Journal 2013 - # 395

Hi uols!! Salam ilmu salam taqwa utk uols yg sudi melayari weblog ni.. Sesungguhnya kehidupan kita ni x lari dr melakukan kesilapan dan keegoan yg tinggi kita miliki, namun setiap apa yg kita lalui n miliki itu hanya pinjaman drpd Allah SWT. Okies uols arini aku nk share citer berkaitan dgn satu artikel yg mungkin berguna pd kita utk kita jd kan panduan..



Mudah Menegur dan Mudah Menerima Teguran



Dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa pastinya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan boleh dikatakan setiap hari pastinya ada kesalahan yang kita lakukan walaupun sedikit. Oleh sebab itulah dalam Islam amat digalakkan saling menegur apabila melihat sesuatu kemungkaran. Sabda Rasulullah SAW:



"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tiada kuasa maka dengan lidahnya, sekiranya masih tidak berkuasa maka gunalah hati dan demikian itu adalah selemah-lemah iman"

(HR Muslim)



Namun tak semua manusia mampu menerima teguran dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Manusia tidak suka pada teguran kerana dalam diri setiap manusia itu sendiri mempunyai sifat EGO. Tetapi walau setinggi manapun ego kita, tak salah rasanya untuk kita mengambil apa yang baik melalui teguran yang disampaikan.



Pernah satu ketika dimana Saidina Umar al-Khattab ditegur oleh seorang peminum arak dan beliau menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Maka orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik dan janggal. Mereka bertanya "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau menerima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak?" lantas Saidina Umar menjawab, " Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi teguran dia kepadaku adalah benar." 



"Janganlah Melihat Kepada Siapa Yang Menegur, Tetapi Lihatlah Apa Yang Ditegur"



Lihat! Saidina Umar seorang nama besar dalam Islam dan pemimpin yang dihormati orang lain pun mampu menerima teguran seorang peminum arak. Tapi kita? Manusia biasa yang sering melakukan kesilapan begitu angkuh sehinggakan tak mahu menerima teguran orang lain. Bukan niat untuk menyindir sesiapa tetapi hanyalah peringatan buat diri sendiri dan teman-teman.



Kita perlu berubah! Perlu ringankan lidah dalam menegur tapi dalam pada masa yang sama hendaklah berlapang dadasekiranya ditegur. Namun perlu diingat! Elakkan menegur di khalayak ramai dan menggunakan bahasa yang kurang sopan sehingga boleh menyebabkan orang yang ditegur berkecil hati atau marah. Tegurlah secara berhemah dengan niat kerana Allah..



Jika ada yang masih berkata..



"Kau ustaz/ustazah ke nak tegur-tegur aku?"

"macam kau maksum je nak ceramah aku!"

"tak payah nak bajet alim la bagi hadis, ayat Quran sume ni kat aku.."



Senyumlah dan jawab..



Mungkin aku bukan orang yang paling layak untuk memberi teguran terhadapmu namun aku hanya menurut perintah Allah dan sekurang-kurangnya aku telah menunaikan sebahagian daripada tanggungjawabku sebagai sahabatmu.

No comments: