Journal 2014 - # 846

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Akibat Meninggalkan Solat

Assalamualaikum! Hi uols! Di riwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

 
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
  • Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
  • Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  • Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Journal 2014 - # 845

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Di Manakah Solat Kita?

Assalamualaikum! Hi uols! Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap Kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.


Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta .a, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.

Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.

Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana.

Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Sumber: myibrah.com

Journal 2014 - # 844

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Azab Allah Kepada Yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum! Hi uols! Tahukah kita bahawa bila umat islam itu mati perkara pertama yang akan ditanya adalah solat! 
Dosa Meninggalkan Solat Fardhu:
  1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
  2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1000 orang umat islam.
  3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
  4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
  5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
 6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu:
  1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
  2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
  3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
  4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
  5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
  6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut:
  1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
  2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
  3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
 3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur:
  1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
  2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
  3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
  1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
  2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
  3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Journal 2014 - # 843

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Nabi Sedih Umat Cuai Solat

Assalamualaikum! Hi uols! Artikel kali ni aku ambil dari sumber Ustaz Sharhan Shafie yang melalui blog beliau iaitu myibrah.com, berkaitan dengan solat yang sering kali umat islam terlupa.

Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya.

Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah SWT meninggikan darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang. Ibadah solat adalah cara ibadah seluruh penghuni langit dan bumi.

Cuai kerana urusan dunia
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri (solat) kepada Allah Azzawajalla.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang yang beriman.”(An-Nisa : 103)
Abu Hurairah RA meriwayatkan: “Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap: “Ah…andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah…aku sungguh menyesali umatku.”

Rasulullah menangis
“Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “Siapa?” tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.”

“Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?”

“Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah.” “Apa yang harus kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam : 59).
“Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?”

“Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).

Abu Darda’ berkata: “Hamba Allah yang terbaik adalah yang memperhatikan matahari, bulan dan awan untuk berzikir kepada Allah, yakni untuk mengerjakan solat.” Diriwatkan pula bahawa amal yang pertama kali diperhatikan oleh Allah ialah solat. Jika solat seseorang cacat, maka semua amalnya akan ditolak.

Perintah ahli keluarga bersolat
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”
“Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir.” (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda’). Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).

Journal 2014 - # 842

Salam Perpaduan, Salam Perjuangan!

Makam Pahlawan Malaysia


Assalamualaikum! Hi uols! Pernahkah korang semua bertandang atau melawat Makam Pahlawan Malaysia yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
 
Baru-baru baru ini aku telah singgah di Masjid Negara dan berkesempatan untuk berkunjung ke Makam Pahlawan. Pada masa itu kebetulan aku singgah untuk menunaikan solat fardu, alang-alang dah sampai teruslah singgah sebenar untuk sedekahkanAl-Fatihah buat mereka yang telah pergi. Kebetulan tak sampai seminggu Ibunda Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru sahaja kembali ke ramahtullah.. Al-Fatihah.

Tahukah anda bahawa Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara sebagai tempat khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa hidup mereka. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.

Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam dilitupi dengan kubah konkrit yang berbentuk bintang pecah sebanyak tujuh yang menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini mempunyai penjuru yang setiap satunya hampir mencecah tanah serta dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah pula direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada batu marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar berwarna emas.
Pada tahun 1973, Tun Dr. Ismail menjadi orang yang pertama dikebumikan di sini.

Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara pada 6 Julai 2007. Majlis pemasangan plak pengisytiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.

Dari apa yang aku perhatikan berjalan dari satu kubur ke kubur yang lain sambil berdoa dan membaca al-fatihah dengan menyebut nama-nama Allahyarham satu persatu di depan kubur  yang ada disini. Take time juga, maklumlah ada lebih sepuluh makam. Selain dari itu ada juga pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara melawat makam ini. 

Sesungguhnya daripada tanah kita dijadikan kepada tanah juga kita dikembalikan. Melawat kubur itu adalah satu peringatan bahawa kita juga akan mati seperti mereka yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita.

Journal 2014 - # 841

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Emak!!

Assalamualaikum! Hi uols! Agak lama tak update weblog ni, kebosanan melanda bila ada orang-orang di sekeliling aku ni mengada-ngada dengan harta dunia ni. Sedari itu aku cuba juga untuk menyatakah bahawa 'I Don't Care' or 'Who Care'. Harta dunia bukan harta akhirat! Kaya macamana pun tinggal juga bukan boleh bawa masuk lubang kubur tu huhu...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj0FR-xmw347hB3A0lCrM_X-Plmax79YD22de3AxDaQwv-41iVABWF4OArcr0WxM42MBGUO8YaAcJFs-sQZcbsgZZBM9s3V9EzvEhI0zxigdh-dXQL2k3atFN16QY5UAyepY9soq9KDhA/s1600/gal590618906.jpgPelik dengan dunia ni makin akhir zaman ni makin ramai yang kejar pangkat dan harta, realitinya inilah yang terjadi pada hari ini. Kisah benar bila terjadi dalam keluarga adik beradik mak selepas arwah datuk dan nenek aku meninggal dunia. Dulu masa tanah dan rumah nak tergadai sanggup kata pada mak "biar orang tua tu tinggal di kaki lima" Astagfirullah... begitulah hati dan perasaan adik mak yang sanggup biar orang tua mereka merempat! Tapi bila orang tua mak meninggal bukan main lagi nak menuntut segala bagai harta! Ambik ler harta tu bila mati jangan lupa bawa masuk lubang kubur doh! Mak jugalah berhempas pulas selesaikan hutang dan tebus balik rumah dan tanah yang tergadai! Tapi sekarang bila rumah tu kosong hasilnya siapa yang dapat! Orang tu juga yang kutip! Nauzubilaminzalik! Tapi mak bukan manusia yang tamak haloba, yang tak pernah cukup dengan apa yang ada, Tapi sedih bila masa orang tua mak susah tiada siapa yang nak membantu!

Lain lagi adik beradik mak yang lain mentang-mentang dah ada kerja baik berjaya dalam hidup (Berjayalah Sangat!!) Siap pandang hina pada mak! Tahulah mak tak sekolah tinggi tak ada pelajaran macam orang yang mula lupa daratan, masa zaman korang sekolah dulu mak cari duit nak bagi korang duit untuk pergi sekolah bayar yuran exam korang! 

http://www.mole.my/sites/default/files/images/apple-polish.storyimage.jpgMak memang seorang ibu tunggal yang kematian suami, nasib baiklah arwah bapak aku tinggalkan sebuah van dan juga duit pencen bulanan, tapi apalah sangat dengan pencen yang kecil mak bukanlah orang yang mudah mengalah! Dengan van yang ditinggalkan mak bekerja membawa van private dari kampung ke pekan, sambil-sambil bawa budak sekolah.

Bertuahkan bila orang pandai mengampuh a.k.a kaki bodek! arwah datuk aku siap buat rumah pada anak-anak lelakinya tapi tidak pada mak aku! Bukan menungkit tapi itulah realitinya, sebab mak tahu masa mudah orang tua-nya hidup susah dia tak mahu orang tua-nya menderita lagi. Tapi anak-anak yang lain buat juga orang tua mereka susah! Sakit pening orang tua tu tak pula orang nak jaga, yang sampai hati ambil peduli, masa orang tua tu senang ada duit bukan main himpit sebab nak duit! Haprak sungguh perangai mereka-mereka ini. Malu nak mengaku keluarga a.k.a pakcik makcik (rasa nak muntah sebut gelaran itu buekkk!!)

 tu bukan setakat mak saja kena aku pun terlibat sekali, bila mana adik mak aku panggil aku ni anak pungut a.k.a anak angkat! Fuhh!! menyerap darah aku ketika itu! Ketika itu mak berada di Mekkah sedang mengerjakan haji untuk kali ke-2. Kalau pun aku anak pungut a.k.a anak angkat, syukur sebab ada orang sudi jaga bagi aku pelajaran yang sempurna serta didikan agama! Akhirnya aku jadi manusia yang berguna bukan manusia yang hipokrit dalam kehidupan dunia ni. Ketika itu aku nekad dan terus pandang kehadapan, apa nak jadi.. jadilah orang yang hanya tahu menghina tapi sebenarnya taklah membawa kebaikan, akhirnya tengok pada keluarga dan anak sendiri jadi macamana, lagi lingkang-pukang! Laki bini cikgu tapi lebih hina daripada binatang, dia layan arwah nenek macam budak yang boleh dibentak-bentak dan ditunding jari! Biarpun aku ni ada juga buat salah dengan mak tapi tak juga sampai tahap tunding jari bagai.

Hmm.. baru ni segala keturunan aku di bangkit nak tunjuk samseng sangat! Tapi tak sedar diri zaman sekolah duit exam pun minta dengan mak aku, siap suruh mak kira hutang dia berapa banyak dengan mak! Macam taik jer adik mak aku seorang ni! Bayar hutang darah pun belum tentu engkau boleh bayar doh! Siut nak mampus! Keadaan hidup ko sendiri pun tak termampu kau nak urus doh! Bangga diri konon hidup di KL ni dah hampir 30 tahun konon, tapi satu aset pun tak terbeli lagi doh! Rumah untuk anak bini pun rumah sewa jer kut! Mana taknya hobi kahwin cerai kahwin cerai.. Bukan nak menghina tapi aku rasa mak yang perempuan tu pun boleh beli rumah biarpun rumah kos rendah dengan pendapatan yang kecil! Memalukan!! 

