Journal 2013 - # 407

Hi uols! Salam Ilmu salam taqwa utk uols, agak lama juga x update weblog aku ni atas sbb terlalu sibuk dgn life yg x pernah nk sudah terutama skali urusan kerja. Dikesempatan ini aku cuba utk share dgn uols tentang beberapa perkara yg mungkin perlu aku share sbg perkongsian cerita shj.

Baru2 ni aku telah ke kelantan negeri yg d gelarkan serambi Mekkah tu.. well tujuan aku ke sana sbenarnya atas urusan keja, sambil2 tu aku bw la emak aku skali yg ms tu mng dtg ke rumah aku. Well it make happen that nice story and make awesome holiday too.. kata org menyelam sambil minum air hihi (^_^).

21 Mei 2013 ~ bermula perjalanan aku drpd KL ke Kelantan. Memandangkan Perjalanan drpd KL ke Kelantan memakan masa 8 ke 9 jam klau melalui darat so aku mengambil keputusan menaiki flight kerana memikirkan risiko nak naik bas tambahan plak aku x sanggup tgk mak aku penat ddk terlalu lama so jalan terbaik ialah flight sj dlm kepala hotak aku. Hanya sejam ms yg d ambil so jimat 7 jam yg selebihnya. Penginapan untuk 2 malam aku menginap di Kelantan Trade Centre (KTC) krn event company aku d KTC. Sume yg d rancang berjalan dgn lancar. utk 3 hari awal aku tumpuh pada urusan keja shj, bila ada masa baru la berjalan, hari ke-2 d kelantan aku smpt ke KB Mall jer tu pun sbb aku terpaksa mencari keperluan asas. 

After event iaitu 23 Mei 2013, aku terus check out n pindah ke Hotel Flora yg berdekatan dgn Pasar Siti Khadijah. Bermula misi utk berjalan2 sekitar Kota Bharu, kiranya ari pertama after sj urusan keja aku n mak aku telah pergi ke Pengkalan Kubor untuk menikmati shoping kt sana. Perjalanan mengambil masa dlm sejam jg, ms tu aku just sewa teksi dgn bayaran RM80 termasuklah brother tu bawa jalan2 sekitar Tumpat.
Kompleks Kos Pengkalan Kubor nk g Thailand Tak Bai kena lalu kompleks ni okey!!

Mng best berjalan kt Pengkalan Kubor, so aktivitis org pompuan pun bermula.. mcm besa la mula2 survey dulu kemudian baru beli... Actully kt Pengkalan Kubor x de la borang apa pun just borong Narita n sebuah handbag jer, al-maklumlah petang jumaat berjalan tp best gak walaupun cuaca sedikit hujan ketika itu. :P
Suasana dlm Market Pengkalan Kubor

Narita yg murah only RM40
Coach!!
Kata brother tu, the last station or depo KTM adalah kt area ni Tumpat!!

The next day plak!! aku just bawa emak aku berjalan-jalan sekita KB, destinasy pertama kami pergi is Pasar Siti Khadijah. Its shopping time!!
Pasar Siti Khadijah
Kain Batik Cript

Baju Batik Cript & Sampin utk 'Si Dia'

Kain utk baju kurung

Telkung Pelbagai Warna n Corak

Kain sarung emak aku

yang ni memng mak aku beli sbb dia kata kena tambah lg yg kt rumah tu..


Puas juga memborong.. tp pulus pun kena tebal juga le yerk :P, actully byk lagi yg d borong tp x smpt nk ambik picture termasuk la acuan tembaga apam balik n tepak sirih yg aku plan nk bagi sewa :D. Then the last day b4 leaving, pagi tu aku n emak aku pegi ke Bazar Tok Guru.. kt situ x byk benda kami beli just cuci mata paling tidak aku beli tudung n sejadah.
Bazar Tok Guru
Kami balik ke KL pada jam 3.30 ptg. Well byk tmpt lg yg aku x smpt nk pegi kt kelantan ni, but that ok means next time bleh pegi lagi... Adiossazz!!
Tu day pegi 2 bag balik jadi lebih hihi mau 50kg++

bye2 KB c u KL
Pemandangan drpd flight

No comments: