It New Me Now!! From 3XL to M ^_^

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hi uols! Hari ni aku nak share tentang my new life style. Confirm korang tak percaya perbezaan dulu dan sekarang aku kan. Jeng Jeng Jeng.. Actually aku dah start jaga kesihatan since ramadan tahun lepas lagi. Ikhtibar daripada pengalaman dan orang-orang sekeliling aku, aku nekad untuk berubah gaya hidup terutama sekali cara pemakanan dan corak kehidupan harian aku. Kiranya aku amalkan diet sihatlah ceritanya hihi.. 

Percaya atau tidak aku nekad untuk berubah daripada dahulu yang jahil, malas untuk bersenam dan makan saja apa nak makan tanpa mengira kalori dan kesihatan makanan tersebut. Seriously berat badan aku dulu 120kg macam tak percaya bila dah berat begitu. Nak cari baju, blouse, seluar memang susah dan payah. Allahu Rabbi jangan cakaplah, orang pakai baju cantik-cantik kita hmm.. jangan cakap ler yer hehe..

Before 120KGs

Kira motive sendiri juga bila rasa nak turun berat badan ni. Masa ramadan tu makanan aku memang cukup jaga aku just sahur 2 biji kurma dan segelas susu kambing jer selama sebulan. Masa berbuka aku makan buah-buahan sahaja. Alhamdulilah aku kurang berat badan 10kg. Tapi masih lagi tak mencapai berat badan ideal orang kata. So lepas jer raya ke-3 aku ke gym buat apa yang patut trademills dan cycling saja yang aku buat selama sebulan, makan still aku jaga juga. Alhamdulillah aku dapat kurangkan sampai 90kg, tapi bila aku ke gym dan sibuk urusan lain-lain berat badan aku mendadak naik. Masa tu lah aku mula berfikir apa yang salah caranya.

Akhirnya aku jumpa kawan lama syorkan aku untuk mencuba herbalife program, masa timbang tu mula-mula tu berat aku naik sehingga 100kg, Wow naik balik kata aku hahaha... aku cabar diri aku dan pegang kata-kata ni 80% Nutrition, 20% Exercise dan 100% Mindset. Dari titik permulaan itu dalam masa sebulan lebih aku berjaya kurangkan berat badan aku sebanyak 13kgs. Alhamdulillah berkat galakan, pemantauan coach yang membimbing corak pemakanan dan cara pengambilan produk amat berbaloi jika dibandingkan dengan sebelum ini.

December 2017 88kgs

So aku masih ada baki 26kgs untuk dibuang baik mencapai berat sasaran atau ideal aku iaitu 62kgs. Insya allah dalam bulan ni sj berat badan aku dah 84kgs. Bila fokus dan consistent dengan program diet semua yang mustahil akan jadi mudah. 

Cara mudah dan senang bagaimana untuk mengurus penurunan berat badan uols boleh tanya atau PM tepi pada FB aku www.facebook.com/dn.adnin atau follow instagram aku @lara_cleopatra untuk mengikut perkembangan semasa.



wassap.my/0108311889

Monolog " Tak Perlu"

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!

Barangkali memang benar bahawa kita tidak perlu meminta dimengertikan. oleh orang lain. Setiap peribadi memiliki sisi kepentingan yang berbeza. Setiap manusia akan memiliki mata kudanya sendiri dalam melihat orang lain. Pun mereka terhadap kita.

Tak perlu bersusah payah membuat mereka mengerti. Tak perlu meminta dipahami dengan membuang harga diri. 

Sebab suatu hari kita akan bertemu dengan orang-orang yang tanpa diminta akan mencuba memahami; orang-orang yang dengan senang hati berusaha mengerti. Meski pun tak pernah mengerti sepenuhnya, tapi mereka selalu berupaya.

Suatu hari kita akan bertemu dengan orang-orang yang selalu mempertanyakan perihal keadaan kita  yang sebenarnya. Bukan sekadar yang dapat dilihat mata.

Tak perlu memaksa! Kadang, bahkan kita tak perlu mencari, sebab mereka akan datang sendiri. Berhentilah meminta dimengerti, difahami! Berjalanlah dengan penuh harga diri!


Tahun Baru, Dunia Baru, Azam Baru

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!


Hi uols! Masih belum terlambat untuk aku nak ucapkan happy new year kat korang semua, walaupun dah minggu kedua kita berada di bulan Januari ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini.

Tahun 2017 adalah tahun yang penuh cabaran, ujian dan pengalaman hidup yang mengajar aku erti sebuah kehidupan sebenar. Pelbagai cacian makian dan musibah yang aku tanggung sendirian tan[a ada orang sedari akan masalah yang aku hadapi, kecuali mereka-merak yang rapat dan tahu apa masalah yang aku hadapi. Cukuplah aku kenal mana kawan, saudara yang ada ketika masa susah dan senang. Ibarat perpatah melayu kawan ketawa memang ramai kawan menangis belum tentu ada. Susah senang, kesempitan hidup dan dugaan yang terpaksa aku pikul sendirian, aku gagahi untuk meneruskan kehidupan ini.

Pada mata mereka aku kuat, disebalik senyuman dan tawa ku sebenarnya terlalu banyak kepedihan yang aku lalui. Tapi aku teruskan kehidupan sehari demi sehari kerana aku terlalu penat untuk memikirkan masalah yang aku hadapi sepanjang tempoh itu. Betul bukan semua orang akan faham masalah kita, tapi cukuplah doa, sokongan moral untuk aku kuat untuk harungi kehidupan yang serba getir buatku.

Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku ketika ini, mengenang semula nasib dan musibah yang diberi kepadaku, kini aku mengerti siapa kawan siapa lawan. Ketika kau senang ramai yang akan datang kepada kau tapi ketika kau jatuh semua mereka ini akan pergi jauh lebih jauh kalau boleh bayang pun tak akan kelihatan.

Aku bangkit sedikit demi sedikit, membawa harapan untuk aku berjuang, aku mula menjauhkan diri daripada mereka yang aku gelarkan hipokrit. Demi Allah aku terlalu serik untuk berkawan, terlalu berhati-hati untuk mencari kawan dan berkawan. Kejahilan itu mengajar aku erti menghargai sebuah peluang dalam kehidupan. Malang bukan semua orang mengerti apa itu peluang dalam kehidupan. Aku mula melangkah tinggalkan satu persatu dalam kehidupan aku. Aku lebih suka memilih biarlah aku sendiri daripada terus disakiti oleh mereka-mereka ini. 

Ketika bangkit aku sedar aku lebih suka menyendiri, menikmati kehidupan sekeliling. Hanya mereka yang benar-benar mampu memahami jiwaku sahaja yang sudi menjadi tongkat ketika aku rapuh. Syukur, jalan itu Allah tunjukkan kepadaku. Perlahan aku bertatih setapak demi setapak agar aku terus kuat melepaskan kekecewaan yang teramat sangat. Biarlah aku pikul sendirian, tanpa mereka mengetahui apa sebenarnya berlaku.

Dibalik kegembiraan ada kedukaan, dibalik senyuman ada kepiluan, dibalik rawan ada keluhan, Inilah yang ku lalui ketika ini. Biarlah aku jadi yang baru yang kuat menghadapi segalanya. Aku tak mahu jatuh lagi, sakit masih berbisa dan berbekas kesakitan itu. Masih aku terasa pedih dan nanah yang masih berparut di hati ini. 

Buat mereka yang selalu disisi ketika ku susah dan senang yang masih setia terima kasih atas perhatian kalian..