Journal 2009 ~ #100

Seawal pagi lagi aku cuba untuk bangun dan memanjakan diri, agak malas nak bangun pagi baru jam 5 pagi tapi kena juga bangun sebab nak bersahur, erm.. baru hari ni nak start buat puasa ganti.. pantas kaki ku melangkah juga ke dapur nasib baik masak nasik semalam klau tak mesti tak makan nasik pagi ni..

7.30 pagi..
Tepat sampai office, nasib baik parking clear jalan pun clear pagi ni tertanya sendiri still cuti lagi ker? Masuk jer office aku terus membuka laptop macam biasalah rutin harian mesti check personal email baru email company. Terasa senyap terus aku mencari folder MP3 kat desktop ni, teringin nak dengar lagu-lagu mengamit kenangan, sesekali layan best juga. Dengan alunan muzik yang bersahaja dan lembut mendamaikan hati ini untuk mendengar terusik di jiwa dan membuat aku rindu pada seseorang.. bila agaknya akan bertemu lagi??

Journal 2009 ~ #98

~ Percayalah Sayang ~
Engkau yang mula ku kenali
Dari usia muda untuk bercinta
Kini dewasa merubah hati
Semakin dalam kasih yang kurasa
Namun berat kulafazkan harapanku
Percayalah sayang
Kuteman kulah kasih yang kekal selamanya
Kaulah yang kusayang
Tak pernah kurasa sayang yang sungguh bermakna
Percayalah sayang
Sudah biasa kuhapuskan
Airmata kecewa kau tangiskan
Tak bisa kubiarkan kau rebah sendiri
Hatimu milikku abadi
Namun kelu untuk berbicara
Mengapa sukarnya
Percayalah sayang
Kuteman kulah kasih yang kekal selamanya
Kaulah yang kusayang
Tak pernah kurasa sayang yang sungguh bermakna
Dengarkanlah sayang
Tiada seindah yang kita bina
Jangan kau ragukan
Percayalah sayang

Journal 2009 ~ #97


~ Dua Jiwa ~
Yang terindah... Terindah...
Bila dibayangkan tika bersama..
Dua jiwa.. berjumpa...
Mengalun rasa...

Dan bermula cerita...
Engkau dan aku melayar bahtera..
Melayar bahtera.. Hingga berjumpa...
Pelabuhan...Kebahagiaan...

Bila insan yang tak pernah kenal mengenali..
Tapi disatukan demi rasa...
Maka terciptalah.. suasana keliru..
Namun ada rasa yang menyikapnya...
Terasa dua jiwa terindah...
Terindah

Terindah melepasi sempadan keegoan mereka
Kasih pun tercipta dalam diam
Dan Mekar Dan Layar pun mula membelah lautan
Dua jiwa Lepasi Sempadan
Kasih membuka ikatan...
Terindah... Terindah..

Journal 2009 ~ #96

Hari ini aku baru memulakan tugasan penuh di pejabat ini, terlalu banyak perlu di selesaikan. Isnin lepas masuk jer office dapat assignment pertama dari bos kena pergi outstation ke Port Dickson untuk attend pameran JPW. Letih tu.. nasib baik sehari jer hihi kawasan panas bukan setakat panas dengan lautan nyer tapi kawasan panas berkempen hihi.. pagi tu masa breakfast dengan kekawan dapat tajaan dari calon parti bertanding huhu.. thanx a lot YB hopely you will be success tu jer doa kita orang buat YB. Tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal politik ker apa benda tapi nak cerita pasal life aku after raya hihi..

Mood raya still terasa office aku bakal buat open house pada 12 Oktober 2009 pada kekawan tu kalau rasa-rasa nak attend tu sila kan ler di alu-alu kan (",). Ermm!! lupakan soal open house sebab tak perlu yang perlu sekarang ni iya ler soal hati dan perasaan yang lebih penting. Mood cuti masih lagi terasa, rasa macam tak nak balik lagi untuk memulakan tugas tapi terlalu lama cuti pun naik muak juga ermm serba tak kena betul hihi.. tapi apa-apa pun tahun ni raya aku enjoy sesangat sebab ditemani oleh family and anak angkat aku Farish Zarif hopely next year lebih best.. apa-apa pun yang penting kehidupan perlu di teruskan juga walau apa pun terjadi..

Journal 2009 ~ #95

Hari ni dah 4 Syawal terlalu cepat masa berlalu dan masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua, alhamudillah Ramadhan telah berlalu kini Syawal menjelma, sedih bila melangkah meninggalkan Ramadhan namun itulah hakikat dan lumrah alam yang perlu kita lalui.

Kini aku berada di kampung syukur cuti aku di luluskan juga untuk tempoh 3 minggu. Huh! jenuh juga nak memujuk bos bagi lulus cuti aku kali ni, sekali aku cuti aku puluh habis-habisan hihi (",)

Erm.. semalam aku bersiar-siar sekitar Kundasang dan juga Kinabalu Park dah lama tak hirup udara segar alhamdulillah suasana begitu nyaman aku bekenan sungguh dengan kehidupan sedemikian kalaulah hari-hari aku sentiasa berada di sana ingin saja aku menentap terus.

Oh ya! about my house, Alhamdulillah rumah mak aku dah siap sepenuhnya dah beraya kat rumah baru pun raya ke-3 baru ni aku buat open house untuk famili dan kawan-kawan, best gak sebab aku dah install astro kat rumah mak aku hihi so hari-hari tengok astro erm!! hopely my mum love it (",).

Erm!! tak tahu nak cerita apa lagi yang pasti tahun ni raya sederhana jer kat Sabah ni terutama kat kampung hihi.. hopely tahun-tahun akan datang aku beraya dengan mereka-mereka yang aku sayang..

Journal 2009 ~ #94

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.