Journal 2013 - # 397

Hi uols! Salam taqwa salam ilmu utk uols, sedar x sedar da hampir seminggu aku berada d kampung, well seronok pulak rsnya mcm x nk balik KL plak hihi {^_^}. Well sepanjang bercuti ni mcm2 aktiviti aku lakukan termasuklah mengemas landskap taman rumah aku n kebun kt rumah... sambil2 tu byk jg aku membaca buku2 yg da lama x terbaca. Mcm besa la klau da jumpa mum n kekawan aku tu byk benda la yg kongsi. Beberapa ari yg lepas my mum ada la ckp "klau da nk 'kawin' baik belajar pasal kesihatan" erk!! Br nk rancang malu plak! hihi..

Well.. bkn soal 'kawin' yg nk d cerita tp pasal kesihatan utk d share pd uols kaum hawa utk kita amalkn demi kesihatan yg bermutu. Okies! apa kata uols bc artikel ini utk perkongsian kita bersama.

Wanita dan kesihatan adalah topik yang sering menjadi perbualan di kalangan rakyat Malaysia. Berbanding lelaki, tubuh wanita mengalami perubahan yang besar apabila melalui peringkat remaja, dewasa sehingga menjadi seorang ibu dan akhirnya ke usia emas.

Keperluan pemakanan mereka pada setiap peringkat kehidupan ini juga berbeza. Perubahan fisiologi dan biologi yang dialami sering dikaitkan sebagai faktor yang mendedahkan wanita kepada ancaman kesihatan. Ini boleh dilihat daripada pertambahan jumlah wanita yang mengalami osteoporosis, obesiti, diabetes, penyakit jantung dan kanser.

Kerisauan memikirkan ancaman kesihatan ini akan memberikan kesan kepada emosi dan fizikal wanita. Apabila emosi mereka terganggu, mereka tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tanggungjawab mereka yang lain seperti keluarga serta kerja.

Selain waktu tidur yang terganggu, mereka juga mungkin hilang selera makan. Secara tidak langsung, fizikal mereka juga akan mengalami perubahan seperti penurunan berat badan yang mendadak.

Golongan wanita berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan di peringkat berlainan sepanjang umur mereka. Kebanyakannya terlalu bimbang terhadap serangan penyakit barah khususnya barah payudara dan pangkal rahim.

Seiring dengan kebimbangan itu, ramai yang semakin prihatin terhadap langkah atau mengambil usaha untuk mencegah penyakit itu.

Bagaimanapun, wanita juga harus ser, selain penyakit barah, masih banyak lagi penyakit lain yang menjadi punca kematian tinggi di kalangan wanita dalam lingkungan usia 20 hingga 60 tahun di Malaysia.

Tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang, diabetes, hipertensi dan sakit jantung juga adalah antara pembunuh wanita. Walau apa pun jenis penyakit, prinsip paling penting yang perlu diketahui semua individu bagi mengelakkan penyakit berisiko itu adalah melalui kaedah cegah sebelum parah dan kawal apabila kena.

Terdapat penyakit tertentu menyerang wanita disebabkan keturunan dan malangya, ini tidak dapat dielakkan. Tetapi, apa yang boleh wanita usa

Bagi mencegah sebelum parah, langkah pencegahan utama seperti membabitkan diri dengan aktiviti kesihatan boleh dilakukan. Antara langkah pencegahan sampingan pula termasuk mengesan penyakit pada peringkat awal, sebelum penyakit itu merebak dengan serius.

Sehubungan itu, sangat penting bagi golongan wanita dan keluarga memahami isu ini untuk memudahkan langkah pencegahan sewajarnya.

Kesihatan merangkumi aspek fizikal atau tubuh badan, mental dan daya pemikiran, emosi dan psikologi serta jiwa dan rohani. Setiap aspek ini patut dititikberatkan sama rata untuk mencapai keseimbangan dan kesempurnaan kesihatan kita. Malah ramai di kalangan kita yang tidak mengambil berat atau tidak peduli langsung mengenai kesihatan diri sendiri.

* Persekitaran:Perubahan persekitaran boleh memberi kesan kepada tubuh wanita. Pastikan anda sentiasa dikelilingi persekitaran yang positif. Ini boleh membantu cara pemikiran anda sekaligus mendorong anda untuk lebih menitikberatkan aspek kesihatan dan gaya hidup yang baik.

* Pemakanan: Wanita harus tahu bagaimana untuk mengawal cara dan corak pemakanan diambil setiap hari, jika tidak ia akan memberi kesan pada kesihatan pada masa akan datang. Pemakanan yang seimbang dan teratur penting bagi seorang wanita memastikan kesihatan yang optimum dan seterusnya dapat menjalankan kewajipanya sebagai isteri, ibu, pekerja dan ahli masyarakat.

* Mengawal stres: Komitmen kepada kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga boleh menyumbang kepada stres di kalangan wanita. Umum mengetahui, stres menyumbang kepada pelbagai penyakit di kalangan wanita mahupun lelaki. Untuk mengawal stres, wanita harus tahu bagaimana untuk membahagikan masa antara kerja, keluarga dan diri mereka sendiri.

Salah satu cara yang paling baik adalah untuk menjauhkan diri daripada tekanan harian. Luangkan masa untuk bercuti dan beriadah. Ini amat baik untuk mengembalikan semula tenaga mereka.

Journal 2013 - # 396

Hi uols!!! Salam ilmu salam taqwa.. uols rasa artikel kali ni aku nk share pasal apa yerk!? well aku sebenarnya da lama nk share baru arini aku dpt access pasal fatwa yg telah di keluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan Malaysia. Jom baca fatwa ni agar dpt penjelasan n pencerahan berkaitan dgn isu fatwa ini

Merokok Dari Pandangan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah:
1.Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Fatwa Tentang Rokok 

Tarikh Keputusan: 18 Nov, 2004

Huraian Tajuk/Isu:  Fatwa tentang merokok
Keputusan: 
i.   Merokok adalah haram
ii.  Bagi maksud fatwa ini "rokok" ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainya.
Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut: - melahirkan sikap serta tabiat yang buruk
- mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan
- pembaziran yang amat ditegah oleh agama

iii.  Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.

Journal 2013 - # 395

Hi uols!! Salam ilmu salam taqwa utk uols yg sudi melayari weblog ni.. Sesungguhnya kehidupan kita ni x lari dr melakukan kesilapan dan keegoan yg tinggi kita miliki, namun setiap apa yg kita lalui n miliki itu hanya pinjaman drpd Allah SWT. Okies uols arini aku nk share citer berkaitan dgn satu artikel yg mungkin berguna pd kita utk kita jd kan panduan..



Mudah Menegur dan Mudah Menerima Teguran



Dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa pastinya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan boleh dikatakan setiap hari pastinya ada kesalahan yang kita lakukan walaupun sedikit. Oleh sebab itulah dalam Islam amat digalakkan saling menegur apabila melihat sesuatu kemungkaran. Sabda Rasulullah SAW:



"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tiada kuasa maka dengan lidahnya, sekiranya masih tidak berkuasa maka gunalah hati dan demikian itu adalah selemah-lemah iman"

(HR Muslim)



Namun tak semua manusia mampu menerima teguran dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Manusia tidak suka pada teguran kerana dalam diri setiap manusia itu sendiri mempunyai sifat EGO. Tetapi walau setinggi manapun ego kita, tak salah rasanya untuk kita mengambil apa yang baik melalui teguran yang disampaikan.



Pernah satu ketika dimana Saidina Umar al-Khattab ditegur oleh seorang peminum arak dan beliau menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Maka orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik dan janggal. Mereka bertanya "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau menerima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak?" lantas Saidina Umar menjawab, " Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi teguran dia kepadaku adalah benar." 



"Janganlah Melihat Kepada Siapa Yang Menegur, Tetapi Lihatlah Apa Yang Ditegur"



Lihat! Saidina Umar seorang nama besar dalam Islam dan pemimpin yang dihormati orang lain pun mampu menerima teguran seorang peminum arak. Tapi kita? Manusia biasa yang sering melakukan kesilapan begitu angkuh sehinggakan tak mahu menerima teguran orang lain. Bukan niat untuk menyindir sesiapa tetapi hanyalah peringatan buat diri sendiri dan teman-teman.



Kita perlu berubah! Perlu ringankan lidah dalam menegur tapi dalam pada masa yang sama hendaklah berlapang dadasekiranya ditegur. Namun perlu diingat! Elakkan menegur di khalayak ramai dan menggunakan bahasa yang kurang sopan sehingga boleh menyebabkan orang yang ditegur berkecil hati atau marah. Tegurlah secara berhemah dengan niat kerana Allah..



Jika ada yang masih berkata..



"Kau ustaz/ustazah ke nak tegur-tegur aku?"

"macam kau maksum je nak ceramah aku!"

"tak payah nak bajet alim la bagi hadis, ayat Quran sume ni kat aku.."



Senyumlah dan jawab..



Mungkin aku bukan orang yang paling layak untuk memberi teguran terhadapmu namun aku hanya menurut perintah Allah dan sekurang-kurangnya aku telah menunaikan sebahagian daripada tanggungjawabku sebagai sahabatmu.

Journal 2013 - # 394

Hi Uols!! Salam taqwa salam ilmu.. arini usia ku bertambah lg alhamdulillah bertambah lg usiaku tahun ni. Hari ni genaplah usiaku 29 tahun, alhamdulillah d beri pinjam nafas n nyawa lg. Sesungguhnya usia yg kita hitung setiap waktu atau tahun sbenarnya bukan bertambah namun ia berkurangan n menandakan kematangan pd diri sesorg itu.

Ok la uols arini aku nk share tentang 3 Karakter Masa..





Journal 2013 - # 393

Hi uols!! Assalammualaikum!! Salam Taqwa n salam Ilmu drpd aku utk uols yg sudi melayari laman weblog ni sbg mencari ilmu tambahan.. Aku bkn la sorg yg pandai dlm agama tetapi aku belajar drpd kesilapan lampau, membaca ilmu agama dan juga bertanya kpd mereka2 yg arif dlm soal agama ini. Hari ni tarikh start aku bercuti flight aku dr KLIA ke KKIA jam 9.40 so smpt la nk update b4 departure utk balik ke Sabah utk bertemu dgn ibu tercinta!! Oleh kerana arini aku nk kongsi kisah teladan drpd Majalah Gen-Q tajuk Berkat Doa Ibu utk kita share ilmu ini utk kita jd kan sempadan kpd kehidupan kita..


Journal 2013 - # 392

Hi uols!! salam taqwa utk sume!! Seharian kita lalui terlalu byk yg kita hadapi sedar x sedar kita telah melakukan dosa kecil mahupun dosa besar, jom kita baca petikan artikel ni bagaimana kita nk hapuskan dosa kita kpd Allah swt dan juga pd manusia di sekeliling kita. 


Journal 2013 - # 391

Hi uols!! Salam taqwa drpd aku utk sume!! so uols cuba bc artikel ni terutama kpd mereka2 yg degil jom baca sbb kt artikel ni ada jawapan kita ketahui :)

Journal 2013 - # 390

Hi uols! Salam ilmu utk uols semoga uols di rahmati oleh Allah swt, well aku ada perkongsian ilmu yg perlu kita amalkan selepas bangun tidur jom baca artikel n tips ini utk kita amalkan..

Journal 2013 - # 389

Hi uols!! salam taqwa utk uols, well hujung minggu ni aku da start cuti nk balik KK lg hihi, mng da tugas sbg anak utk org tua kan, selagi mereka hidup slagi tu tanggungjawab kita x pernah lepas. Kali ni aku nk share beberapa tips iaitu mengubati penyakit Sombong, Marah & Dengki utk kita amalkan demi kebaikan dunia n akhirat kelak :)


Journal 2013 - # 388

Hi uols!! Salam ilmu salam taqwa, kehidupan ni terlalu cepat sgt berlalu hari2 yg di lalui terlalu byk dugaan.. well kali ni aku nk share pasal solat terapi terbaik, so klau uols rs jiwa x tenteram atau x tenang boleh la amalkan tips ini yer...


Journal 2013 - # 387

Hi Uols, Salam ilmu dan salam taqwa utk uols sume, terasa lama plak x update weblog ni... so uols jom baca artikel ni yg aku dpt drpd majalah yg aku baca sbg renungkan kita bersama tajuknya Andainya Rasulullah masih ada..

Journal 2013 - # 386

Hi uols! Assalamualaikum, salam taqwa n salam ilmu.. dah lama x update weblog ni terlalu byk benda n perkara yg telah dilalui.. Masyallah balik drpd percutian mng memenatkan apatah lg byk urusan nk di laksanakan terutama skali kewajiban yg hakiki sbg anak. Well aku bukan merungut ker apa tp yg pasti kehidupan kita ni tanpa ada ibu pasti kita akan hanyut di buai kelekaan. Melihat wajah ibu bapa pun dapat pahala taw (renunglah wajah mereka dengan penuh kasih sayang) pun kita da dpt pahala apatah lg klau kita tinggal bersama mereka, belajarlah merenung mereka setiap kali kita bersembang dgn mereka..

 

Okies uols!! arini aku cuba nk share pd uols suatu pengalaman yg mungkin berguna n perkara ni harus kita ketahui sbg pengetahuan am. Baru-baru ni aku balik drpd Sabah bawa kucing aku yg berusia 1 tahun aku panggil kucing aku Mr. Salem. Nak tahu knpa aku panggil Mr. Salem kan sbb kucing aku ni serupa mcm kucing dalam citer drama bersiri suatu ketika dahulu iaitu Sabrina The Teenage Witch (^_^)



Ini Salem dalam citer Sabrina The Teenage Witch
Ini Mr. Salem lebih kurang jer kan hihi
Well kucing aku ni baka british mix parsian aku dpt kucing ni beli dr sorg kawan kt sabah, so kucing ni mng asal drpd Sabah la jawab nyer hihi.. Okies proses utk bw Mr. Salem ni mng memerlukan beberapa dokumen utk membawa Mr. Salem ke Semenanjung Malaysia. Antaranya ialah:-

Dokumentasi yg wajib di bawa semasa check in nnti
  1. Langkah pertama uols kena ada vaksin card kucing uols sbb nnti nk kena bawa ke pejabat vetarinar utk permohonan permit. Klau uols x de bleh pegi ke klinik swasta veterinar or kerajaan kos kt klinik veterinar kerajaan just RM20 shj berbanding kt swasta.
  2. Yang kedua uols kena apply permit import dan export kucing dkt dgn pejabat vetarinar negeri yg anda nk bawa masuk n keluar. Contoh Permit import aku apply dkt ibu pejabat vetarinar Shah Alam sbb aku tinggal dlm selangor. Kos utk permit import hanya RM12 siap dlm kurang drpd 30 minit shj. Utk permit export aku apply kt pejabat vetarinar Sabah proses mengambil masa 3 hari sbb diorg minta isi form talian (http://www.davetsa.sabah.gov.my/app/) kos utk permit export hanya RM11.
  3. Langkah ketiga, pejabat vetarinar yg mengeluarkan export akan mengarahkan kita ke klinik vetarinar kerajaan utk membuat pemeriksaan kesihatan kucing utk rekod kesihatan n sijil kesihatan kucing (pastikan kucing uols bawa okey). Then uols caj di kenakan dlm RM20 shj. Macam aku nk buat pasport utk Mr. Salem so aku mohon utk microchip yg di suntik pd badannya harga utk microchip tu RM30 shj. Ok selesai proses dokumentasi permit import/export.
  4. Langkah keempat uols kena letak dlm carrier yg selesa utk kucing. Pastikan kucing kt dlm carrier tu boleh berdiri dan duduk n berpusing 360 darjah yer utk keselesaan kucing tu jg. 
Make sure carrier yg uols bawa tu x mudah terbuka pintunya
Pada hari nk departure make sure uols bawa dokumen yg uols da buat tu, tunjukkan pd petugas dekat kaunter check in n timbang kucing tu skali, caj mengikut kadar berat yg d kenakan, mcm Mr. Salem aku berat dlm 6KG juga so kena la caj RM90. (Malaysia Airlines). Nnti adalah arahan yg diorg bgtau utk langkah selanjutnya so selesai utk proses nk bawa naik kapal terbang yer :) 
Smpi jer KLIA, mcm biasa uols ambik beg kt bahagian tuntutan bagasi, n uols boleh bertanya petugas Malaysia Airport Bhd utk tuntutan kucing then nnti pejabat vetarinar akan panggil uols masa tu diorg minta dokumentasi yg d tunjuk ms check in td n serahkan pd mereka utk pengesahan. caj d kenakan dalam RM30 shj n double caj klau ari public holiday itu yg pegawai vetarinar tu bgtau aku :) so uols selesai la proses segala-galanya so uols bleh la bawa kucing uols naik flight. Kos keseluruhan utk urusan Mr. Salem aku ni adalah RM213 (^_^).