Journal 2012 ~ #313

Hi uols, rindu plak nk update weblog ni agak lama jg cuti raya kali ni, baru arini masuk opis, byk plak surat n file kt atas meja ni huhu, terasa mcm bertahun tinggalkan opis ni.. So apa cer kali ni? Citer aku kali ni ialah 'Beraya di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah' (>_<)

Okey uols, arini citer x de la best sgt, pengalaman beraya tahun ni x berapa nk best sgt. Raya pertama n kedua beraya bersama kaum keluarga terdekat jer terutama skali pakcik makcik sblh arwah bapa aku, keluarga mak aku plak kureng ckit nk beraya tambahan plak nenek n atok aku da x de.. so raya tahun ni besa2 jer x de la meriah sgt, btw raya ketiga aku terpaksa pergi ke hospital utk temu janji dgn doktor berkenaan dgn sakit aku hadapi ni fuh!! kira tahun ni aku beraya kt hospital jer.. mna x nyer everyday kena mnghadap doktor utk buat checking n simple darah n air kencing. Isk!! naik luak aku dgn keadaan sedemikian, dah ler kt hospital queen tu payah nk parking yg jd kepayahan tu bila nk x-ray terpaksa pegi kt tempat jauh ckit bukan dlm bangunan yg sama. Tp bersyukur sbb kakitangan kt sana baik2 jer bleh d tanya jawab senyuman lembut hati ni walaupun tgh hot rs mcm nk telan org pn ada da la sakit terpaksa plak tempuh semua benda huhu..
Menanti utk x-ray menyeramkn
Urologi Makmal utk teleskop (org sabah kata kena teropong)
Alhamdulillah everything it fine n ok jer, sib baik x de yg serius just infection pd pundi kencing jer, batu karang da x de mayb pecah sendiri, now terpaksa menelan ubat utk beberapa bulan and kena jg pemakanan cos i have risk n kemungkinan batu karang tu akan berulang. Luck jg cos doktor kata batu karang aku hanya d bladder bkn kt kidney syukur alhamdulillah.

Bekalan ubat utk sebulan huhu..
What ever ler apa pn yg terjadi, at least ujian tu buat aku sentiasa kuat n dekat pd DIA yg maha esa, selain drpd my beloved mak aku n my hubby.. if i die pun kena terima n pasrah jg sbb itu janji Allah utk aku kn. Tp selagi d beri pinjam nafas n nyawa ni kena jg teruskn hidup krn DIA. 

Okeylah uols, habis da citer pasal raya kt hospital aku. Next time aku update lg perkembangan terkini. Rasa mcm x puas cuti, btw tiket utk raya aidiladha da booking!! so ready utk next vacation plak hihi... adiosazz!!

Journal 2012 ~ #312

Hi uols, slmt hari raya aidilfitri uols.. hari ni da 2nd day kita beraya, fuhhh!! penat sgt2 beraya tahun ni, 1st day hujan turun dgn lebat sgt, kata org hujan rahmat.. well perkara sebegitu semestinya satu rahmat at least x la panas sgt.. jadi kita beraya pon dlm keadaan yg sejuk (^_^) 

Mlm ni aku dgn mom aku balik  awal ckit dr semalam.. smpt la shopping kt 1B huhu, ramai plak warga asing yg x d sangka2 mcm lalat, bhsa pon da x kenal mna satu org tempatan fuhhh!! Seolah-olah berada d negeri asing cehhhh!! Mcm jer hihi, hey kenapa la byk betul mereka2 ni huhu.. rs mcm x slmt...

Okey la uols, nmpk nya mata da layu da ni, 

Journal 2012 ~ #311

Hi uols hari ni last ramadhan, rs sedih pn ada sbb x taw tahun dp  jumpa lg x ramadhan jika d izinkn oleh Allah S.W.T.

Okey uols, d kesempatan ini aku sekeluarga nk ucapkn slmt menyambut aidil fitri pd sume umat islam yg menyambut kemenangan selepas berjaya mengharungi ibadat posa. Maaf zahir n batin (^_^)



Journal 2012 ~ #310

Hi uols, minggu ni minggu terakhir ramadhan x lama lagi nk raya da, sedihs gak nk tinggal ramadhan ni, mcm cpt sgt, well kali ni aku x nk citer pasal ramadhan yg bakal berlalu x lama lg, arini aku nk citer pasal negeri kelahiran aku iaitu Sabah. Sejak kebelakangan ni byk pihak2 yg x da sivik mencaci, menghina n memburukkan negeri Sabah seolah x sedar, bahawa Sabah punya keunikannya sendiri.

