Journal 2009 ~ #102

Minggu ni agak sunyi sedikit terasa bosan dan tak selesa pun ada, semua bos tak ada kat office ada meeting kat luar then the all staf at department plak sibuk dengan facebook masing-masing, ermm tak faham apa nak jadi dengan diorang ni.. sebelum ni bila aku buka blogger, friendster ker apa ker, mula lah ada yang tegur siap mengata aku tak buat kerja ler apa ler.. sekarang ni orang yang berkenaan pula duk sama main benda tu ermm tak boleh pakai langsung. Malas nak layan ler, baik aku layan kerja-kerja aku lagi best manalah tahu tahun ni boleh dapat anugera cemerlang plak hihi (",)

Journal 2009 ~ #101

Hari ni 27 Oktober 2009.. dah semakin jauh kita melangkah dan tinggal 2 bulan sahaja lagi kita akan melangkah setapak lagi ke tahun 2010, masih banyak perancangan perlu di buat entah apa yang harus aku lakukan dan rancangkan. Mungkin target tahun ni masih hold lagi kut or still dalam perancangan. Dalam suka yang aku lalui terlalu banyak duka yang aku hadapi pelbagai rintangan terutama sekali awal tahun tapi aku tahu semua itu mematang aku dan aku telah belajar menghadapi kenyataan namun semua itu aku harus tabah dan harus lalui dengan penuh sabar. Dan kini aku adalah aku kehidupan aku lebih bermakna selepas segala-galanya aku bahagia dan tenang walau hanya seorang diri tanpa ada yang mengongkong aku yang pasti kehidupan aku ini adalah indah dan terindah yang pernah aku miliki.

Pada insan-insan yang banyak melukai hati ini, terimalah hakikatnya bahawa hidup mu tak akan sempurna dan tak akan pernah bahagia setelah apa yang telah engkau lakukan cukuplah kehidupan lalu membuka mata aku untuk terus sedar dari kesilapan aku selama ini.

Journal 2009 ~ #100

Seawal pagi lagi aku cuba untuk bangun dan memanjakan diri, agak malas nak bangun pagi baru jam 5 pagi tapi kena juga bangun sebab nak bersahur, erm.. baru hari ni nak start buat puasa ganti.. pantas kaki ku melangkah juga ke dapur nasib baik masak nasik semalam klau tak mesti tak makan nasik pagi ni..

7.30 pagi..
Tepat sampai office, nasib baik parking clear jalan pun clear pagi ni tertanya sendiri still cuti lagi ker? Masuk jer office aku terus membuka laptop macam biasalah rutin harian mesti check personal email baru email company. Terasa senyap terus aku mencari folder MP3 kat desktop ni, teringin nak dengar lagu-lagu mengamit kenangan, sesekali layan best juga. Dengan alunan muzik yang bersahaja dan lembut mendamaikan hati ini untuk mendengar terusik di jiwa dan membuat aku rindu pada seseorang.. bila agaknya akan bertemu lagi??

Journal 2009 ~ #98

~ Percayalah Sayang ~
Engkau yang mula ku kenali
Dari usia muda untuk bercinta
Kini dewasa merubah hati
Semakin dalam kasih yang kurasa
Namun berat kulafazkan harapanku
Percayalah sayang
Kuteman kulah kasih yang kekal selamanya
Kaulah yang kusayang
Tak pernah kurasa sayang yang sungguh bermakna
Percayalah sayang
Sudah biasa kuhapuskan
Airmata kecewa kau tangiskan
Tak bisa kubiarkan kau rebah sendiri
Hatimu milikku abadi
Namun kelu untuk berbicara
Mengapa sukarnya
Percayalah sayang
Kuteman kulah kasih yang kekal selamanya
Kaulah yang kusayang
Tak pernah kurasa sayang yang sungguh bermakna
Dengarkanlah sayang
Tiada seindah yang kita bina
Jangan kau ragukan
Percayalah sayang

Journal 2009 ~ #97


~ Dua Jiwa ~
Yang terindah... Terindah...
Bila dibayangkan tika bersama..
Dua jiwa.. berjumpa...
Mengalun rasa...

Dan bermula cerita...
Engkau dan aku melayar bahtera..
Melayar bahtera.. Hingga berjumpa...
Pelabuhan...Kebahagiaan...

Bila insan yang tak pernah kenal mengenali..
Tapi disatukan demi rasa...
Maka terciptalah.. suasana keliru..
Namun ada rasa yang menyikapnya...
Terasa dua jiwa terindah...
Terindah

Terindah melepasi sempadan keegoan mereka
Kasih pun tercipta dalam diam
Dan Mekar Dan Layar pun mula membelah lautan
Dua jiwa Lepasi Sempadan
Kasih membuka ikatan...
Terindah... Terindah..

Journal 2009 ~ #96

Hari ini aku baru memulakan tugasan penuh di pejabat ini, terlalu banyak perlu di selesaikan. Isnin lepas masuk jer office dapat assignment pertama dari bos kena pergi outstation ke Port Dickson untuk attend pameran JPW. Letih tu.. nasib baik sehari jer hihi kawasan panas bukan setakat panas dengan lautan nyer tapi kawasan panas berkempen hihi.. pagi tu masa breakfast dengan kekawan dapat tajaan dari calon parti bertanding huhu.. thanx a lot YB hopely you will be success tu jer doa kita orang buat YB. Tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal politik ker apa benda tapi nak cerita pasal life aku after raya hihi..

Mood raya still terasa office aku bakal buat open house pada 12 Oktober 2009 pada kekawan tu kalau rasa-rasa nak attend tu sila kan ler di alu-alu kan (",). Ermm!! lupakan soal open house sebab tak perlu yang perlu sekarang ni iya ler soal hati dan perasaan yang lebih penting. Mood cuti masih lagi terasa, rasa macam tak nak balik lagi untuk memulakan tugas tapi terlalu lama cuti pun naik muak juga ermm serba tak kena betul hihi.. tapi apa-apa pun tahun ni raya aku enjoy sesangat sebab ditemani oleh family and anak angkat aku Farish Zarif hopely next year lebih best.. apa-apa pun yang penting kehidupan perlu di teruskan juga walau apa pun terjadi..