Lemak Berkumpul Di Bahagian Perut dan Kesan Buruknya

Image result for perut buncit
Tak kiralah apa yang anda panggil sama ada buncit, gelebeh, love handle, tayar spare atau apa sahaja, lemak disekeliling perut sebenarnya agak bahaya kepada kesihatan. Lemak perut berlebihan memberi risiko yang tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit kronik.

Bagi lelaki pinggang yang lebih besar daripada 37 inci dan bagi wanita melebihi 31.5 inci perlu mengambil berat tentang kesan terhadap kesihatan. Sis nak kongsikan mengapa lemak berkumpul di bahagian perut, yang mana dapat membantu anda mengambil langkah untuk mengecilkannya.

Bahaya Lemak Perut

Image result for perut buncit
Peningkatan lemak pada bahagian perut mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik, penyakit kardiovaskular dan diabetis tahap 2. Wanita dengan banyak lemak perut lebih cenderung untuk mengalami kanser payudara atau memerlukan pembedahan hempedu.

Jenis-Jenis lemak
Image result for jenis-jenis lemak
Lemak dalam badan terbahagi kepda 3 jenis iaitu LEMAK SUBKUTAN (Lemak Putih), LEMAK COKLAT dan LEMAK VISCERAL.

Lemak Putih atau Lemak Subkutan adalah lemak paling biasa dalam badan manusia. Ia biasanya terletak pada bahagian pinggang dan peha, tetapi boleh dijumpai di merata tempat. Lemak ini terlakak dibawah kulit, memberikan kelembutan dan bentuk badan. Ia juga mempunyai peranan lain iaitu membakar tenaga dan menghasilkan hormon yang dikenali  sebagai adiponectin. Jadi, lemak subkutan tidak semestinya berbahaya kepada kesihatan anda.

Lemak perang (brown fat) juga dikenali sebagai "lemak baik" yang bertindak seperti otot, bermakna ia membakar tenaga tenaga walaupun anda tidak aktif. Untuk bertahun lamanya, para pakar beranggapan bahawa jenis lemak ini hanya terdapat pada bayi untuk mengekalkan suhu badan yang suam, dan hilang ketika kanak-kanak.
Image result for lemak perang

Namun, kajian terbaru menunjukkan bahawa orang dewasa masih mempunyai lemak ini dalam badan. Kajian oleh Universiti Harvard pada tahun 2009 mendedahkan bahawa 7.5% daripada wanita dan 3.1% lelaki dewasa masih mempunyai lemak ini dan mereka lemak ini dan mereka biasanya mempunyai metabolisma yang lebih sihat.

Dan lemak yang jahat dikenalki sebagai lemak visceral, yang bertoksik. Ia sering dirujuk sebagai lemak perut atau "Belly Fat". Anda sebenarnya tak nampak lemak ini kerana ia berkumpul di sekeliling organ di dalam rongga perut. Dengan kata lain, orang yang kurus dan tidak kelihatan boroi juga mempunyai jumlah lemak visceral yang berbahaya. Penyebab lemak berkumpul pada bahagian perut termasuklah:
  1. Hormon dalam badan
    Related image
    Bagi lelaki, testosteron mempengaruhi perkembangan lemak perut. Walaupun ketika usia remaja, mereka mempunyai sel lemak visceral, namun paras testosteron yang tinggi sering membuatkannya tidak mampu berkembang.

    Apabila semakin berusia dan jumlah hormon testosteron semulajadi semakin berkurangan, sel-sel lemak ini berkembang membuatkan perut memjadi buncit atau berlemak.

    Bagi wanita pula, lemak biasanya lebih terkumpul dibahagian pinggang, peha dan punggung untuk menyokong melahirkan serta menyusukan anak. Namun semakin usia meningkat dan penghasilan hormon estrogen merosot, kebanyakan lemak tersebut beredar semula ke perut, membentuk lemak visceral.
  2. Pemakanan seharian
    Image result for fat girl
    Lemak perut boleh terkumpul tak kira usia, terutamanya jika anda mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Terlalu banyak kalori dari apa jenis makanan pun boleh menyebabkan perut anda membesar.

    Terlalu banyak tepu lemak yang biasanya terdapat dalam susu penuh lemak dan daging yang berlemak, serta "lemak trans", yang terdapat dalam sesetengah makanan yang diproses, juga boleh menyumbang kepada perkembangan lemak viseral.

    Pemakanan yang sarat dengan gula dan biji-bijian halus sering dikaitkan dengan saiz pinggang yang lebih besar. Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan Klinikal 2009 membuat bahawa orang yang meminum minuman ringan (mengandungi pemanis fruktosa) lebih cenderung mempunyai lemak perut visceral.

    Butiran halus, seperti roti putih dan pasta, juga boleh menyumbang kepada lemak perut. Pilihan yang lebih adalah bijiran penuh, seperti beras perang atau barli untuk membantu mengurangkan pertumbuhan lemak visceral anda.
  3. Gaya hidup tidak sihat
    Related image
    Menurut Pusat Perubatan Universiti Rush, kekurangan aktiviti fizikal menggalakkan pembentukan lemak perut. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mencadangkan abda bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu dengan intensiti sederhana.

    Jika anda ingin manfaat kesihatan yang lebih baik, tingkatkan tahap senaman yang mana termasuk mengurangkan pengumpulan lemak perut dan risiko penyakit. Tabiat kurang tidur daripada 5 jam atau lebih daripada 8 jam setiap hari juga dikaitkan dengan lemak perut berlebihan.

    Kerap mengalami tekanan samada disebabkan faktor pekerjaan atau masalah kewangan juga boleh menyebabkan badan anda menghasilkan hormon kortisol yang tinggi.

    Hormon ini mempunyai kesan terhadap di mana lemak anda tersimpan dan bagi kebanyakan orang, ia membawa kepada perkembangan lemak visceral. 
So jangan pandang ringan tentang lemak dalam perut kita ni, untuk info diet seimbang dan sihat atau ingin mengikuti program penurunan berat badan, anda boleh follow Facebook dan Instagram @dn.adnin.official.

Rujukan:
2. Web MD 

Percutian Bajet ke Brunei Darussalam

Hi semua.. Mesti ramai yang nak teringin nak bercuti ke negara Brunei Darussalam kan, tapi memandangkan tukaran mata wang agak tinggi jadi ramai yang pendamkan saja perasaan tersebut. Okey hari sis nak kongsi pengalaman sis bercuti ke negara Brunei Darussalam dengan bajet bawa RM1500 seorang termasuk makan, minum, penginapan dan pengangkutan, mungkin kurang dari RM1500 kalau jenis yang memang berjimat cermat. 

Kalau datang sebagai Bag Packer group disyorkan guna Hostel lagi jimat dalam BND18 bersamaan dengan duit kita RM55.78.

Baru ni sis telah melancong ke Brunei secara solo, kira jadi Bag Packer ler gitu hihi.. Actually plan ni sis tak lah plan sangat just redah jer nak tahu berapa kos yang akan dibelanjakan kelak. Itu pun sebab sis memang tinggal kat Sabah duduk pula dekat dengan daerah Kota Kinabalu, so langkah tu panjang jugalah. Sebenarnya pilihan kepada sesiapa yang nak travel secara bag packer ni sama ada mahu naik flight, ferry atau darat. Itu uniknya orang-orang yang tinggal di Pulau Borneo ni. Macam sis, ini kali kedua sis melancong ke Negara Brunei, sebelum ni sis travel menggunakan kenderaan fuhh!!! mahu 6 ke 7 jam juga driving lalu daripada sindumin, lawas, limbang dan bintulu. Kali ni sis pergi saja nak naik ferry melalui Labuan. 

Mungkin ada yang tanya kenapa tak naik flight dari KK ke Brunei, hmm.. sebab direct flight bukan selalu ada, kalau ada pun kena pergi KL baru ke Brunei. So that why sis kena lalui Labuan untuk ke Brunei. So Kalau korang nak advanture macam sis nak rasa pengalaman naik ferry dari Labuan korang boleh jer naik flight dari KL ke Labuan kemudian baru ke Brunei.

Semuanya bermula dari Jesselton Point:



Perjalanan dari KK ke Labuan mengambil masa 2 jam 30 minit, itu pun bergantung dengan keadaan laut. Alhamdulillah sis pergi dan balik mengikut jadual. Dari Labuan nak ke Serasa Muara, Brunei pula mengambil masa 1 jam. Berikut adalah jadual perjalanan ferry.

Nak ke Labuan kena beli tiket kat kaunter 4


Dua Kali Sehari

Masa operasi kaunter : 6.30am hingga 2 pm

Dari KK  ke Labuan
Perlepasan    Ketibaan
8.00 am     -   11.00 am
1.30 pm     -     4.30 pm 
                                       

Dari Labuan Ke KK
Perlepasan   Ketibaan
8.00 am     -   11.00 pm
1.00 pm    -    4.00 pm

Kaunter Serasa Muara, Brunei
Dari Labuan ke Brunei
Perlepasan    Ketibaan
9.00 am     -   10.00 am
3.30 pm     -     4.30 pm

Dari Brunei Ke Labuan

Perlepasan   Ketibaan
8.30 am    -      9.30 pm
9.30 pm    -   10.30 pm
                                                                             

So korang boleh rancang perjalanan korang lepas ni. Oh ya bagi korang yang datang dari Semenanjung Malaysia korang boleh jer naik flight turun terus kat Labuan. Nak bagitahu juga korang kena buat Rooming siap-siap talian Data korang, kalau tak korang boleh juga beli simkad baru dekat bandar. Macam sis beli simkad baru harga BND25 bersamaan dengan RM77.48 tapi dapat unlimited data yang korang boleh guna. Korang cakap jer kat orang kedai tu kata nak guna untuk data saja so mereka akan bagi visitor plan simkad.

Masa dalam ferry nanti jangan lupa ambil borang ketibaan imigresen Brunei isi siap-siap masa dalam ferry, so bila sampai kat terminal nanti tidak kelam kabut masa pemeriksaan imigresen.


Mungkin ada yang bertanya jugakan apa yang menarik di Brunei ni? Sebenarnya Brunei ni memang negara yang kecil tapi kaya dengan hasil minyak. Sebenarnya korang kalau setakat nak jalan-jalan macam sis nak tengok tempat orang jalan-jalan mungkin ini satu pengalaman yang menarik. Kali ni sis tak melawat semua tempat hanya sekitar bandar sahaja, nama pun bag packer kan, lagipun sis pergi sehari jer yang lebihnya kat Labuan sebab nak shopping kat sana hehe. Berikut tempat-tempat yang korang boleh lawati:

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Dibina pada tahun 1958 dengan material terbaik. Bersempena nama Sultan Brunei ke-28 yakni, Sultan Omar Ali Saefudin III. Merupakan masjid Nasional bagi Kesultanan Brunei Darussalam di kota Bandar Seri Begawan

Masjid mewah dengan kubah berlapis emas murni ini dibangun sebagai simbol bahwa Islam adalah agama negara dan menjadi pegangan hidup rakyat Brunei Darussalam. Sejak dibangun hingga hari ini, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien menjadi salah satu masjid yang paling terkenal di dunia karena keindahan dan kemegahannya.

Sebagai masjid kerajaan masjid Sultan Omar Ali Saifuddien memang dibangun di Ibukota Negara Brunei Darussalam. Tepatnya di Kampong Ayer (Kampung Air) bersebelahan dengan komplek Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan. Sekali dalam setahun, bangunan replika Bahtera (kapal) Sultan Bolkiah yang berdiri di tengah laguna di depan masjid ini dijadikan mimbar Tilawah dalam Lomba Seni Baca Al-Qur’an / Musabaqoh Tilawatil Qur’an tingkat Nasional Brunei Darussalam.
Masjid ni berdekatan dengan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex. so boleh jalan kaki jer nak ke masjid tu. Bagi wanita tak perlu risau jika nak solat telkung disediakan dimana-mana masjid besar di Brunei.



The Royal Regalia Museum

Merupakan muzium kebangsaan negara Brunei Darussalam yang terletak di Kota Batu, berdekatan dengan ibu negara Bandar Seri Begawan. Muzium ini mempamerkan bahan kesenian Islam, barangan bersejarah dari abad ke-16, kaji purba dan etnografi. Ia adalah muzium yang terbesar di Brunei.

Menariknya muzium ni, korang akan melihat koleksi Di-Raja depan mata dan korang tak boleh mengambil gambar sepanjang lawatan dalam muzium tersebut. Sebab tu korang kena datang ke Muzium ni.

Dan menariknya juga korang akan melihat beberapa gambar Sultan Brunei bersama dengan Raja-Raja dari negara kita sendiri, banyak kenangan yang dipotretkan telah disimpan dalam Muzium ini. So sampai Brunei jangan lupa singgah ke Royal Regalia ni ok!

Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah
Masjid terbesar di Brunei ini didirikan tahun 1988 dan resmi dibuka untuk umum pada 1994. Dibangun untuk merayakan kepemimpinan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, yang memasuki masa kepemimpinan perak, 25 tahun. Dikenal juga dengan sebutan masjid Kiarong.

Terdapat 29 kubah emas menghiasi masjid ini. Dua kubah emas besar dan 27 buah kubah penutup menaranya yang mengelilingi bangunan utama. Dua sembilan mengandung arti, Sultan Hassanal Bolkiah adalah Sultan Brunei yang ke-29.

Ruang utamanya yang berornamen kaligrafi dan khas Arab ini mampu menampung lebih dari 3.500 jamaah. Terdapat lampu gantung kristal indah yang dilapisi emas, yang berasal dari Austria. Sementara di sisi timurnya juga terdapat ruang ibadah, tapi hanya cukup untuk 1000 orang.

Istana Nurul Iman

Istana Nurul Iman ialah tempat persemayaman rasmi bagi Sultan Brunei, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan kerusi kerajaan negara Brunei Darussalam. Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini juga merupakan tempat persemayama diraja paling besar di dunia.

Istana ini mempunyai 1,788 bilik, 257 bilik bersiram serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa. Di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan serta 5 buah kolam renang. Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai sebesar 2,152,782 kaki persegi (200,000 m).Disebabkan saiz istana ini yang sangat besar, maka terdapat 564 lampu candelier, 51,000 mentol lampu, 44 tangga dan 18 lif di situ.


Pasar Malam Gadong


Kalau dulu sis ke Pasar Malam Gadong ni, tempat tu masih lagi menggunakan kanopi biasa, tapi kali ni sis pergi pergh!! Dah upgrade dah, kira nampak lebih teratur dan tersusun rapi, malahan bekalan air, elektrik dan gas juga disediakan pasar malam Gadong ni. Kerusi Meja juga disediakan boleh lepak-lepak sambil makan kat situ.  Pasar Malam ini diadakan setiap malam di sini. Suasana di Pasar Malam Gadong sangat meriah dengan pengunjung. Pelbagai makanan dijual di sini dengan harga yang murah.

Pelbagai makanan tradisi yang akan anda dapat dan tidak jauh beza dengan kita yang tinggal di Sabah dan juga Sarawak, antara makanan yang boleh ditemui di Pasar malam Gadong ni adalah seperti Nasi Katok yang memang cukup popular di sana, Kelupis, Tapai nasi, kuih muih tradisional dan pelbagai lagi. Rate makanan yang dijual antara BND1- BND5. Kira murah la juga kan.

Kampung Ayer, Brunei
Kali ni sis tak ke Kampung Ayer. Tapi sis menikmati pemandangan Kampung Ayer ni dari bandar saja. Kampung Ayer perkampungan air yang didiami penduduk. Kampung ini terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Ia merupakan sebuah perkampungan air terbesar di Asia Tenggara.

Gagasan 42 kampung yang dibina di atas kaki bajang dan laluan pejalan kaki dari kayu diduduki lebih kurang 30,000 orang penduduk dan merupakan kampung air terbesar di dalam dunia. Ia juga digelar "Venice Timur". Kampung air sebenarnya terdiri daripada perkampungan kecil yang dihubungkan oleh lebih dari 29,140 meter jambatan kaki, dan merangkumi 4,200 binaan termasuk rumah kediaman, masjid, restoran, kedai, sekolah dan sebuah hospital. Laluan pejalan kaki yang panjang tuntas 36 kilometer menghubungkan bangunan-bangunan kampung ini. Pengangkutan utama di kampung ini ialah sampan yang kebiasaannya dilengkapi dengan enjin bot; teksi air persendirian, ataupun swasta, yang kebanyakannya menyerupai bot laju panjang, menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang pantas. Dari jauh, kampung ini kelihatan seakan-akan kampung setinggan tetapi sebenarnya penduduk kampung ini menikmati kemudahan moden seperti bekalan elektrik, penyaman udara, televisyen satelit, Internet, dan sistem saliran. Beberapa orang kampung juga membela ayam dan bercucuk tanam dalam pasu. Rumah-rumah kediaman daerah ini mempunyai ciri seni bina unik — bahagian dalam rumah-rumah kayu penuh hiasan yang rapi.

Kampung Ayer telah diduduki selama 1,300 tahun. Antonio Pigafetta menggelarnya "Venice Timur" apabila armada Ferdinand Magellan singgah di kawasan itu pada tahun 1521. Dari segi budaya Brunei, daerah ini merupakan daerah yang penting yang mengekalkan asal-usul petempatan tebing sungai penduduknya. Mengikut Profesor Abdul Aziz daripada Universiti Brunei Darussalam, Kampong Ayer merupakan petempatan air yang paling luas dan termasyhur di Asia Tenggara. "Dari segi sejarah, ia merupakan jati diri negara Brunei dan juga sebuah pusat perdagangan terpenting di Borneo.

So.. Cukuplah seharian berjalan di Brunei. Berikut adalah bajet perbelanjaan sis untuk Tiket, Penginapan dan Pengangkutan di Brunei. Cuma kena bawa extra juga untuk kecemasan, kalau setakat beli makanan dan souvenirs tu cukup jugalah dalam BND100.

Tiket:
Tiket Kota Kinabalu ke Labuan: RM23.60
Tiket Labuan ke Brunei: RM35.00
Tiket Brunei ke Labuan: RM45.46 (BND15.00)
Tiket Labuan Ke Kota Kinabalu: RM23.50
Jumlah: RM127.56

Penginapan:
Labuan: SkyGlobal Hotel : RM73.04 (Searching by Agoda)
Brunei: Traders Inn Hotel: RM128.43  (Searching by Agoda)
Jumlah: RM201.47


Pengangkutan di Brunei (Dart Car):
Serasa Ferry Terminal ke Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex (Center City) : BND20.70 (RM62.74)

Muzium Regalia ke Istana Nurul Iman Brunei: BND:5.00 (RM15.15)
Istana Nurul Iman Brunei Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah: BND5.00 (RM15.15)
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah ke Pasar Malam Gadong: BND4.30 (RM13.03)
Pasar Malam Gadong ke Traders Inn Hotel: BND5.00 (RM15.15)
Traders Inn Hotel ke Serasa Ferry Terminal: BDN20.70 (RM62.74)
Jumlah: RM121.22

Jumlah: RM512.94
Duit Poket: RM309.91
Jumlah Keseluruhan: RM822.85

Jumlah ini tertakluk dengan tukaran mata wang semasa yer, masa sis pergi ni BND1 bersamaan dengan RM3.10, so korang kena pandai main dengan pertukaran mata wang juga, then cari tempat money changer yang boleh anda beli dengan harga yang murah. Sis balik ke Labuan by Ferry seawal 8.30am sebab sis nak naik ferry balik ke KK pada jam 1.00pm, beberapa jam yang ada sis shopping kat Labuan pula hehe. 

Ok semua habis cerita tentang cuti-cuti Brunei Bajet dari sis. Untuk info lanjut ke mana lagi sis akan pergi lepas ni korang jangan lupa follow FB page sis DN Adnin official ok.

Travel Secara Solo Buat Wanita


Bila bercakap tentang travel, mesti anda berfikiran akan ada partner yang bersama ketika bercuti. Yelah, jarang sekali tengok orang bercuti seorang diri lebih-lebih lagi di negara asing buat kali pertama. Sis pasti ramai wanita diluar sana suka melancong, tapi selalu bermonolog 'ala tiada kawanlah nak pergi'. Bagi seorang wanita apatah lagi masih single don't worry girls, sis nak kongsikan tips travel secara solo untuk kita semua.

Tips ini terbahagi kepada 3 bahagian: sebelum travel, semasa travel dan selepas travel. Namun, bagaimana pula dengan orang yang memang sukakan aktiviti yang sangat mencabar ini? Siap berani untuk travel seorang diri. Menurut mereka, bila travel sendiri ini lebih senang untuk berjalan.


Contoh kalau anda seorang yang memang low-maintenance habis dan boleh tidur di hotel bajet sekali pun tapi dapat travel partner yang suka tidur hotel mahal, tak nak bercuti jenis backpacking, siap lambat dan sebagainya, susah tau!


SEBELUM TRAVEL:
Banyak tempat yang perlu anda terokai ketika bercuti. Maklumlah, untuk ke luar negara bukannya semudah yang disangka. Banyak prosedur yang perlu ditempuhi, banyak wang yang perlu disimpan dan preparation yang betul untuk sampai ke negara yang dipilih.

Itinerari juga perlu lengkap ya!
Bawa pakaian yang sesuai dengan cuaca negara yang dituju. Bajet pun penting untuk anda tahu berapa yang akan digunakan nanti. Jangan overspend!

Kalau anda jenis yang suka update media sosial semasa bercuti macam sis ni hihi, bolehlah beli sim kad, lebih murah dan berbaloi. Kalau nak roaming pun boleh cuma mahal sikitlah.

SEMASA TRAVEL:
Jaga barangan milik anda jika anda berkongsi bilik dengan orang yang tak dikenali. Beritahu semua keluarga dan rakan di mana lokasi anda supaya jika ada emergency, mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

SELEPAS TRAVEL:
Biarkan badan anda berehat buat sementara waktu selepas pulang dari bercuti. Anda mungkin akan demam atau kepenatan. Namun, ianya adalah normal.

Tak susah pun bukan untuk travel solo? ;)

Khasiat Pokok Dukung Anak

Dukung Anak atau nama saintifiknya Phyllanthus adalah spesies tumbuhan herba berubat yang boleh dijumpai di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand serta di negara China dan Amerika Selatan. Spesies tumbuhan Dukung Anak terdiri dari pelbagai jenis (varieties) di mana kebanyakan yang terdapat di Malaysia adalah dari jenis P. amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debilis.
Dukung Anak ini juga dikenali dengan nama buah amin, rami buah, turi hutan, nipon-nipon (Malaysia), chanca piedra (India), keelaanelli (Tamil), meniran (Indonesia), quebra pedra (Amerika Selatan), zhen chu cao, ye xia zhu (China), stone breaker, shatter stone, child pick-a-back (Inggeris).
Dukung Anak kebiasaannya tumbuh di kawasan tanahnya yang agak keras, seperti di celah retakan simen. Ia banyak ditemui di kawasan tanah terbiar, di tepi-tepi jalan atau di kebun-kebun sayur serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga. Ia selalunya tumbuh meliar di pinggiran batas tanaman dan dianggap sebagai rumpai yang sukar dikawal. Walaupun dianggap sebagai rumpai, tumbuhan ini mempunyai pelbagai nilai perubatan (medicinal properties) dan diiktiraf di kalangan pengamal perubatan herba tradisional tempatan.
Pokok Dukung Anak merupakan herba tahunan yang kecil, boleh tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi dan mudah dikenali daripada lenggainya yang kecil dan melanjut sepanjang sisi bawah daunnya. Ia adalah sejenis herba renek berbatang lembut. Batangnya berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies. Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil (2-3 mm panjang) dan tersusun di sepanjang tangkai daun. Buahnya pula terbentuk di bawah setiap pelepah daun.
Akar, daun, buah, dan keseluruhan pokok Dukung Anak mempunyai pelbagai nilai perubatan. Ia sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayurvedic samaada dalam bentuk tumbuhan yang dikeringkan menjadi serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.
Ia digunakan secara meluas di China dan Amerika Selatan sebagai herba untuk merawat penyakit berkaitan hati, batu karang, malaria, asma, diuretik dan untuk menambah selera makan.
Di Malaysia, Dukung Anak banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Akarnya yang masih segar adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundis) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, dan penyakit kulit seperti kurap. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta (scabies). Manakala jus atau pati (ekstrak) akar dan daun muda digunakan untuk menguatkan ginjal, dan air rebusan daun muda diminum untuk merawat batuk.
Dukung Anak juga sering digunakan untuk merawat masalah batu karang (batu buah pinggang dan batu hempedu), kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa, gatal dan cirit birit. Ia turut digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran, dan sebagai penawar penyakit gonorrhea dan sifilis.
Satu kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak Dukung Anak dari jenis P. niruri mempunyai kesan untuk melindungi organ badan terutamanya hati dan buah pinggang. Ekstrak dari P. niruri memberi kesan menghalang pembentukan hablur kalsium oksalat yang dapat membantu dalam merawat penyakit batu karang sama ada batu buah pinggang ataupun batu hempedu. Selain daripada itu, terdapat kajian yang menunjukkan Dukung Anak juga mempunyai kesan yang memberangsangkan dalam melawan virus Hepatitis B.
Dukung Anak mengandungi pelbagai kumpulan bahan kimia seperti, phenolics, lignans dan xylans yang mungkin boleh membantu dalam merawat atau mengawal penyakit-penyakit yang telah dinyatakan seperti di atas.
Penggunaan produk tradisional sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, pihak pengilang atau pengeluar produk tradisional perlu memainkan peranan dalam memastikan produk yang dikilangkan adalah berkualiti dan selamat untuk digunakan.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan satu monograf Dukung Anak yang boleh diperolehi dari sesawang Globinmed (www.globinmed.com) di mana ianya merupakan salah satu langkah kerajaan untuk membantu pihak pengilang atau pengeluar produk tradisional dalam menjayakan peranan mereka. Monograf ini adalah sebagai satu panduan bagi pengilang atau pengeluar produk tradisional tempatan untuk menjalankan ujian-ujian kualiti seperti ujian identifikasi (ujian pengesahan bahan mentah Dukung Anak) dan ujian-ujian keselamatan, contohnya ujian pencemaran kuman (microbial contamination).
Pengguna pula perlu bijak dalam memilih dan membeli produk–produk tradisional yang dipasarkan di Malaysia Pengguna disarankan memilih produk tradisional yang telah didaftarkan terlebih dahulu dengan KKM. Setiap produk tradisional yang didaftarkan mempunyai nombor pendaftaran dengan huruf MAL berserta dengan logo hologram pada pembungkusan produk–produk tradsional.
Pengguna juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami alahan atau kesan sampingan yang berterusan apabila mengambil produk tradisional ini.
Rujukan
  1. Paithankar V.V., Raut K.S., Charde R.M., Vyas J.V: Phyllanthus Niruri: A Magic Herb, Research in Pharmacy 1(4):1-9 (2011)
  2. Jamal J.A: Malay Traditional Medicine. An Overview of Scientific and Technological Progress, Tech Monitor (Nov-Dec 2006)
  3. Gyana R. R: Phylogenic Study of Twelve Species of Phyllanthus Originated from India through Molecular Markers for Conservation, American Journal of Plant Sciences, 2010, 1, 32-37
  4. Dhandayuthapani K., Sundaramoorthi K. R. et.al : Systematic Studies in Herbaceous Phyllanthus Spp.(Region: Tiruchirappalli District in India) and A Simple Key To Authenticate ‘Bhumyamalaki’ Complex Members , Journal of Phytology 2011, 3(2): 37-48
  5. http://www.bio-asli.com/herb/dukunganak.asp