FB Live Bersama As Bow Daling Daling

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hi uols! Kat sini aku nak war-war kan pada korang semua, Selasa depan 26 Disember 2017 As Bow Daling Daling akan buat FB Live kat Fan Page dia. Korang dah like ker Fan Page dia tu?? Kalau belum bolehlah like sekarang facebook/asbowdalingdalingfc. So Selasa depan jangan lupa FB Live As Bow Daling Daling okies! Korang boleh tanya bermacam-macam soalan nanti.


Jiwa Palestine

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hi uols! Setelah lama aku peram dan pendamkan puisi buat saudara-saudara kita di Palestine, baru hari ini ada keberanian untuk aku kongsikan untuk bacaan umum. Lama untuk aku memikirkan tajuk yang sesuai masih akhirnya aku memilih untuk meletakkan tajuk 'JIWA PALESTINE'. Tadahkan tangan hulurkan doa buat para pejuang kita di sana.



JIWA PALESTINE

Assalamualaikum saudaraku di Palestine
maafkan aku kerana aku tak bisa membantu
namun jiwaku tetap bersama mu tetap memberontak
khabar berita ku terima menyeksa rasa ini
kuasa veto mula menunjukkan siapa sebenarnya Dajjal
semakin berani semakin berleluasa
isu mu bukan baru tapi kurun abadnya
kau masih bertahan, mempertahankan hak batil mutlakmu
Israel tergugat bila kau mula bangkit!!

Kau tak pernah gentar kau tak pernah kalah
tubuh kecilmu melawan benteng pertahan yang utuh
perisai kebal bersama panji kau kibarkan
di barisan hadapan kau berdiri pertahankan hak milikmu
semangat jihad mu berkobar-kobar, dihatimu membara
tiap kali kau dizalimi, banyak hati yang merinti
zikir dilafaz terpahat di dalam hati

Yahudi, nasrani tak pernah berhenti memusuhi
kini menjadi realiti, masih ramai yang mahu menuruti
itulah realiti, bukan lagi fantasi
umat islam mudah simpati tanda iman di hati
namun diteliti kau masih diganasi
itulah reaksi, itulah realiti, berulang lagi dan lagi

Sudah ramai yang melupai tentang hari yang dijanji
seorang penyelamat yang menanti
sangat ditakuti oleh Yahudi Zionis
bicara ini dari hati datang dari lubuk sanubari
untukmu yang mahu di mengerti
masalahmu bukan agenda peribadi
namun masalah sejagat ummah!

Dihamparan tanah merah bersimbah darah para syuhada
melaung takbir berulang kali melawan Zionis
air mata penuh harap, mulut tak berhenti berdoa
agar ke damaian dapat dirasai

Berderu bagai angin ditengah hening malam
bertatih langkahmu terhenti
ada pengharapan tiap lemparan kelikirmu
ada rindu pada nama kemerdekaan tanpa paksa
ada gentar baru manakala kau dapati baitul maqdis kembali
kau tak berpaling dan tak ragu, janji itu pasti
kemenangan itu untuk para syuhada-Mu

Lembayung senja merapatkan semangat
di setiap malam mu tak menentu
Entah! Bagaimana mentari esok hari
ada raga tak pernah bosan menjengah
mengharap sinar bahagia akan hadir

Biar kita dilahirkan berbeza tanah
namun kau tetap saudaraku
kita miliki agama dan akidah yang sama
di tengah kezaliman zionis
kau tetap memilih tinggal di sana
demi al-aqsa, demi Baitul Maqdis
demi sebuah perjuangan walau nyawa kau korbankan
ke imanan mu sungguh luar biasa

Gemuruh takbir memecah alam
lantang suara menyebut Allahu Akhbar!
biarku jauh beribu batu
doaku tak pernah putus setiap waktu. DN.Adnin

Review De Fam - Bila Ada Kamu

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!

Hi uols! Kali ni kita review lagu De Fam Bila Ada Kamu. Kalau sebelum ni mereka terkenal dengan lagu #SuperGirls kali ni mereka ada lagu baru iaitu Bila Ada Kamu, So chill with this song.