Journal 2010 ~ #124

Kadang kala aku terfikir adakah hidup ini lebih bermakna buat orang disekeliling kita? atau seharusnya aku sepatutnya lebih berdikari daripada mengharapkan ada orang disisi ini? mungkin betul atau sebaliknya. Jika diberi pilihan kepada ku untuk memilih sendiri atau berteman? aku lebih rela memilih sendiri, kenapa? mengapa? dan sebab? bagi aku hidup aku dah lebih biasa sebegini hidup sendiri tanpa teman dan berteman selama ini aku lakukan sendiri mengambil keputusan sendiri dan aku sendiri melakukan apa yang aku mahu.. mengapa harus aku bergantung harap atau memohon bantuan dari orang lain sedangkan aku sendiri tahu untuk melakukannya. Seharusnya aku lebih yakin pada diri ini dan aku seharusnya lebih tahu apa yang aku inginkan dalam hidup ini, tak perlulah menyusahkan orang lain itu yang terbaik untuk aku fikirkan ketika ini, kalau mati pun dalam kubur seorang diri juga..

No comments: