Journal 2010 ~ #126

Kalau ini takdirnya.. rela aku lepaskan segalanya biarlah ia tak dihargai bukan bermakna tak dikenang. Aku mula alpa akan kehidupan ini sokongan, kata-kata semangat sebenarnya racun dalam hidup bukan penawar atau sebenarnya bukan moral support untuk kehidupan ini. Aku mula sedar keindahan itu sebenarnya dalam diri ini, dialah penyuntik semangat dialah pembangkit semangat yang lain teman-teman atau orang disisi ini hanya sampingan.. aku tahu zaman kejatuhan aku dulu itu sekali lagi menghampiri aku aku terima jika ini takdirnya namun aku akan lawan semua itu, biarpun tiada siapa mahu membantu tapi aku tahu siapa aku pada diri aku ini.. hakikatnya aku akan buat semua itu tanpa orang sedari biar aku sebagai orang yang tidak pernah dikenali biar aku pula menjadi racun kepada mereka..

Journal 2010 ~ #125


 ~Tentang Kamu ~
Ku tak bisa menebak
Ku tak bisa membaca
Tentang kamu
Tentang kamu
Kau buat kubertanya
S’lalu dalam hatiku
Tentang kamu
Tentang kamu

Bagaimana bila akhirnya ku cinta kau
Dari kekuranganmu hingga lebihmu
Bagaimana bila semua benar terjadi
Mungkin inilah yang terindah
Begitu banyak bintang
Seperti pertanyaanku
Tentang kamu
Tentang kamu

Journal 2010 ~ #124

Kadang kala aku terfikir adakah hidup ini lebih bermakna buat orang disekeliling kita? atau seharusnya aku sepatutnya lebih berdikari daripada mengharapkan ada orang disisi ini? mungkin betul atau sebaliknya. Jika diberi pilihan kepada ku untuk memilih sendiri atau berteman? aku lebih rela memilih sendiri, kenapa? mengapa? dan sebab? bagi aku hidup aku dah lebih biasa sebegini hidup sendiri tanpa teman dan berteman selama ini aku lakukan sendiri mengambil keputusan sendiri dan aku sendiri melakukan apa yang aku mahu.. mengapa harus aku bergantung harap atau memohon bantuan dari orang lain sedangkan aku sendiri tahu untuk melakukannya. Seharusnya aku lebih yakin pada diri ini dan aku seharusnya lebih tahu apa yang aku inginkan dalam hidup ini, tak perlulah menyusahkan orang lain itu yang terbaik untuk aku fikirkan ketika ini, kalau mati pun dalam kubur seorang diri juga..