Journal 2009 ~ #101

Hari ni 27 Oktober 2009.. dah semakin jauh kita melangkah dan tinggal 2 bulan sahaja lagi kita akan melangkah setapak lagi ke tahun 2010, masih banyak perancangan perlu di buat entah apa yang harus aku lakukan dan rancangkan. Mungkin target tahun ni masih hold lagi kut or still dalam perancangan. Dalam suka yang aku lalui terlalu banyak duka yang aku hadapi pelbagai rintangan terutama sekali awal tahun tapi aku tahu semua itu mematang aku dan aku telah belajar menghadapi kenyataan namun semua itu aku harus tabah dan harus lalui dengan penuh sabar. Dan kini aku adalah aku kehidupan aku lebih bermakna selepas segala-galanya aku bahagia dan tenang walau hanya seorang diri tanpa ada yang mengongkong aku yang pasti kehidupan aku ini adalah indah dan terindah yang pernah aku miliki.

Pada insan-insan yang banyak melukai hati ini, terimalah hakikatnya bahawa hidup mu tak akan sempurna dan tak akan pernah bahagia setelah apa yang telah engkau lakukan cukuplah kehidupan lalu membuka mata aku untuk terus sedar dari kesilapan aku selama ini.

No comments: