Journal 2013 - # 429

Hi uols!! arini aku nk share satu info kesihatan utk kita ketahui lebih lanjut. Jom baca artikel ini utk panduan kita.

Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Di Malaysia, penyakit Ttibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957. Kini, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.
Gambar besar kultur Mycobacterium tuberculosis

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.
Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk:-
  • Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
  • Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.
Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia.

Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak pernah berubah sejak tahun 1990.

Tanda dihidapi penyakit 
  • Batuk berdarah atau berkahak.
  • Sakit di bahagian dada.
  • Lemah dan keletihan.
  • Susut berat badan.
  • Kehilangan selera.
  • Menggigil.
  • Demam.
  • Berpeluh waktu malam.
Mereka Mungkin Diserang:
Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:
  • Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  • Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  • Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  • Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  • Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  • Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.
Cara Batuk Kering Merebak
Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang sekeliling.

Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.

Journal 2013 - # 428

Hi uols! Selamat kembali bertugas kpd mereka yg kembali bertugas, klau yg cuti tu selamat bercuti uols! Ok la kali ni aku nk share satu artikel yg rata tahu atau yg masih x tahu so apa lg jom baca artikel ni.

5 Ganjaran Besar Solat Berjemaah

Salah satu petanda keistimewaan umat Muhammad ialah ganjaran besar yg dikurniakan Allah s.w.t apabila mereka melaksanakan solat berjemaah:
  1. Mendapat 27 darjat: Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Nabi s.a.w bersabda: "Pahala solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat."
  2. Diampunkan dosa: Daripada Uthman bin Affan r.a. berkata, aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna, kemudian mendirikan solat berjemaah, lalu Allah akan mengampunkan dosa-dosanya."
  3. Bebas dan selamat dari seksa api neraka dan terhindar daripada sifat munafik: Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang solat secara berjemaah serta sempat bersama imam pada takbir yang pertaa selama 40 hari, nescaya Allah akan menetapkan untuknya dua keselamatan; Pertama, selamat daripada api neraka. Kedua, selamat daripada menjadi seorang munafik."
  4. Mendapatkan berkat mengamin, bertasmi dan bertahmid: Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila imam berkata, 'sami Allahu liman hamidah', maka hendaklah kamu menjawab 'rabbana wa lakalhamdu.' Sesunggunya jika jawapan orang itu kebetulan dengan jawapan malaikat (di langit), maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.
  5. Dikasihi Allah: Dari Qubasy bin 'Asim r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Berjemaah dua orang, dan seorang daripadanya menjadi imam itu adalah lebih baik disisi Allah daripada solat empat orang bersendirian. Berjemaah empat orang lebih baik daripada solat lapan orang bersendirian dan solat lapan orang dengan salah seorang daripadanya menjadi imam adalah lebih baik daripada solat seratus orang bersendirian." (sumber Majalah Iman)

Journal 2013 - # 427

Hi uols!! semoga uols selalu happy n ceria. Well arini aku nk share pada uols pasal 'Derma Darah'. Sape pernah menderma? Pasti ramai yang melakukannya dan ada jg kata darah saya x cukup untuk d dermah.

Sebenarnya, aku merupakan seorang Pendermaan Aferesis!! boleh dikatakan tiap2 bulan akan melakukan aktiviti ini. Well aku x nk ckp panjang jom baca artikel ini utk panduan bersama dan ketahui kenapa kita perlu menderma darah okies!


Jenis-Jenis Penderma
Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya: 

Penderma ‘Whole blood’ : Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
    • Sel darah merah
    • Sel darah putih
    • Platelet        
    • Plasma                                                     
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.

Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.

Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Keistimewaan Penderma Darah 
Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut:
  • Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005
   KEKERAPAN MENDERMA                                        KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali
Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
  
Kriteria Penderma Darah
Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang
penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
 1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk
    ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.
11.Jangan menderma darah jika anda:
  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  •  Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Proses Menderma Darah 
Setiap individu yang menderma darah dengan Pusat Darah Negara (PDN) akan melalui proses pendermaan seperti berikut:
  1. Mengisi borang PDN3/2000/Pin. 1 atau 2. Sebarang keterangan atau bantuan mengisi borang ini boleh diperolehi daripada kakitangan PDN yang bertugas
  2. Menjalani pemeriksaan darah untuk tahap kepekatan sel darah merah (paras hemoglobin) dan mengenal pasti kumpulan darah ABO.
  3. Melalui sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan untuk mengenal pasti sebarang masalah perubatan dan tahap risiko penderma.
  4. Penderma yang layak menderma akan menjalani proses pengambilan darah (phlebotomy).
  5. Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan dan minuman ringan.