Siapa sebenarnya dalang d sebalik sume perkara ini? actully org2 yg buat mcm ni adalah org2 yg x bertamadun n buta fakta semata-mata. Terutama skali budak2 hingusan yg hanya dpt berita dr mereka2 yg hanya mendengar khabar d angin lalu sahaja. Ada jg yg membawa buah mulut ini org2 yg d sogok oleh pihak2 tertentu krn tidak berpuas hati dgn negeri Sabah atau mahu menjatuhkan kedaulatan negeri Sabah itu sendiri. Menulis, menyebarkan fitnah dlm laman sosial memudahkan org ramai membaca n myebar luas bahan bacaan yg tidak berasas seolah2 golongan sedemikian memulakan peperangan cyber.

Jika perkara ini  berlaku, d mna pihak berwajib utk mengambil langkah atas semua ini? Terbaru pelajar semenanjung yg belajar d Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara terang2 menghina cara kehidupan d Sabah, kononnya mereka buat sedemikian membuat kajian tentang Sabah? Sorg pelajar yg terpelajar tp tidak mempunyai moral n tatasusila tentang adat n budaya memusnahkan imej sorg pelajar yg d level kn sbg golongan terpelajar tp sebenarnya mempunyai moral yg sungguh memalukan, Pihak universiti sepatutnya tampil membuat kenyataan atas apa tindakan yg seharusnya d lakukan kpd mereka2 ini bkn setakat memberi amaran tetapi d gantung atau pn yg lebih sesuai sbg pengajaran utk sume pelajar agar tidak mencemar nama baik sesbuah negeri itu.

Sebelum ini warga Sabah pernah di hina dgn pelbagai tomahan oleh pengguna laman sosial iaitu 'Lucas-Lucas', Apakah dgn pengadilan sebelum ini tidak d jadikan pengajaran kpd mereka2 agar lebih telus n berhati-hati ketika mengeluarkan perkataan. Kenapa mesti menghina kedaulatan negeri Sabah itu sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh, ternyata mereka ni buta sejarah, buta fakta ekonomi dsb

Wahai warga semenanjung, jika kenyataan yg lemparkan bahawa kami negeri yg miskin tiada hasil bumi, kamu silap, kekayaan negeri Sabah bukannya keperluan banguan tinggi2 spt KLCC, Twin Tower, shopping mall yg di banggakan oleh kamu. Hakikatnya kami punya hasil bumi yg cukup untuk kami usahakan, kami punya kayu balak seluas tanah semenanjung, walaupun kamu mengatakan kami tinggal dlm hutan tp kami masih kaya dgn kehijauan alam yg melindungi kami drpd pencemaran, Kami punya hasil minyak n gas yg mampu menjana ekonomi eksport ke luar negara. Kami punya keluasan laut utk hasil para nelayan n juga pengusaha rumpai laut. Tidak hairanlah klau pn Sabah tidak masuk dlm Tanah Melayu belum tentu kami jd papah kedana merempat di tepi jalan tidur d bawah jambatan.

Wahai warga semenanjung, jika benar Sabah tidak d ambil oleh Tanah Melayu, kami x jadi miskin. Cuba baca sejarah Borneo Sabah Sarawak. Pasti korg akan berkata fakta sejarah tanah boreno sebenarnya berasal dari Negara Brunei Darussalam, negara yg kaya n mempunyai pemerintah yg adil n sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya. Bukannya d bawa jajahan Philipin spt yg korg laungkan selama ini.

Mungkin korg tahu Sabah pada nama n dasar sahaja, org luar telah lama mengenali Sabah utk tempat atau kunjungan pelancongan, masa kan Duke n Duchess England iaitu Prince William n Kate bakal melawat Sabah pada september nanti, butalah mata korg yg menghina Sabah selama ini. Ekonomi Malaysia maju adalah salah satu faktor penyumbang drpd pelancongan drpd Sabah, so x berjasa lagi ka negeri Sabah yg korg hina selama ini?

Orang luar pun tahu pasal Sabah
Jika pemimpin sendiri x sedar lagi hal ini, x tahu lah.. mungkin warga Sabah yg kebanyakannya tergolong drpd muda mudi pasti bangkit utk mempertahankan hak dan royalty Sabah itu sendiri. Jangan jd buta sejarah, buta ekonomi, menghina sesuka hati korg, pikir sblom korg nk menghina.

Untuk PM
Jika Perdana Menteri sendiri melaungkan 1Malaysia, kami d Sabah da lama mengamalkan 1Malaysia sejak zaman seblom Merdeka lagi, jadi tepuk dada tanya minda apa sebenarnya yg kamu mahu selama ini. Utk warga semenanjung hayati puisi ini utk korg renungkan drpd warga Sabah yg punya hati n maruah!!

