Siapa dia Hairul Anuar Harun??

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Pernah tak dengar lagu-lagu irama Malaysia seperti Awallah Dondang, Dikir Puteri, Dondang Dendang, Cindai, Sesuci Lebaran dan banyak lagi lagu-lagu irama Malaysia yang ditulis atau dikaryakan oleh Hairul Anuar Harun. Bait-bait lirik yang disampaikan dan diluahkan punya maksud tersendiri dan tersirat seribu makna serta puitis lenggok bahasa yang digunakan.

Berasal dari Batu Kurau, Taiping, yang berbakat besar di bidang penulisan novel dan lirik. Novel pertamanya yang berjudul Afdal terbitan Makruf Publisher (1997). Bidang penulisan lirik banyak mengangkat nama Hairul ke persada seni tanahair. Antara lirik-lirik yang ditulisnya - Awallah Dondang, Semalu Rimba dan Embun Setitik untuk album Ala Dondang, lirik Dikir Puteri, Dondang Dendang, Zapin Pusaka, Kisah Satu Malam dan Gurindam untuk album Masyhur nyanyian Noraniza Idris, lirik Cindai untuk album Cindai dan Sesuci Lebaran nyanyian Siti Nurhaliza, lirik Hati Kama, Ya Allah Ya Saidi, Merak di Sangkar, Pasir Salak, Lenggang Lenggok dan Dondang Dendang untuk album Sen Balas nyanyian Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris, lirik Yayadan nyanyian Sharifah Aini dan lirik Samrah Mentari, Kandil Kemilau nyanyian Jamal Abdillah. Sering bergandingan dengan pengubah lagu-lagu Irama Malaysia iaitu Suhaimi Mohd Zain atau lebih kenali Pak Ngah.

Beliau banyak terlibat di dalam produksi teater kanak-kanak seperti Taman Baginda, Muzika Lagenda P. Ramlee, Bawang Putih Bawang Merah, dan sebagainya. Sewaktu menuntut di ASK, Hairul turut terlibat di dalam beberapa pementasan teater tradisional dan moden antaranya Bangsawan Raja Laksamana Bentan (1996), Mak Yong Anak Raja Gondang 2 (1988), Randai Si Karang Manih (1999) dan terbaru adalah teater Lela Manja.

Kata beliau, ramai yang kurang menyedari peri pentingnya kekuatan sesebuah lirik dalam memberi manfaat buat para pendengar. Justeru, tidak hairanlah penulis lirik yang biasanya berada di belakang tabir memainkan peranan utama dalam menyuntik sesuatu mesej yang berguna di sebalik sesebuah lagu. Penulis lirik terkenal tanah air, beliau menganggap menulis lirik bukan setakat melengkapkan irama sesebuah lagu tetapi ia juga menjadi medan untuk berdakwah kepadanya sejak menceburi bidang penulisan.
Dia yang menjadikan bidang penulisan skrip sebagai kerjaya turut berazam untuk menambahkan lagi koleksi lirik ilhamnya yang mempunyai nilai pemikiran yang tinggi terutamanya yang berunsurkan dakwah sebagai satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Dengan koleksi lebih 200 lirik yang telah dihasilkannya setakat ini, Hairul Anuar berharap lebih ramai penulis lirik yang tampil menghasilkan karya yang boleh meluaskan lagi minda dan pengajaran buat para peminat muzik tempatan. Lagu bukan setakat untuk dinikmati tetapi ia juga boleh dijadikan jambatan bagi mendekatkan diri si pendengarnya dengan Tuhan.

Supermoon 2016

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum uols! Lama benar untuk aku menulis blog yg semakin usang kewujudannya! Malam ni 14.11.2016 sebelum hujan turun aku sempat merakamkan beberapa gambar daripada kamera usang aku NIKON D3200 bulan penuh atau lebih dikenali sebagai #Supermoon. Gambar ni aku ambil sekitar 7.20PM hingga 7.45PM, lepas tu awan mula tebal dan hujan pun turun hihi.. (^_^)

Silalah santap picture ku yg x seberapa ni..






Hanya DIA Sebaik Teman


Maaf untuk segalanya, bila aku memencilkan diri daripada semua ini. Aku kecewa dengan manusia disekelilingku! aku benci pada mereka yang memerluku ketika aku senang dan tenang! Aku bosan mereka yang hanya suka berpura-pura baik tapi hipokrit! Manusia yang bertopengkan kepalsuan dan plastik! Kehidupan aku ibarat drama TV yang terlalu banyak manusia-manusia yang belum tentu jujur dan setia pada sesuatu janji! Hanya segelitir yang sudi menyapa ketika dalam sengsara! Susah Senang belum tentu membantu! 

Benar! Jika batang hidung sendiri terkena! Benar! Jika ini hakikat yang dilalui! Benar! Apa yang telah tertulis dalam hikayat kehidupan semuanya terjadi keatas diriku kini! Allahu Akhbar! Ketika ini kau buka seluas-luas belang manusia disekeliling ku, KAU perlihatkan siapa mereka pada diriku, KAU perlihatkan siapa yang akan bersama diriku ketika ini!

Aku kecewa dengan mereka yang aku anggap sebagai kawan, teman dan sahabat! Rupanya mereka hanya memerluku ketika aku dalam senang dan tenang tidak dalam keadaan aku susah dan gelisah! Bila kalian dalam susah perlukan sokongan moral, perlukan pertolongan segera aku hulurkan tangan untuk membantu!! Ciss!! Bila aku memerlukan hanya ungkapan yang memedihkan telinga dan jiwaku! Banyak alasan itu dan ini!! KEJI!! Kenapa kau hadir dalam disekelilingku ini.

Aku kecewa dan marah kepada organisasiku terutama rakan sejabatan! Hanya tahu suruh isi borang cuti! borang cuti! Bila aku masuk kerja lambakan kerja yang sepatutnya engkau boleh buat diletakkan atas meja ku!! Yang kau tahu suruh itu suruh ini!! Hidup kau senang lenang!! Outstation sana sini! Claim itu claim ini!! Arrghhhh!!! Kau hanya memikirkan kau ketua tetapi kau lupa kau sebenarnya yang tidak pandai melaksanakan tugas tanpa bantuan orang lain! Kau bukannya manusia berdikari!! Kau manusia yang BODOH!! Orang lain buat kerja kau dapat nama!! Manusia DURJANAH!!

Aku benci pada keluargaku!! Terutama sekali mereka yang terlalu rapat, apatah lagi mereka yang tinggal berhampiran!! Nasibku begini! Bila disebarkan berita musibah ini, pelbagai soalan demi soalan, pertanyaan demi pertanyaan!! Aku bosan dan rimas!! Terang lagi bersulu! Ketika keluargamu dalam kesulitan betapa kelam kabut bila mendengar berita yang diterima! Tapi bila terjadi pada keluargaku! HARAM JADAH! Semua itu dan ini alasan diberi!!

Pada mereka!! Adik beradik EMAKku!! Entah kenapa makin meluat dan sakit mataku bila kamu hadir menghampiri emak aku!! Iya!! Aku ingat dan masih ingat!! Cacian, hinaan, makian itu masih segar dalam ingatanku!!! Aku sedar aku bukan darah daging kamu!! Malahan kamu agungi darah kamu bersih, yang dijulang dan disanjungi!! Darah dalam tubuhku ini jijik! Hina! Bukan yang baik-baik!! Tapi kamu lupa pada mata Allah SWT kamu dan aku adalah sama!! Hamba kepada DIA sang pencipta!!

Buat musuh! Mungkin kau bersorak riang! Namun aku tak pernah gentar dan takut, kerana selama ini aku ada Allah!! Tuhan yang mencipta sekelian alam.

Mak!!
Sabarlah kau dan aku bersatu ketika ini, susah senang kita bersama. Jatuh bangun kita tetap UTUH! Pedulikan mereka! Ketika ini Allah menguji kesabaran, keredaan dan keimanan kita kepada-NYA. Bertahanlah ketika ini! Pasti ada ruang dan jalannya!! Allah menyayangimu ketika ini, Allah mengapuskan dosa-dosa kita ketika ini. Biar mereka dengan dunia mereka, kita dengan dunia kita. Allah sentiasa bersama kita, maha mendengar dan maha mengetahui segala kesulitan dan nikmat yang diberi kelak.

