikaf pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan, dan paling sering di 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

Sayangnya, ibadah ini dianggap berat oleh kebanyakan orang Islam, jadi sedikit yang mengamalkannya. Hal ini diulas oleh Imam Az-Zuhri, “Aneh benar keadaan orang Islam, mereka meninggalkan i’tikaf padahal Rasulullah tidak pernah meninggalkannya sejak beliau datang ke Madinah sampai beliau wafat.”

8. Lailatul Qadar
Ada bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa: lailatul qadar, malam yang penuh berkah. Malam itu nilainya sama dengan seribu bulan. Rasulullah saw. amat berjaga untuk meraih lailatul qadar. Maka, Beliau menyuruh kita mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

Kenapa? kerana, “Barangsiapa yang solat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu kata Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Bahkan, untuk mendapatkan malam penuh berkah itu, Rasulullah saw. mengajarkan kita sebuah doa, “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii.” Ya Allah, Engkaulah Pemilik Ampunan dan Engkaulah Maha Pemberi Ampun. Ampunilah aku.

9. Umrah
Jika Anda punya rezeki cukup, pergilah umrah di bulan Ramadhan. kerana, pahalanya berlipat ganda. Rasulullah SAW. berkata kepada Ummu Sinan, seorang wanita Anshar, agar apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah saw. (HR. Bukhari dan Muslim)

10. Bertaubat
Selama bulan Ramadhan, Allah SWT membukakan pintu pengampunan bagi seluruh hambanya. kerana itu, bulan Ramadhan adalah kesempatan dan peluang emas bagi kita untuk bertaubat kembali ke fitrah kita.

11. Zakat Fitrah
Zakat fitrah wajib dibayarkan sebelum hari Ramadhan berakhir oleh umat Islam, baik lelaki-perempuan, dewasa maupun anak-anak. Tujuannya untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

Itulah beberapa amalan ibadah mulia yang diajarkan oleh Nabi besar kita Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan. Semoga kita dapat mengerjakan semua amalan ibadah tersebut dengan niat ikhlas dan mengharap redha HANYA dari Allah SWT. Amiin.

Journal 2015 - # 895

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

TERKINI! Gegaran demi Gegaran: Kinabalu terus bergegar lagi



Assalamualaikum! Hi uols! Seawal 2.29 pagi pada 13 Jun 2015, aku sekeluarga dikejutkan dengan gegaran yang berskala richter 5.0 kalau mengikut Apps LastQuake (CSEM EMSC). Setakat ni tak ada ler berita yang tidak menyenangkan lagi tapi tak tahulah sekitar Ranau dan Kundasang sebab pusat gegaran bermula di sana.

Ramai rakan-rakan facebook update akan gegaran yang dialami pagi tadi termasuklah aku sendiri. Rata-rata seluruh Sabah mengalami gegaran tersebut. Masyallah besar sungguh ujian yang Allah berikan dalam 2 minggu ini. 





Sejak 5 Jun 2015 beberapa siri gegaran telah tercatat sebenarnya, iaitu:- 
  • 5 Jun 2015, 7.15AM: 6.0 Magnitude
  • 5 Jun 2015, 9.12PM:  4.4 Magnitude
  • 5 Jun 2015, 11.13PM: 4.7 Magnitude
  • 6 Jun 2015, 1.45PM: 4.5 Magnitude dan,
  • 13 Jun 2015, 2.29AM: 5.0 Magnitude

Apa pun sama-sama kita berdoa agar bumi Sabah sentiasa selamat dan di lindungi oleh Allah swt. Oh ya jangan lupa amalkan doa ni jika kita merasai gegaran mahupun apa sahaja malapetaka, moga-moga selamat semuanya.
#PrayForSabah
#SabahEarthQuake

Journal 2015 - # 894

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Terkini (13 Jun 2015): Sabah Bergegar Lagi


Assalamualaikum! Hi uols! Sabah dikejutkan sekali lagi dengan gegaran gempah bumi. Kali ni 5.0 Magnitude pada jam 2.29 pagi 69KM E Kota Kinabalu dan 24KM N Ranau, hampir sama dengan gegaran yang pertama sebelum ini. Gegaran kali ini hampir sama kekuatannya dengan gegaran yang pertama iaitu 6.0 magnitude. Ramai teman-teman facebook terkejut dan mengemaskini status masing-masing akan kesan gegaran tersebut. Awal pagi esok baru dapat melihat akan kerosakan yang di alami.

Apa pun jangan berhenti berdoa dan berhati-hati semua. Ya Allah lindungi bumi Sabah daripada bala bencana ini Ya Allah.

#PrayForSabah
#SabahEarthQuake

Journal 2015 - # 893

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Checklist Persediaan Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum! Hi uols! Insya Allah Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, jika diberi peluang dan
kesempatan minggu depan dah nak masuk Ramadhan yang sentiasa kita rindui dan nantikan sepanjang zaman.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
 
Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.

Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.

Allahumma Ballighna Ramadhan – merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).

Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

So.. Janganlah sia-siakan peluang kali ini, mungkin inilah Ramadhan terakhir buat kita. 

Mari kita rebut peluang ini!

  • Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
  • Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
  • Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
  • Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan
    amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)
  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
  • Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
  • Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
  • Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya.

Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
 
Saudara yang mulia, bagaimanakah kita?

Journal 2015 - # 892

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Kinabalu Antara Lagenda atau Mitos


Assalamualaikum! Hi uols! Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oseania.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di Oseania. Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian daripada Oseania - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung. 

Pada 5 Jun 2015 Negeri Sabah seawal 7.15 pagi kita dikejutkan dengan bencana alam iaitu Gempa Bumi 6.0 Magnitude (Richter Scale) yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau sehingga menyebabkan beberapa kerosakan dan juga mengakibatkan kehilangan nyawa. Salam takziah kepada keluarga yang terlibat dalam musibah ini.

Ada yang menyatakan bahawa gempa bumi terjadi akibat mitos lagenda yang menyatakan semangat gunung atau penjaga gunung marah kononnya 6 pelancong asing berbogel di gunung kinabalu telah marah disebabkan aksi kurang sopan tersebut. Namun dari segi faktor geografi adalah disebabkan fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Gempa bumi berlaku setiap hari dibumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.

Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa-apa yang berlaku pada permukaan bumi, cara tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan cara tenaga ini menyebabkan kemusnahan.

Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan cara meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.

Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.
 
Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.

Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.

Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, dan titik merah gunung berapi seperti Hawaii.

Gempa bumi adalah getaran atau gegaran pergerakan permukaan bumi. Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar di kerak bumi. Perkataan gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan punca. Permukaan bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tektonik, dan gempa bumi berlaku disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan bumimenanggungnya. Keadaan ini sering dijumpai di sempadan plat tektonik di mana kerak bumi atau lithosphere terpisah. Kejadian yang berlaku di sempadan plat dikenali sebagai gempa bumi interplat; gempa bumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat.


Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun. Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Lagenda & Mitos

Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.

Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu, yakni aki membawa maksud nenek moyang, manakala nabalu beerti gunung, "gunung nenek moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

Menurut legenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ia bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak
perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.

Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung-hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.

Di atas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semula jadi, kaum Kadazandusun mempercayai di sinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka bermandi-manda, di sini juga tempat segelintir mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.

Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap di sana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Journal 2015 - # 891

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Jangan Memanggil Dengan Panggilan Yang Buruk

Assalamualaikum! Hi uols! Menjadi kebiasaan bagi orang yang ingkar memanggil orang lain dengan panggilan yang buruk. Maksud sebenarnya dari kebiasaan itu tidak lain adalah untuk merendahkan orang lain dan membuktikan kehebatan dirinya sendiri. Panggilan buruk tersebut bisa diambil dari kekurangan fizikal ataupun kesalahan di masa lampau.

Orang-orang yang ingkar tidak akan melupakan kesalahan orang lain meskipun ia sudah bertaubat.
Akan tetapi, orang beriman berbeza dari mereka. Mereka selalu memaafkan dan menjaga persaudaraan di antara mereka. Itulah sebabnya, mereka tidak berbuat seperti itu. Lagi pula Allah telah memerintahkan,… Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk…. (al-Hujuraat: 11)

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang mukmin, antaranya firman Allah swt bermaksud: ” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim “
 
Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta'ala menjelaskan kepada orang mukmin.
Pertama: Allah subhanahua ta”ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya.
Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda,” Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya”
Kedua: Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta'ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman yang bermaksudnya: "Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji" Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam" Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.

Ketiga: Allah ta”ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud: "Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya." Firman Allah lagi yang bermaksud: "Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah"
Allah ta'ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk.

Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat "Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

Makanya kalau kau tak suka seseorang tu janganlah sampai kau bagi gelaran yang tidak-tidak pada dia. Terutamanya zaman sekarang ni memanggil orang yang tidak kau suka dengan panggilan ‘anjing & babi’ tak kisahlah kau dah spell sebagai ‘hanjeng mahupun pinky pig’. Mungkin bagi mereka ia adalah kelakar. tapi for me, it was not fun at all.

Allah swt anugerahkan akal dan otak untuk berfikir, jika kita panggil manusia lain dengan gelaran seperti binatang maka kita pun sama mcm binatang! So berhati-hati!!

Journal 2015 - # 890

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Breaking New (Sabah Earthquake): Bumi Sabah Bergegar Pagi Jumaat (5 Jun 2015)

Assalamualaikum! Hi uols! Salam jumaat semua.. Setiap apa yang berlaku adalah amaran daripada Allah swt sebagai peringatan kepada hamba-Nya. Pagi ini jam 7.15 pagi bumi Sabah dikejutkan dengan gegaran sekuat 6.0 Magnitude (Richter Scale) yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280


Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan.

 
Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.

Berikut antara gambar yang dikongsikan dalam media sosial:




Berikut video yang sempat dirakam oleh salah seorang pekerja yang bekerja di Kinabalu Park.