Lagi memalukan bila anak lelaki yang tak sedar diuntung dah la rumah di buat oleh bapak! tikar getah pun minta beli dengan mak! Nampak sangat kedaifan diri sendiri, baru senang sikit, baru nak naik dah berlagak! Lagi sedih arwah datuk aku ada wakafkan tanah masjid dan memang betul tapak tu tapak masjid lama yang tak digunakan, dia robohkan masjid lama dan bina kilang atas tanah wakaf tu, biar tanpa hitam putih namun bila sesorang manusia itu telah berniat dan mengatakan ia wakaf maka jangan sesekali rosakkan amal pahala si mati selama ini. Memang kurang ajar dan tak beradab!

Lagi biadab dan kurang ajar, masa arwah nenek aku meninggal tanah kubur yang mereka tanam tu adalah kubur orang! Dah lah tu tak tanya orang yang bertanggungjawab menjaga kuburan tersebut! Main korek jer kubur orang! Seminggu lepas tu orang berkenaan cari mak aku dan keluarga empunya kubur sebelum ini mengamuk! Nasib baik orang hormat dan kenal mak aku, tapi mak aku yang tanggung malu sebab perangai adik-adik dia yang kurang ajar! Hey!! Kalau mak aku kena apa-apa oleh keluarga tersebut memang aku Amuk adik mak aku yang buat dajal! Dan kalau aku ada kat situ memang aku suruh keluarga orang tu jumpa tenuk seekor tu!!

Ni lagi satu, adik mak, nak belajar buat degree minta mak aku jadi penjamin kat yayasan sabah, lepas tu tak mampu nak bayar, macam tenuk saja aku tengok pakai tudung labuh, sembayang tunggang terbalik tapi perangai macam tenuk! mana taknya dulu boleh dikatakan selang dua atau tiga bulan surat peringatan daripada yayasan sabah datang tuntut hutang daripada mak! Macam tenuk! Entah dah abis bayar ke belum adik tenuk mak tu! Aku masih ingat lagi masa tu kenduri arwah nenek, bukan main lagi pompuan tenuk tu! Entah apa benda dia asak dan hasut dgn adik lelaki yang bengap tu siap kata kakak dia mati sebab aku! Sentap doh masa tu! Dah kakak dia mati sebab penyakit dia tempah sendiri tuduh aku pulak penyebab! Macam tenuk doh! Dah tu mengata mak pula yang macam-macam! Tak sedar diri masa dia susah anak dia mati dalam perut, mak tu tempat dia minta tolong daripada Tuaran nak ke Keningau terus ke HQE KK, kalau mak tak tolong masa tu rasa dah mati kut pompuan tenuk tu! Memang tak kena budi betul!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXNNMFcFNT_51fCyB3RD48H3gRhWBCUTI1xumklRdAkURzN3EJV15hzk_Fwt9_SkosOc12b8IA-NwJbzZ74lZPhtrGfMh7nka_xeGQl21F3Er_ZwsmAMloQ-RPJeLu20zfrlyYrh2Lxb4/s1600/dunia+adalah+cermin+akhirat.jpg
Apa ada hal semua tu, nasib baik la aku ni anak tunggal, tak payah nak susah-susah nak berebut harta. Mungkin hikmah Allah beri mak seorang anak! Biarpun kami susah dahulu kini kami senang, sebab mak punya hati niat kerana Allah swt tak punya perasaan hasrat dengki, mak bukan jenis jajah cerita orang sana sini nak bagi gaduh sesama sendiri. Biarpun semua telah berlalu, mak sekarang duduk diam dan tumpuhkan perhatian pada ibadah.. lagipun apa nak susah, anak mak dah ada kerjaya hidup merantau taklah sengkek sangat mak, biar dah nak masuk 10 tahun at least ada juga rumah anak mak beli di perantauan ni, ada kenderaan yang boleh bawa mak jalan-jalan mana-mana. Mak sakit anak mak jaga, bawa pergi hospital atau klinik swasta, mak nak shopping apa pun anak mak belanja, taklah berkira dan kedekut macam adik-adik mak. Susah senang kita bersama mak, tak ada sapa yang tahu.. kita tak pernah menyusahkan orang mak, orang saja menyusahkan mak. Dulu mak kerja kuat sebab nak besarkan aku mak! tapi sekarang mak perlu berehat dengan senang hati tak perlu kejar dah semua tu. Rezeki Allah kat bumi Allah ni luas mak! Macam mak cakap di dunia kita tak dapat tapi di akhirat Allah akan tentukan sama ada kita ni kaya atau miskin!

http://wallayahemmak.files.wordpress.com/2009/05/kubur.jpgApa yang penting sekarang ni teruskan berusaha untuk dunia dan akhirt, aku ingat pesan mak senang macamana pun kita jangan lupa amal ibadah itu lebih utama, kaya bagaimana pun kita kalau Allah nak tarik kun fayakun sekelip mata Dia tarik! Aku tak menyesal dengan semua itu sebab aku rasa aku lebih selesai dengan kehidupan aku sekarang ni.. Kalau ditakdirkan mak pergi tinggalkan aku, aku tak akan menyesal walau sekali pun sebab aku akan bawa semangat juang mak yang cekal tu. Mereka bukan sesiapa lagi pada aku! Aku lebih tenang disini bersama orang-orang yang membawa ke arah kebaikan dan positif, membawa aku ke arah kehidupan islamic daripada hidup yang bercampur dengan hasil yang tak diizinkan yang belum tentu jadi halal jika ia tidak di izinkan.. Mati itu pasti kata mak lagi, jangan lupa diri setiap apa yang aku miliki ketika ini adalah pinjaman semata-mata daripada Allah swt.

Inilah ujian kehidupan, Allah menguji kita dengan pelbagai cara dan bentuk! Allahu Akhbar! Nauzubilaminzalik!
 

Journal 2014 - # 840

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Adab Kita Berkunjung ke Rumah Ibadat

Assalamualaikum! Hi uols! Walaupun kehidupan kita berbilang bangsa, kaum, keturunan, berbeza fahaman agama namun seharusnya kita sebagai manusia mempunyai norma-norma kehidupan dan menghormati antara satu sama lain.

Sejak kebelakangan ini aku kerap berkunjung ke Masjid Negara yang terletak di Jalan Perdana, Tasik Perdana, Kuala Lumpur bukan sahaja untuk bersolat di masjid tersebut malahan photography pun selalu juga di sekitar Masjid Negara.

Masjid Negara kini antara satu menjadi tarikan pelancong tak kira dari luar atau dalam negara Malaysia, namun aku sedikit gusar dan bimbang dengan pelancong-pelancong yang datang daripada luar negara ini. Bukan apa kelihatan mereka berpakaian memang menjolok mata dan pada presepsi aku seharusnya pihak berkaitan seharusnya meletakkan garis panduan ketika melawat mana-mana sahaja rumah ibadat tak semestinya institusi masjid itu sendiri, malahan Gereja, Kuil atau mana-mana sahaja rumah ibadah di Malaysia ni bagi menjaga kesucian rumah ibadat masing-masing.

Walaupun pihak Masjid menyediakan jumpa khas untuk pelancong, namun ada pihak seharusnya meletakan tataterib dan adab ketika berkunjung ke mana-mana rumah ibadat. Tidaklah pelancong-pelancong ni datang dengan pakaian yang menjolok mata.

Sedia kita ketahui rumah ibadat adalah tempat untuk kita melakukan ibadat seperti berdoa dan mendekatkan diri kepada Tuhan, oleh itu adab kita berpakaian juga haruslah sopan dan menutup angota badan kita sepenuhnya dan bersih, bukannya berpakaian seperti memakai seluar atau skrit pendek, baju blaus yg nipis atau tanpa lengan (tube) dsbnya. 
Selain itu, agen-agen pelancongan, kementerian pelancongan dan juga pemandu pelancong bertanggungjawab untuk menyebarkan peraturan atau maklumat ini. Bukan dipertanggungjawab kepada pihak pengurusan masjid.

Seharusnya kerjasama dan maklumat memasuki mana-mana rumah ibadat perlu disebar luas untuk menghormati rumah ibadat dan orang tempatan yang berkunjung ke rumah ibadat. 

Kepada agensi pelancongan, kementerian pelancongan dan juga pemandu pelancong, sila ambil berat dan harus bertanggungjawab untuk perkara sebegini. rumah ibadat terutama sekali masjid adalah tempat yang suci dan tempat kita mengabdikan diri kepada Tuhan. Oleh itu, seharusnya adab dan cara kita berada di mana-mana saja rumah ibadat harus dijaga bukan dipandang enteng!