Aku hanya memerlukan sokongan bukan simpati, aku memerlukan kata-kata semangat untuk mengharungi musibah ini. Terima kasih buat insan-insan yang masih sudi menyapa dalam kesedihan. Kini aku tak perlu lagi bersandar kepada 'Jika Kau Susah Aku Tolong, Jika Aku Susah Kau Tolong'. Nonsense!! Sebaiknya aku bersandar 'Jika Kau Susah Aku Tolong, Jika Aku Susah ALLAH Ada Bersamaku!!' 

Dalam tawa, dalam tangis, dalam senang, dalam susah, dalam sihat dan dalam sakit ALLAH SWT sentiasa bersamaku. Terima kasih Allah kerana sudi menjadi kawan, teman, sahabat dan saudara yang maha mendengar lagi mengasihani.


DATA WAR ONEXOX!!

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Berita baik kepada pengguna ONEXOX Yang ditunggu bakal tiba. Onexox dengan bangganya bakal melancarkan ONEXOX SEASON PASS. Khas buat semua warga Onexox yang disanjungi, nikmatilah lebih penjimatan dan kehebatan data berkelajuan tinggi Onexox apabila anda melanggan pakej-pakej ONEXOX SEASON PASS.


FAQ (Season Pass untuk ONEXOX)
  1. 1.       Siapakah yang boleh melanggan Season Pass?
Semua pelanggan XOX Mobile ((#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun plan, and ONEXOX plan*) boleh menikmati keistimewaan Season Pass.
  1. 2.       Bagaimanakah cara untuk saya melanggan Season Pass?
Terdapat empat (4) cara untuk melanggan Season Pass:
-           Anda boleh membeli langganan melalui SMS dan akan dicaj menggunakan kredit masa berbual semasa. (Pelanggan XOX Prepaid: hantar ke 23388; pelanggan ONEXOX: hantar ke 22111 / 23388)
-          Dengan melayari http://onlinestore.xox.com.my/ dan boleh membuat pemelian melalui kad kredit atau perbankan internet.
-          Anda boleh melanggan melalui Menu USSD (*139*4#) dimana anda akan dicaj melalui kredit masa panggilan semasa. (Belum disediakan untuk pelanggan ONEXOX)
-          Anda juga boleh melanggan melalui aplikasi MyXOX.
 NOTA: 
Untuk pelanggan ONEXOX, pembelian pakej Season Pass akan ditolak menggunakan kredit masa berbual di akaun MA terdahulu dan diikuti akaun DA.
  1. 3.       Apakah pelan Season Pass yang ditawarkan?
Terdapat 3 kategori pakej Season Pass:
Pakej Season Pass
Data (GB)
Masa Berbual (minit)
SMS
Pakej Masa Berbual



SP V1

350
50
SP V2

700
100
SP V3

1,400
150




Pakej Data



SP D1
8
50

SP D2
13
100

SP D3
18
150





Pakej Kombo



SP C1
5
350
50
SP C2
10
700
100
SP C3
15
1,400
150

  1. 1.       Berapa ramaikah rakan dan keluarga yang boleh berkongsi kredit masa berbual, data dan SMS dengan saya?
Tiada had.  Dengan syarat rakan dan keluarga anda adalah pelanggan XOX Prepaid, anda boleh berkongsi tanpa sebarang had atau halangan. RM 0.50 akan dikenakan pada PENGHANTARuntuk setiap perkongsian yang berjaya.
Penghantaran berganda DIBENARKAN dengan satu SMS dan hanya dicaj RM 0.50 untuk setiap perkongsian yang berjaya. Sebagai contoh: Share 0103333010 D1 V50 S100 1234 (untuk berkongsi 1GB / 50 Minit / 100 SMS)\

