Journal 2009 ~ #107

~MASIH~
Masihkah ada cintamu
Seperti yang lalu
Terhadap diriku
Kau tak seperti dahulu

Maafkan diriku
Kernanya aku bersalah
Di manakah cinta sucimu
Di manakah cinta sucimu

Tiada cintamu padaku
Ku tahu ku bukannya lagi mimipi-mimpimu
Biarlah segala yang lalu
Lupakanlah segala memori cinta kita

Berlalu saja cinta kita
Berakhir saja cinta kita
Aku tak terbiasa
Aku tak biasa

Masihkah ada cintamu
Seperti yang lalu
Terhadap diriku
Kau tak seperti dahulu

Maafkan diriku
Kernanya aku bersalah
Di manakah cinta sucimu
Di manakah cinta sucimu

Tiada cintamu padaku
Ku tahu ku bukannya lagi mimipi-mimpimu
Biarlah segala yang lalu
Lupakanlah segala memori cinta kita

Tiada cintamu padaku
Ku tahu ku bukannya lagi mimipi-mimpimu
Biarlah segala yang lalu
Lupakanlah segala memori cinta kita

Berlalu saja cinta kita
Berakhir saja cinta kita
Aku tak biasa
Aku tak biasa

Journal 2009 ~ #106

Biar aku sendiri
tanpamu aku bisa berdiri
biar aku berkelana sendiri
kerana aku tahu siapa diri ini
jangan pernah bertanya kenapa
kerna selama ini ku sendiri
menempuh segalanya
jangan pernah ambil tahu
siapa aku ketika ini
suka duka ku biarlah ku sendiri

Journal 2009 ~ #105

Saat ini aku menanti saat-saat terindah dalam kehidupan ini walaupun kadang kala terlalu banyak dugaan aku terima namun aku pasrah atas segalanya kerana setiap yang hadir itu adalah pengujian buat iman ini, saat ini aku menanti sesuatu yang belum pasti tindakan ini namun jika aku gagal melakukannya aku pasti akan tewas.

Jangan pernah mengalah kerana aku seharusnya berani mengambil risiko ini jika aku gagal dan kalah pasti aku akan tewas dengan percaturan hidup ini. Seandainya kebenaran itu berpihak pada aku pasti jalannya mudah dan indah atas pertolongan dari DIA, jika kebenaran itu bukan untuk aku maka rintangan itu pasti diuji seadanya.

Ya Allah pada-Mu aku berserah dan bertawaqal atas segalanya beri aku petunjuk, kekuatan dan hidaya-Mu untuk aku melangkah lebih jauh atas apa yang terjadi padaku ketika ini. Ya Allah sesungguhnya aku reda jika ini jalan yang telah aku pilih demi masa depan dan kebahagiaan buat diri ku ini..

Journal 2009 ~ #104

Weekend macam ni buat aku terasa bosan untuk duduk di rumah, so aku ambil keputusan untuk keluar Jalan TAR hari ni ada pasar malam so aku ambil kesempatan untuk shopping (",) bukan senang dapat keluar shopping macam ni terutama sekali bila tak ada teman di sisi, puas aku jelajah pasar malam Jalan TAR, fuh!! memang terasa penat tapi berbaloi-baloi hihi. Yang aku cari kain pasang dan sepasang baju kurung jer bukan ada apa pun ("-). Cuaca agak mendung so peluang untuk lebih lama memang aku tak syorkan pada diri aku sendiri so apa lagi angkat kaki ler jawabnya, semasa perjalanan ke tempat letak kereta aku ternampak seorang pakcik tua yang buta, kesian pun ada nak ke mana ler agaknya hampir terlanggar van yang parking di atas bahu jalan, al-maklumlah Jalan TAR kalau sabtu jer mesti sesak parking kereta. Isk! pantas aku tarik tangan pakcik tu kesian dan memberitahu ada van yang parking kat situ mujur dapat tarik tangan dia kalau tak kesian terhantuk kepalanya, yang menjadi isu ketika itu, ramai orang kat sana tapi tak ada seorang pun yang nak tolong sabar jer ler kesian sungguh. Tanpa membuang masa aku terus bergerak jalan dengan laju malas nak tunggu lebih lama cuaca dah makin gelap dan hujan rintik mula menitis. Tapi masa kat area Semua House aku sempat juga menarik seorang remaja perempuan dari kena langgar, maklumlah sesak dan pantas jer aku melangkah tanpa membuang masa. Fuh!! lega dah sampai kereta baru lah hujan turun selebat-lebatnya, alhamdulillah rahmat dari DIA Yang Maha Esa.

Perjalanan aku terus menuju ke Jalan Kuching, tergerak dihati untuk singgah sebentar ke Selayang Mall saja nak pergi window shopping sambil-sambil tu boleh servey handphone baru (",). Kat Selayang Mall lagi parah ceritanya tau, masa nak parking kereta, adalah seorang ibu cina dengan 2 anaknya yang naik motor turun kan anak dia tengah jalan nak ke parking kereta, hampir terlanggar nasib baik sempat break, aku sempat bertanya dia ok ke tak mak budak tu punyalah marah tapi bukan kat aku pada anak dia, isk betul-betul buat aku terkejut pastu mak budak tu kata tak apa dia ok sahaja. Nasib menyebelahi aku kali ni, but for the next time aku kena lebih berhati-hati. Dalam Selayang Mall... mak oii!! harga Sony Ericsson AINO yang menjadi impian aku RM1850 huhu terbantu lagi niat aku nak tukar handphone baru.. kalau tolak handphone aku yang ada sekarang ni pon RM200 hinggit jer huhu tak nak la aku tukar handphone aku yang menjadi kesayangan aku ni, harga handphone ni masa beli pun dah RM2000 huhu sekarang dah bernilai RM200 jer, isk..isk.. tak patut betul buat macam tu. Mahu tak mahu aku terpaksa akur dan mengubah fikir untuk membeli kamera sony yang lebih baik dan aku boleh buat business photografer. Hmm.. simpan jer ler angan-angan nak belik handphone baru huhu (",)
Sony Ericsson Aino camera dia jer menjadi idaman aku 8.1 Megapixel ("<)

Journal 2009 ~ #103

Ahad macam ni rasa macam-macam benda nak buat, erm hari ni sejarah pertama dalam hidup aku buat blueberry muffin tak lah susah cuma leceh sikit banyak benda nak kena sediakan tapi akhirnya aku berjaya. Sampai mak aku pun tak percaya anak pompuan dia yang sorang ni dah mula belajar masuk dapur hihi, saper sangkah semalas-malas aku ni rajin gak tau masuk dapur (",) hihi.. pas ni boleh lah ambik order saper yang nak muffin blueberry hihi