Jangan bah!
by Kathrina Tati Sitaim on Wednesday, 8 August 2012 at 09:09


Andu bahhh Mandak!
Kau tanya ada LRT kah di Sabah
Sabahan berumah di atas pokok
Sumandak kami hodoh
Negeri kami kotor bersampah?

Andu...bah Mandak...
Cantik bah negeri kami ni
Sumandak kami mulia budi pekerti
Senyum manis, ramah mesra sentiasa durang pakai
Jejaka kami hensom semua
Kalu kau nampak
Nda bah kau mahu pulang balik
Mahu berkubur kau di negeri kami rayang....

Jangan bah kau kasi malu orang kami
Kau bulum kanal siapa di sini
Kalau kau jatuh cinta di sini
Gunung Kinabalupun kau sanggup naik
Kalau pelamin kau di bina di puncaknya!

Andu bahhhh Mandak.
Kami tiada bah LRT,
Bulum lagi kami  perlu itu
Basar dan luas lagi jeraya kami
Kerana satu rumah ada lima anak tujuh kurita durang
Kami tinggal di pokok?
Odoi dogo!
Mahal bah itu
Mau bayar ratusan ringgit satu malam, rayang!
Kalau kau mahu tumpang tidur
Bukan free sayang
Urang asing berebut mahu tinggal sana
Nda cukup pokok kami
Bangga kami tidur di atas pokok
Kerana itu khazanah kami, rayang...

Laut kami kotor banyak sampah katamu?
Andu  bah...
Kau tinguk dulu tampatmu
Kalau di  negeri kami
Rumah urang hutan saja nda bersampah, Mandak
Jangan bah kau hina kami
Kami nda kacaupun tiang  rumahmu!

Andu.. bah rayang...
Odoi dogo diau Mandak!
Kau kuit hati urang kami
Kau gores luka di jiwa kami
Kanapa bah rayang, sayang...
Kasi tau bah mana salah kami
Malu Menteri Pelajaran
Kesal Menteri Pelancongan
Kerana kau nda pernah naik kapal terbang
Kau nda pernah baca buku pula?
Andu bah kasian...
Jangan bah kau hina kami
Macam sama pula kita
Makan nasi juga
Bukan kau makan amas!

Jangan bah begitu Mandak...
Odoi dogo diau Mandak!
Nokuro bogia????
Ngenei kam begee???
Nda bagus nya urang miatu!
Bebaik baik kita rayanggggg....
Kita 1 Malaysia bah!

(Indada LRT kami
Tapi ada juga bah tu Jambatan Gantung kami tu....
Sampai juga kami keseberang)
 Kota Kinabalu - 8/8/2012

Terlebih dahulu saya memohon maaf pada Datuk-Datuk, Datin-Datin dan rakan semua, terbaca banyak komen mengenai Sabah yang tidak bagus di baca, di tulis/komen dalam FB, oleh anak-anak yang belum mengenali Sabah dan Budayanya, yang boleh memecah belah satu ikatan perhubungan yang baik, membuatkan saya teruja untuk menulis puisi ini, biar berhambur! Kosa kata berterabur! Saya cuba juga tulis! Semoga perkara ini dapat dihentikan, jangan sampai anak-anak kita bermusuhan!

Salam Ramadan dan selamat berpuasa.
Penghina yg amat memalukan kpd ibubapa korg sendiri sebenarnya melihat perangai anak2 mereka

Journal 2012 ~ #309

Hi uols!! Bulan2 posa ni byk plak dugaannya, mna dgn isu politiknya, mna dgn isu diskriminasinya, mna isu org2 yg celik akal tp bodoh menghina bangsa lain serupa x bersekolah. Dalam entry weblog aku kali ni aku cuba nk bangkitkan semarak warga pribumi Sabahan yg asyik di tindas n di anak tiri kan. Mungkin ramai yg mula sedar n ada yg da lama sedar tp teda saluran utk bersuara. Hakikatnya begitu la hidup kita ni terutama skali yg merantau d bumi semenanjung ni, slalu d perlekehkn n tidak d ambil peduli, seolah-olah kita tidak punya hak utk bersuara selalu d beza2kn antara satu sama lain, macam lah kita ni x mampu melakukan sesuatu dgn lebih baik.