NOTA:
Untuk pelanggan ONEXOX, setiap perkongsian Season Pass akan dicaj RM 0.50 dan akan ditolak dari kredit masa berbual akaun MA dan diikuti akaun DA.
  1. 2.       Apakah had maksimum perkongsian?
               Masa berbual
-          Tanpa Had
               SMS
-          Tanpa Had
               Data
-          10GB
  1. 3.        Berapa lamakah tempoh sah?
Tempoh sah adalah tertakluk kepada langganan pra bayar semasa.
  1. 4.        Setelah saya membeli minit masa berbual dan SMS, bilakah tempoh penggunaan bermula?
Tempoh penggunaan bermula serta merta selepas panggilan atau selepas menghantar SMS (TEMPATAN SAHAJA).
 NOTA:
  1. Untuk panggilan telefon ke semua rangkaian bebas tol Malaysia (1300 atau 1800) kredit masa berbual akan ditolak, bukan minit Season Pass.
  2. Panggilan IDD jugak akan ditolak seperti penggunaan normal.
  3. Untuk penghantaran SMS ke rangkaian SMS kod pendek (sebagai contoh, 66300) normal caj akan dikenakan.
  1. 5.       Apakah caj blok bagi minit masa berbual bagi Season Pass?
Caj blok bagi Season Pass adalah 60 saat.
  1. 6.       Setelah saya melanggan data, bilakah tempoh penggunaan bermula?
Tempoh penggunaan akan bermula selepas penggunaan data seterusnya. Sebagai contoh, apabila anda melanggan Pakej Data SP D1 (5GB) ia akan disimpan di dalam akaun XOX anda dan hanya akan ditolak sekiranya anda mula mengaktifkan data baru (mengikut langganan harian, mingguan atau bulanan).
 *Pelanggan XOX Prepaid (#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun plan) harus mengikut arahan langganan data semasa sebagai contoh, DATA M500MB. Pelanggan ONEXOX harus mengikut arahan langganan yang ditetapkan sebagai contoh 1XD500.
NOTA:  Promosi pakej data semasa tidak dibenarkan menggunakan Season Pass.  Selepas anda mengaktifkan Data Promo, kredit masa berbual anda akan ditolak seperti biasa.
  1. 7.       Bolehkah saya terus menggunakan Season Pass sekiranya akaun pra bayar saya telah disekat?
  2. Anda tidak boleh meggunakan Season Pass sekiranya akaun anda disekat (sama ada minit masa berbual, SMS mahupun data).
NOTA:  Sekiranya pelan data anda berterusan, anda masih lagi boleh menggunakan kuota data berkenaan walaupun akaun pra bayar anda telah disekat.
  1. 8.       Bagaimanakah cara untuk menyemak baki Season Pass?
    1. Melalui Menu USSD
-          Pelanggan XOX Prepaid : Menu USSD (*132#  atau *139*1#)
-          Pelanggan ONEXOX : Menu USSD (*150*4#)

  1. Melalui SMS
-          Pelanggan XOX Prepaid : Hantar BAL / SP BAL ke 23388
-          Pelanggan ONEXOX : Hantar SP BAL ke 22111 / 23388

  1. Melalui MyXOX app
-          Log masuk / Daftar masuk > My Account > Account / Profile

  1. 9.        Bagaimana cara untuk mendapatkan kod PIN saya sekiranya saya terlupa?
-          Pelanggan XOX Prepaid : Hantar PIN ke 23388
-          Pelanggan ONEXOX : Hantar PIN ke 22111 / 23388
  1. Bagaimana cara untuk saya dapatkan panduan pengguna sekiranya saya perlukan bantuan mengenai Season Pass?
Sila hantar HELP ke 22111 / 23388 (Boleh digunakan oleh pelanggan XOX Prepaid & ONEXOX)

  1. Apakah Season Pass ‘Happy Hour’?
Season Pass ‘Happy Hour’ adalah promosi yang ditawarkan pada setiap hari Khamis 12pm – 4pm, walaubagaimanpun pakej mungkin berbeza mengikut promosi yang ditawarkan.

Teruja tak uols!! So apa tunggu lagi mehh langgan.. pada yang belum bertukar ke ONEXOX inilah masanya call jer number ni saya ni ->> 0108388497

Teater Lela Manja Sentuhan Terbaik dan Punya Aura Tersendiri

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!


Assalamualaikum! Hi uols!! Baru-baru ni aku berkesempatan untuk menyaksikan Teater Lela Manja dibawa arahan Ramli Lani dan adaptasi skrip oleh Hairul Anuar Harun. Keterujaan tidak dapat disorokkan lagi, bukan sebab artis yang memegang watak yang dimainkan tetapi sebuah karya yang lama kini diberi sentuhan dan nafas baru. Bila artis da bagus dan ada nama naskah karya pun kenalah yang terbaikkan. Pementasan teater Lela Manja ni pada 22, 23, 24, 29, 30 dan 31 Julai 2016 baru-baru ni. Siapa tak pergi menang melepas, memang best. Nak tengok dalam movie tak sama tengok live hehe.. terasa macam kita berada dalam teater tu sekali.


Ada member kata kerja gila engkau nak ke Kuala Lumpur semata-mata kerana Teater Lela Manja!!
cakap-cakap kosong pada aku bagaikan langau itu aku ketepikan, tiada istilah kerja gila dalam hidup aku, dan yang pasti kerja gila itu adalah satu kepuasan dan memori yang terindah dalam hidup aku. 

Aura Teater Lela Manja memang kuat dan punya aura tersendiri, alhamdulillah dikesempatan itu aku ditemukan dengan penulis skripnya, yang memang aku kagumi dan meminati beliau sejak dahulu lagi iaitu abang Hairul Anuar Harun. Sempat juga abang Hairul membawa ke belakang pentas, wahh!! Banyak prop yang digunakan menurut abang Hairul prop dibuat sebelum bulan Ramadan lagi. Terbaiklah krew produksi yang menjayakan teater Lela Manja ni. Dengar cerita kos dia pun boleh tahan hihi.. Apapun terima kasih sebab bawa saya ke belakang pentas, atas pentas sambil-sambil jamu mata tengok prop yang digunakan dalam teater ni.

Okeylah Teater Lela Manja ni sebenarnya adalah cerita sebuah cerita lama dan merupakan sebuah filem Melayu hitam putih, yang dihasilkan tahun 1960. Ia diarah oleh pengarah Jamil Sulong. Ia adalah filem terbitan Malay Film Productions Ltd. Disebabkan cerita ni cerita lama aku memang peminat filem-filem lama yang punya unsur nilai dan moral serta tauladan pada masyarakat. So tidak hairan la bila aku kata nak tengok teater Lela Manja bukan halangan untuk aku pergi dan sampai ke Istana Budaya untuk menyaksikan teater Lela Manja yang dibarisi oleh pelakon-pelakon yang berbakat besar di Malaysia iaitu Nabila Huda, Aeril Zafrel, Sari Yanti, Hafidz Roshdi, Jay Iswazir, Syazwan Zulkifly, Shahronizam Noor, Rashdan Baba, Nurul Ellyna, Wafiy, Izzya Reen dan ramai lagi artis istana budaya. 

Sedikit sinopsis cerita Filem Lela Manja ni: 

Cerita Lela Manja ini mengisahkan Lela dan Manja merupakan dua beradik yang mempunyai seorang ibu tiri yang selalu menyeksa mereka setiap hari dengan mengarahkan mereka menguruskan pelbagai kerja rumah tanpa henti dan tanpa sebarang makan. Pada ketika bapa mereka merantau kerana arahan dari kerajaan, ibu tiri mereka iaitu Dang Suri, melakukan hubungan sulit dengan Tok Megat. Perkara ini diketahui oleh kedua beradik tersebut ketika ibu tiri mereka bermandi-manda dengan Tok Megat.
Dang Suri mengugut mereka supaya tidak memberitahu perkara itu kepada bapa mereka. Apabila bapa mereka pulang, kelakuan maksiat Dang Suri dengan Tok Megat terpaksa dihentikan tetapi disebabkan nafsu, mereka cuba sedaya upaya mencari helah untuk bertemu. Namun helah mereka akhirnya diketahui oleh Bapa Lela dan Manja. Untuk menutup perlakuan mereka, Dang Suri dan Tok Megat telah membunuh bapa Lela dan Manja apabila dia cuba mendapatkan penjelasan dari mereka.
Kedua beradik tersebut menyaksikan pembunuhan bapa mereka lalu melarikan diri dari rumah itu. Mereka lari ke sebatang sungai dan cuba melarikan diri dengan perahu. Tetapi Lela tidak sempat menaiki perahu tersebut lalu hanyutlah perahu itu bersama adiknya Manja.

Sinopsis Teater Lela Manja:
LELA MANJA mengisahkan Lela dan Manja, dua beradik yang mempunyai seorang ibu tiri yang selalu menyeksa mereka setiap hari dengan memaksa mereka menguruskan pelbagai kerja rumah tanpa henti dan tanpa diberi makan secukupnya. Pada ketika bapa mereka, Sang Naka belayar ke Pasai kerana perintah Sultan, ibu tiri mereka iaitu Dang Suri, melakukan hubungan sulit dengan Megat Sura. Perkara ini diketahui oleh Lela dan Manja.


Dang Suri mengugut Lela dan Manja supaya tidak memberitahu perkara itu kepada bapa mereka. Apabila bapa mereka pulang, kelakuan maksiat Dang Suri dengan Megat Sura terpaksa dihentikan tetapi disebabkan nafsu, mereka cuba sedaya upaya mencari helah untuk bertemu. Namun helah mereka akhirnya diketahui oleh Sang Naka. Untuk menutup perlakuan mereka, Dang Suri dan Megat Sura telah membunuh bapa Sang Naka.



Kedua beradik tersebut menyaksikan pembunuhan bapa mereka lalu melarikan diri ke sebatang sungai dan cuba menaiki perahu. Tetapi Lela tidak sempat menaiki perahu tersebut lalu hanyutlah perahu itu bersama adiknya Manja.


Nabila Huda
Sultan memerintahkan Megat Sura dan Dang Suri dibunuh. Megat Komeng, anak kepada Megat Sura berdendam dengan Sultan walaupun bersahabat baik dengan Raja Muda (Tengku Dewa). Megat Komeng dan rakannya Panglima Harimau Berantai, berpakat penghulu-penghulu luak yang menyokong mereka untuk menyerang Istana.

Manja yang telah dewasa, mula terpengaruh dan menyangka Megat Komeng adalah di pihak yang benar. Manja bersama kekasihnya, Mawar, menyertai angkatan orang kampung untuk menakluki Istana setelah kemangkatan Sultan. Namun, Raja Muda yang sayangkan rakyatnya, telah melarikan diri ke hutan. 

Manja dan Mawar masuk ke hutan, mencari dan memujuk Raja Muda untuk kembali ke istana demi menyelamatkan nyawa rakyat yang dikorbankan oleh Megat Komeng selagi dia tidak berjumpa dengan Raja Muda. Manja bertemu kembali dengan kakaknya Lela yang telah dipelihara oleh Sultan selama ini. Akhirnya Raja Muda bersetuju untuk kembali ke istana dan berlaku pertempuran. Megat Komeng terkorban. Lela dan Manja kembali hidup bersama dan negeri Gangga Negara kembali aman. 



Teater Lela Manja ni tidaklah terlalu modern masih mengekalkan ciri-ciri asal cerita asal namun di adaptasikan ke penyampaian lebih mudah difahami dan olah lebih cantik. Dalam teater Lela Manja ni ada unsur kejutan juga dimana watak Sang Suri dihidupkan sehingga akhir. 
Wahh!! Sepanjang pementasan teater yang ditayangkan ni memang seronok sangat. Selain dari watak dan jalan cerita 3 lagu dalam teater ni juga cukup-cukup menyentuh kalbu dan indah terutama sekali lagu pembukaan yang merupakan OST teater Lela Manja Kiasan Rindu. Boleh dikatakan menitis jugalah air mata melihat teater ni. Malam aku tengok teater Lela Manja ni banyak pelakon ganti tapi walaupun pelakon setiap watak dalam Lela Manja tetap mempunyai aura tersendiri.
Masih berbisa pelakon lama Shahronizam Noor dan Rashdan Baba
Aeril Zafrel
Watak yang dipegang oleh Nabila Huda sebagai Ibu tiri memang hidup dan cukup dramatik. Watak Aeril Zafrel sebagai Manja juga boleh dikatakan cukup memukau. Pelakon lama seperti Shahronizam Noor dan Rashdan Baba juga masih berbisa dan punya taring tersendiri. Watak Panglima Harimau Berantai yang dibawa oleh Syazwan Zulkifly juga tidak kurang hebatnya bergandingan dengan Jay Iswazir yang memegang watak Megat Komeng.
Jay Iswazir
Oh ya hampir terlupa pula dengan watak Lela dalam cerita ni dipegang oleh Sari Yanti, nampak sedikit watak yang dimainkan tetapi cukup membantu ketika Manja bertemu dengan kakaknya iaitu Lela. Sari Yanti memberi sentuh cukup lembut dan memukau mata yang memandang sama seperti yang digambarkan dalam film Lela Manja sebelum ini. Kesudahan teater ini memberi impak yang cukup besar dalam teater Lela Manja, setakat ini teater Lela Manja adalah yang terbaik. Sebagai penonton bukan sahaja terhibur namun pembelajaran daripada cerita ini adalah kesetiaan kepada negara, keadilan, kasih sayang dan juga agama yang harus dipertahankan.

Syazwan Zulkifly
Akhir sekali, kepada yang menyaksikan Teater Lela Manja, pasti akan merindui setiap slot pementasan yang paparkan dan juga pasti mengingati setiap watak yang dilakonkan. Dan dikesempatan itu aku sempat jugal bertemu dengan beberapa orang artis dan juga penulis skirp Lela Manja iaitu abang Hairul Anuar Harun. Nampak simple tapi cukup baik hati serta banyak nasihat yang diberi. Nanti cerita abang Hairul Anuar Harun ni aku kongsi di journal yang lain k. Okeylah sambil-sambil tu jamulah mata yer beberapa koleksi gambar aku berada disekitar Teater Lela Manja di Istana Budaya.


LC Album:
Menanti nak masuk Panggung Sari ni..
Persiapan awal, masa ni sempat di bawa oleh brother Hairul Anuar Harun
Bersama Penulis Skrip Lela Manja
Aeril Zafrel sebagai Manja
Rashdan Baba (Megat Sura) dan Hairul Anuar Harun (Penulis skrip)

Nabila Huda sebagai Dang Suri
Syazwan Zulkifly sebagai Panglima Harimau Berantai
Norsyuhada Staff IB yang mesra dan peramah sangat

The END!! ^_^

Misiku Perodua Kelisa

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!



Assalamualaikum! Hi uols!! Alahai dah nak setahun tak update weblog ni.. sejak berpindah ke Sabah dan komitmen kerja tak menentu ni membuat aku tidak ingat pada dunia blogger ni. Okeylah memandangkan dah buka balik weblog ni nak share lah cerita dan aktiviti nak kata baru tak la baru sangat tapi dalam tahun ni juga lah hehe..

Kalau tahun lepas dapat saja 'Cik Lisa A.K.A Kelisa aku bawa ke Kundasang, Biar lama kat Tanah semenanjung Ternyata Cik Lisa mampu tawan jalan ke Kundasang ^_^, start dari itu aku nekad untuk membawa beberapa misi membawa Cik Lisa ke Labuan dan Brunei, Then Mission Completed.

Tanah Tinggi Kundasang
Februari lepas masa cuti raya cina aku berkesempatan ke Labuan dengan membawa Cik Lisa aku dengan menaiki ferry dari Terminal Menumbok. Well masa pegi tu cuaca agak baik dan selesa tapi bila balik tu laut bergelora perjalanan mengambil masa dalam 2 jam jugalah dalam kereta. Kebetulan hari yang aku pergi tu keesokan harinya adalah perasmian UTC Labuan, sempatlah ronda-ronda kat UTC tu sbb hotel yang aku tinggal tu berdekatan dengan UTC.


