Makam Pahlawan Malaysia
Assalamualaikum! Hi uols! Pernahkah korang semua bertandang atau melawat Makam Pahlawan Malaysia yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Baru-baru baru ini aku telah singgah di Masjid Negara dan berkesempatan untuk berkunjung ke Makam Pahlawan. Pada masa itu kebetulan aku singgah untuk menunaikan solat fardu, alang-alang dah sampai teruslah singgah sebenar untuk sedekahkanAl-Fatihah buat mereka yang telah pergi. Kebetulan tak sampai seminggu Ibunda Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru sahaja kembali ke ramahtullah.. Al-Fatihah.
Tahukah anda bahawa Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara sebagai tempat khas
untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa hidup mereka. Kawasan
Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya Malaysia
(JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim.
Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.
Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta
Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh
Jabatan Warisan Negara pada 6 Julai 2007. Majlis pemasangan plak pengisytiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.
Sesungguhnya daripada tanah kita dijadikan kepada tanah juga kita dikembalikan. Melawat kubur itu adalah satu peringatan bahawa kita juga akan mati seperti mereka yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita.
No comments:
Post a Comment