Kebanyakannya mcm tu terutama skali rakan2 yg bekerja d govt. sektor, bila d arahkn pindah wah!! elaun wilayah, elaun rumah cukup2 mkn utk warga Sabahan yg berhijrah ke tanah semenanjung, tp cuba tgk org2 semenanjung masuk sabah wah!! elaun diorg berlipat kali ganda dr rakan2 yg hidup di bumi semenanjung ni. Jgn ckp rakan2 govt, aku sndiri pn terasa jg keja da lama mcm tu jg la.

Seharusnya pihak berkenaan perlu kaji tarap kehidupan d kota metropolitan ini berbanding tarap kehidupan d bumi Sabah n Sarawak yg masih lagi rendah!! Sedangkan rumah sewa di kotaraya ni apartment saja RM600-RM800, harga sedemikian boleh dpt sebuah rumah di negeri Sabah jika sewa sedemikian, elaun yg d beri adakalanya x sama dgn elaun rumah, hanya RM400 sahaja, terpaksa la org2 Sabahan ni menyewa d pinggir  bandar bagi menjimatkan kos. Kesiankan da la terpaksa menanggung kos minyak n tol nk makan apa dgn duit gaji sedemikian rupa. Saving pn belom tentu lepas nk simpan, terasa kesempitan gaji x pernah cukup. Klau yg cerdik tu adalah yg buat bisnes sampingan tp pd mereka yg mengharap duit gaji? da la kos sara hidup tinggi, barangan makin hari makin mahal. So pikir2kan la..

Bkn itu saja, kenapalah org2 Sabahan d hantar ke semenanjung? sedangkan d Sabah ni byk lg keja, kenapa mesti org semenanjung nk memerintah kerajaan Sabah, biarlah org2 Sabah yg memerintah org2 sendiri bkn org lain, adat n budaya d Sabah cukup jauh berbeza dgn budaya masyarakat Semanjung!! Seharusnya pihak berwajib perlu tahu hakikat ini. Byk bunyi2 dr rakan2 rasa kurang senang dgn keadaan ini. 

So pd uols, yg terasa diri tu di tindas mula la bersuara, bagi menyatakan pendapat kerana jika kita diam makin hari makin kita d tindas d pijak, seolah kita ni bagai kerbau di cucuk hidung menurut saja kata perintah mereka, sedangkan mereka mengaut keuntungan yg kita dilanda kemiskinan sepanjang hayat...

Bila mlihat keadaan ini, mungkin sudah sampai masanya kita sebagai rakyat Sabahan perlu bangkit dan bersuara menegakkan keadilan agar nasib Generasi muda mudi mendatang tidak seburuk nasib yang kita alami ketika ini. Ya, kalau dilihat situasi ini amatlah tidak adil dan nampak dengan seterang-terangnya kepimpinan berat sebelah oleh kerajaann pusat. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, tetapi tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari para pemimpin Sabah. Jadi, sudah jelas kan pemimpin Sabahan kita tidak membela nasib kita? Kalau dah macam ni, kita perlu berbuat sesuatu yang lebih berani agar perkara ini dilihat dan mendapat perhatian oleh kerajaan pusat.

Journal 2012 ~ #308

Hi uols, bulan2 posa ni lebih baik kita munasabahkn diri, tp kekadang apa yg kita lihat apa yg kita baca n apa yg kita tgk membuat kita terasa sakit hati, benci n meluat dgn org2 yg sesuka hati menghina bangsa pribumi Sabah!! Skg ni aku mula merasakan satu kebangkitan bagi rakyat Sabah utk menentang semua tomahan n kritikan yg benar2 mencabar kedaulatan negeri Sabah itu sendiri.

Pesanan kpd warga semenanjung, jgn pandang Sabah negeri yg daif dan boleh d perlekehkn sesuka hati korg sume, dgn omongan kosong korg melalui facebook n laman twitter korg!! jgn pandang rendah pd kaum pribumi Sabah!! Ramai rakyat korg dlm negeri Sabah, bila2 masa saja org2 Sabah bleh Halau keluar klau korg cari pasal dgn kaum pribumi Sabah!!

Kali ni aku nk luahkan rasa kesal dgn apa yg berlaku selama ini. Sebelum ini laman facebook pernah d gemparkan oleh kehadiran 'Lucas Lucas' yg menghina rakyat n negeri Sabah dgn mcm2 tomahan n kritikan yg membuat bangsa pribumi Sabah 'Panas Hati' dgn setiap perkataan n penghinaan terhadap negeri Sabah.