Kecil dihadapan hehe

UTC Labuan
Selama 2 hari di Labuan sempatlah juga menjelajah pulau Labuan dari hujung ke hujung juga habis segala ceruk aku bawa Cik Lisa termasuklah melawat kawan yang tengah berpantang ketika itu balik ke Labuan hehe...


Selang beberapa bulan, Bulan Mei lalu sebelum Ramadan kebetulan cuti Pesta Kaamatan, aku mengambil keputusan meneruskan misi membawa Cik Lisa ke Brunei Darussalam. Huh!! Jangan terkejut dan jangan tak percaya okey! Kecil-kecil Cik Lisa aku yang comel tu boleh jalan jauh okey! Biar usianya dah 11 tahun pada tahun ini, Alhamdulillah Cik Lisa tetap mantap dan cun di atas jalan raya. 



Perjalanan dari rumah aku di Tuaran sampai ke Lawas, Sarawak. Alhamdulillah dalam jam 2 petang aku tiba di Lawas dan menginap di hotel Sri Malaysia, saja nak rehat semalam kat Bandar Lawas, lagipun yang drive aku sorang jer mak aku duk sebelah jadi mem besar.





Pada keesokan pagi selepas sarapan dan mengisi minyak penuh, perjalanan diteruskan ke Brunei, untuk memasuki Brunei kita kena lalu Limbang dan juga Miri. Dan jangan terkejut antara Limbang dan juga Miri kita akan masuk ke tanah Brunei. So tak hairanlah kalau banyak cop passport ^_^





Sampai saja di imigresen Miri bermulalah kita akan masuk ke imigresen Brunei Darussalam. Ketika aku pergi musim cuti so kesesakan memang berlaku dan terpaksa tunggu giliran yang panjang. bila melepasi saja post kawalan imigresen apa lagi 'WELCOME TO BRUNEI DARUSSALAM' lah jawabnya... perghhh!! Misi bawa Cik Lisa jejak tanah Brunei dah tercapai ketika tu. kami masuk tanah Brunei kira2 dalam jam 3 petang jugalah sebab perjalanan daripada Lawas nak ke Brunei kami banyak berhenti sebab sign board nak ke Brunei sepanjang jalan antara Lawas dan Limbang memang kurang, so uols dinasihatkan kalau nak ke Brunei kena rajin bertanya supaya tak sesat jalan.



Well.  Sepanjang 2 hari di Brunei kami melawat beberapa kawasan dan tempat yang selalu orang sebut antaranya, Muzium kebesaran Brunei yang menyimpan koleksi peribadi kerabat di raja,  kat dalam muzium ni tak boleh ambil gambar kecuali kawasan yang dibenarkan sahaja. Selain tu, sempat jugalah berkunjung ke masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah dan masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Selain tu, sempat jugalah melawat luar kawasan Istana Nurul Iman yang terletak di Bukit Lumadin, Jalan Tutong. Sempat juga abadikan kenangan di depan pintu pagar Istana Nurul Iman. Selain tu, sempat jugalah berkunjung ke Pasar Malam Gadong dan sekitar bandar Brunei, yang paling best sempat jugalah shopping perfume kat Kompleks Yayasan Hassanal Bolkiah. 

Istana Darul Iman
Urus niaga atau mata wang digunakan adalah dolar Brunei yang di panggil ringgit juga, huh!! Nak bagitahu dan jangan terkejut kalau berurusan niaga tetiba dapat duit singapore tak perlu risau sebab di Brunei boleh menerima singapore dolar cuma duit kita sahaja tidak diterima kecuali di Muzium Regalia atau Muzium Kebesaran Diraja Brunei mereka boleh menerima duit Ringgit.

Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
Masjid Sultan Sultan Omar Ali Saifuddien
Okeylah cukup setakat ini cerita tentang Brunei, hujung tahun kemungkinan akan ke Brunei lagi, kali ni trip family besar sikit hehe.. Adiosazz!!