Nasihat Kepada Penderma Darah
Setiap kali selepas menderma darah, anda adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
  • Tekan kuat pada bekas cucukan jarum sambil berehat sekurang-kurangnya 10 minit di atas katil sebelum bangun.
  • Ambil sedikit minuman dan makanan ringan yang disediakan sebelum meninggalkan tempat pendermaan.
  • Ambil sebiji tablet zat besi dan asid folik yang dibekalkan sehari sekali selepas makan. Ini akan membantu anda membina kembali sel-sel darah merah yang telah anda dermakan.
  • Berhati-hati semasa memandu atau sewaktu bekerja menggunakan mesin.
  • Dalam masa 24 jam selepas menderma :
    • Elakkan diri daripada aktiviti-aktiviti sukan atau senaman berat, atau mengangkat barangan yang berat.
    • Elakkan minuman keras.
    • Lebihkan meminum air.
    • Jika anda mengalami sebarang reaksi atau tindak balas seperti pening atau rasa ingin pitam, baringkan diri anda selama beberapa minit dengan kedua-dua kaki dinaikkan melebihi paras kepala.
    • Sekiranya anda berasa tidak sihat/selesa, ataupun terdapat tanda lebam, bengkak atau sakit dibahagian yang dicucuk, sila hubungi segera Pegawai.
Perubatan Pusat Darah Negara di nombor 03-2693 3888 / 03-2695 5564. Dermaan anda merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada masyarakat. Adalah diharapkan agar anda jadikan pendermaan anda ini suatu amalan yang berterusan di dalam hidup anda.

So uols apa tunggu lg jom derma darah. Dengan menderma kita boleh selamatkan banyak nyawa.

Journal 2013 - # 426

Hi uols!! Selamat menyambut Hari Malaysia uols!! Semoga keamanan yg d perolehi ketika ini kita jaga bersama, bersyukur dgn apa yg kita miliki ketika ini. Klau x tau bersyukur lg x tau nk kata apa uols bleh pikir sndiri. Negara kita da cukup aman tanpa ada peperangan tido pun lena sbb ada encik abang2 polis, askar and penjaga keamanan bertugas d perbatasan. Terima kasih x terhingga sbb tlg jaga keamanan drpd d cerobohi oleh mereka2 yg jahat nk musnahkan keamanan negara ni.

Selamat Hari Malaysia, Malaysiaku Aman Sejahtera!!

Well hari ni aku nk share pasal bumi Palestin!! Da lama rasanya x citer pasal bumi Palestine yg menjadi idaman aku utk menjejaki kaki ke sana jika berpeluang, insya allah. Memandangkan hari ni 16 September 2013 kita sambut hari Malaysia nk tahu jg adakah kita ni bersyukur dgn apa yg kita nikmati ketika ini atau sebaliknya.

Negara Palestin
Negara Palestin (bahasa Arab: دولة فلسطين, dawlat filastin, atau hanya Palestin (bahasa Arab: فلسطين, filastin) adalah sebuah negara di Timur Tengah antara Laut Tengah dan Sungai Yordan. Status politiknya masih dalam perdebatan. Sebagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggota OKI, Liga Arab, Gerakan Non-Blok, dan ASEAN telah mengakui keberadaan Negara Palestin. Wilayah Palestin ketika ini terbagi kepada dua entiti politik, iaitu Wilayah Pendudukan Israel dan Otoritas Nasional Palestine. Deklarasi Kemerdekaan Palestin dinyatakan pada 15 November 1988 di Aljir oleh Dewan Nasional (PNC) Organisasi Pembebasan Palestine (PLO). (sumber Wikipedia)
Palestin Tanah Rahmat 
Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.  Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal
Kita susuri sejarah tanah Palestin tersebut, sehingga membawa kita kepada kisah Nabi Musa. Kisah
inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya Bani Israel. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran di surah al-Baqarah. 

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia. 

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.  

Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah. 

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church. 

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades). Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula
Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan. 

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah. 

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat. 

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam. 

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab
Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. 

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”. 

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta. 

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”
 Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin. 

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour. 

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.
Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki. 

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?” Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam. 

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula. 

Holocaust
Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh. Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat
Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan. 

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.


Palestin Sekarang
Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin. 

 Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti. Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua. Fikir-fikirkan. (sumber artikel dyazaraa weblog)

So uols apa lg yg kita nak selain keamanan yg kita miliki skg ni. Ingat jgn mudah utk calarkan keamanan yg da lama terbina kerana nk capai sesuatu keamanan itu bkn mudah dan senang. Kena tempuhi pelbagai rintangan dan dugaan. So uols klau rasa2 nk join atau nk sebarkan maklumat berkenaan palestin atau nk jadi sukarelawan Paletin jom daftar kt Pertubuhan Aman Palestin. So uols ada otak ada akal cuba renung nasib saudara kita di Palestin adakah kita ni hanya tahu mencari salah org itu ini tanpa memikir kesan n akibatnya d kemudian hari untuk anak cucu kita kelak! Uols pikir la sendiri!! Adiosazz!!

NowSeeHeart - DamaiYangHilang (Demimu Palestine!!) #VideoEdit

Journal 2013 - # 425

Hi uols!! Selagi mana ada daya selagi itu aku cuba utk update weblog aku ni, kekadang jd sunyi sepi plak weblog ni. Well byk benda aku kena fikirkan apa yg terbaik utk setiap entry dlm weblog ini. Actually bkn mudah utk mengeluarkan idea n kata-kata dlm penulisan d hujung jari ini. Well kali ni mungkin skali lg aku nk share lagu yg mungkin korg da biasa sgt dgr atau jarang2 dgr. Apa kata uols layan dulu lagu ni okeis!!

Letto - Permintaan Hati

Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Journal 2013 - # 424

Hi uols!! Salam weekend utk uols!! kira weekend kali ni weekend yg panjang yer (^_^) sbb isnin ni cuti umum sempena hari Malaysia. Yeahh!! menang best gitu cuti-cuti Malaysia. Well aku x de benda nk update dlm entry kali ni just nk kongsi lagu lama yg mng menjadi fav. aku selama ini. Malahan tiap bait lirik tu sentiasa aku ingat sehingga ke hari ni. So uols enjoy this song okey!!

Andra And The Backbone - Sempurna
Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujimu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Journal 2013 - # 423

Hi uols, salam kemerdekaan utk sume yang penting salam sayang utk uols!! well arini aku nk share pasal isu semasa yg mng 'hot' n mng org akan sakit hati. Baru2 ni kekecohan dalam FB telah berlaku termasuklah dlm wall FB 'Lara Celopatra' jg terkena tempiasnya. Isu hangat di pasaran ketika ini ialah isu '20 SEN' yang melibatkan kenaikan harga minyak RON95 dan juga Dissel di Malaysia.

2 Posen!!
Memang x d nafikan isu ini buat sume org jd komentar yg cerdik terutama skali dlm bidang matematik dan juga ekonomi. Segala Bajet dibentangkan.. termasuklah aku yg menimbulkan isu '2 Posen jer' hihi..
Banyak kekawan mula sinis dgn sindiran '2 Posen jer'. Bkn apa mls nk pikir isu terlalu serius sgt sbb hal ni mesti akan reda jg akhirnya. Pada aku kekadang ada baiknya jg harga minyak naik klau x penyeludup minyak ni x serik2 nk seludup minyak so biar mahal utk diorg nk borong minyak tu hihi. Sape2 pun akan terasa kesannya termasuklah aku walaupun masih single x de tanggungan besar tp uols kena pikir aku punya sorg ibu tua yg menghidap penyakit diabetis. Pun begitu kos utk supliment dan ubat-ubatan aku juga yg tanggung taw sebulan mencecah seribu hinggit berbanding uols yg punya anak lebih drpd 3 org. So jgn bandingkan org tu keja gaji besar ke gaji kecil ker itu sume x penting.
Kita klau hidup memikirkan sume kenaikan nak salahkan org itu org ini, cuba tnya diri kita.. gaji yg d beri tu pernah ker x cukup? Pernah x korg x makan sbb gaji yg korg terima tu x cukup. Klau ada yg x cukup tu mayb cara kita berbelanja tu x kena atau sesuai dgn cara hidup kita.
Ada yg kata 'ala ko keja swasta bkn keja mcm kami keja gomen jer' itu la masalah korg sume, keja swasta dgn gaji yg ada x semestinya mewah, klau rajin usaha adalah rezekinya, cuba tnya kekawan lain yg keja swasta ada x setiap kali musim perayaan dpt bonus atau durian runtuh?? n cuba tnya org keja gomen klau setahun berapa kali uols dpt imbuhan atau bonus??  
Minyak oh Minyak!!
So perbezaan apa pun rezeki yg kita peroleh pikirkan positif. Memang tidak d nafikan kenaikan harga minyak membawa seribu segala kesan, apa yg penting bagaimana kita nk mengurus perbelanjaan seharian kita. So uols jgn hot2 just chill rileks tambahkan aura positif dlm kehidupan agar kesihatan terjamin. Adiosssazz!!