Sedarkah kamu wahai warga semenanjung, berapa ramai kaum keluarga kamu yg ddk d negeri Sabah yg korg hina sgt ni? menguat kekayaan d bumi Sabah yg korg hina sgt ni!! Berapa ramai guru2 d Sabah ni yg mengajar d negeri Sabah ni, berapa ramai pengarah kerajaan yg ddk d Sabah ni jd jutawaan beli tanah sana sini d negeri Sabah? Berapa ramai student korg yg belajar d UMS menimbah ilmu d universiti yg ada d negeri Sabah yg korg hina ni? Pernah x korg terfikir pasal keluarga korg bila korg kata org2 Sabah ni penganas, penjenayah dan banyak pendatang asing ni melakukan jenayah menghalau kaum keluarga atau saudara mara korg lebih mudah pada bahasa org Sabah HALAU org Semenanjung keluar dari Sabah?? Mungkin skg ni korg x nmpk? masih buta n masih x fikirkan sume itu, tp jgn fikir org2 Sabah tidak akan bangkit menentang sume ini.


Korg ckp kami tinggal atas pokok? tp hakikatnya walaupun kami tinggal d pondok buruk tp atas tanah kami sendiri, bukan merempat mcm korg yg banyak jd gelandangan di tepi jalan tidur d bawah jambatan!! Sedarkah korg itu sume?! Sekurang2nya anak2 gadis Sabahan x de la jd Bosia, Pelacur, buang anak sana sini? Adakah korg pikir kami sume ni merempat di tanah sendiri?! Ya!! memang kami miskin tp kami x pernah jd org yang miskin dgn budi bahasa tp kami kaya dgn adap n sopan bila bercakap!! Kata org korg belajar tinggi2 tp jd org yg paling bodoh krn menghina org, pemikiran yg kosong tp BODOH!!




Klau n d banding kn kog sume dgn Sabahan korg lg miskin pemikiran, otak kolot lebih kolot org yg x terpelajar!! Jgn hina kami seolah2 x bermaruah!! Jika pribumi Sabah bergabung, jika pribumi bangkit menentang org2 korg sume jgn harap org2 korg yg ada d bumi Sabah ni d beri peluang utk hidup d bumi Sabah ini. So jgn pikir dgn kepandaian korg, kepintaran korg menghina warga Sabah sesuka hati!! Jgn pikir korg hebat tmpt korg maju korg pikir Sabah ni mundur, jika bukan Perdana Menteri laung kan 1Malaysia, kami da lama wujud 1Malaysia, walaupun kami berbeza agama, bangsa tp kami tetap bersaudara. Cukup penghinaan korg pd kaum pribumi Sabah!! Aku cukup benci manusia yg menghina Sabah!! korg pikir hidup korg senang selamanya!! Sedar2 la.. x kn lama korg hidup d dunia ni!! Sabah 4 Sabahan not 4 Penisular People!! betapa bodoh org yg menghina warga pribumi Sabah! belajar tinggi2 tp x bermaruah!! teda beradap sopan!! teda moral persaudaran!! menjadi manusia yg x bertamadun!!

Journal 2012 ~ #307

Hi uols, hari ni da 15 Ramadhan kan, sedar x sedar dah 15 hari kita berposa, pd kekawan yg x posa tu mkn sorok2 okey!! (utk girls sj taw) hihi.. ok la ari ni aku nk share pasal SOLAT, benda ni penting sgt, aku jumpa artikel ni drpd FB sesorang siap ada statistik lg, hakikatnya memang btl pn ada d antara kita ni melihat hal ini remeh n x menjaga solat itu. Rugi la pd mereka yg x reti nk jg seolah-olah kita merobohkan tiang agama kita, ibarat tiang rumah kita cuba di robohkan mcmna la rumah kita agaknya yer.. So bila ada org tegur or ajak solat tu, ringan2kn la hati tu utk bersolat, mungkin itu satu permulaan yg baik utk berubah. Ada jg yg berfikiran sebaliknya, terutama skali ramadhan, org lebih titik beratkan solat sunat tarawih, itu x salah tp 5 waktu yg wajib di tinggal2 kn so kena ubah cara n pendapat sedemikian, sedangkan 5 waktu itu wajib n tarawih itu sunat, kata org kenalah seimbangkan yer. Okey uols cuba baca artikel ni baik2 k!!

Statistik yang perlu anda ketahui.....



Kajian terhadap 1,050 orang anak muda Islam Malaysia yang berumur antara 15-25 tahun mendapati bahawa :

18.7 % sentiasa bersolat 5 waktu sehari semalam

64.2 % berpuasa penuh di bulan Ramadhan


24.3 % berhasrat menjadi top entrepreneur

18.8 % berhasrat menjadi ibu-bapa yang baik


14.9 % berhasrat menjadi hartawan

.....

.....
1.9 % bercita-cita menjadi artis
0.8 % berhasrat menjadi ahli politik (lowest)