Journal 2009 ~ #104

Weekend macam ni buat aku terasa bosan untuk duduk di rumah, so aku ambil keputusan untuk keluar Jalan TAR hari ni ada pasar malam so aku ambil kesempatan untuk shopping (",) bukan senang dapat keluar shopping macam ni terutama sekali bila tak ada teman di sisi, puas aku jelajah pasar malam Jalan TAR, fuh!! memang terasa penat tapi berbaloi-baloi hihi. Yang aku cari kain pasang dan sepasang baju kurung jer bukan ada apa pun ("-). Cuaca agak mendung so peluang untuk lebih lama memang aku tak syorkan pada diri aku sendiri so apa lagi angkat kaki ler jawabnya, semasa perjalanan ke tempat letak kereta aku ternampak seorang pakcik tua yang buta, kesian pun ada nak ke mana ler agaknya hampir terlanggar van yang parking di atas bahu jalan, al-maklumlah Jalan TAR kalau sabtu jer mesti sesak parking kereta. Isk! pantas aku tarik tangan pakcik tu kesian dan memberitahu ada van yang parking kat situ mujur dapat tarik tangan dia kalau tak kesian terhantuk kepalanya, yang menjadi isu ketika itu, ramai orang kat sana tapi tak ada seorang pun yang nak tolong sabar jer ler kesian sungguh. Tanpa membuang masa aku terus bergerak jalan dengan laju malas nak tunggu lebih lama cuaca dah makin gelap dan hujan rintik mula menitis. Tapi masa kat area Semua House aku sempat juga menarik seorang remaja perempuan dari kena langgar, maklumlah sesak dan pantas jer aku melangkah tanpa membuang masa. Fuh!! lega dah sampai kereta baru lah hujan turun selebat-lebatnya, alhamdulillah rahmat dari DIA Yang Maha Esa.

Perjalanan aku terus menuju ke Jalan Kuching, tergerak dihati untuk singgah sebentar ke Selayang Mall saja nak pergi window shopping sambil-sambil tu boleh servey handphone baru (",). Kat Selayang Mall lagi parah ceritanya tau, masa nak parking kereta, adalah seorang ibu cina dengan 2 anaknya yang naik motor turun kan anak dia tengah jalan nak ke parking kereta, hampir terlanggar nasib baik sempat break, aku sempat bertanya dia ok ke tak mak budak tu punyalah marah tapi bukan kat aku pada anak dia, isk betul-betul buat aku terkejut pastu mak budak tu kata tak apa dia ok sahaja. Nasib menyebelahi aku kali ni, but for the next time aku kena lebih berhati-hati. Dalam Selayang Mall... mak oii!! harga Sony Ericsson AINO yang menjadi impian aku RM1850 huhu terbantu lagi niat aku nak tukar handphone baru.. kalau tolak handphone aku yang ada sekarang ni pon RM200 hinggit jer huhu tak nak la aku tukar handphone aku yang menjadi kesayangan aku ni, harga handphone ni masa beli pun dah RM2000 huhu sekarang dah bernilai RM200 jer, isk..isk.. tak patut betul buat macam tu. Mahu tak mahu aku terpaksa akur dan mengubah fikir untuk membeli kamera sony yang lebih baik dan aku boleh buat business photografer. Hmm.. simpan jer ler angan-angan nak belik handphone baru huhu (",)
Sony Ericsson Aino camera dia jer menjadi idaman aku 8.1 Megapixel ("<)

No comments: