Journal 2015 - # 911

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Rangkaian Kedai/ Kantin Milik BTC Sabah TAMAK! CEKIK DARAH!

Assalamualaikum! Hi uols! Agak lama tak update weblog ni dik kerana sibuk fokus dengan urusan bisnes yang baru nak up dan mula mendapat tempat di bumi Sabah ni, Alhamdulillah! So pada uols nak beli simkad #Onexox jangan segan silu call/sms/whatapps sj aku di talian +60108388497 okeis!!

Okeylah aku sebenarnya bukan nak berceloteh pasal bisnes aku sj, tapi aku nak cerita pasal Rangkaian Kedai/ Kantin milik kumpulan BTC Sabah yang semakin menjadi-jadi perangai menaikkan harga sesuka hati mereka. Mula-mula tidaklah terasa sangat, sebab faham dengan keadaan ekonomi masa kini tapi apa yang buat aku mula naik angin dan mula cuak harga sebotol yogurt yg berisi 700g menjadi mahal semahal alam!! Wahhh!! Ini memang cukup melampau buat pengguna yang memang tegar dengan yogurt dan tahu harga pasaran sebenar daripada kedai runcit sampailah supermarket, beza harga di semenanjung sampailah ke Sabah. Aku ada cerita dan pengalaman sendiri!

Huhhh!! Mesti korang tak percayakan bila aku cakap kat Kantin Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) mahu pun HQE2 memang tak masuk akal!! Sebotol termasuk tax GST RM8.25 sebotol harganya RM7.80 jika tak termasuk GST! Kalau di supermarket Giant Hypermarket 1Borneo kesemua perisa yogurt termasuklah yang asli brand Marigold baru berharga RM5.79 sebelum GST RM5.46. Itu boleh dikatakan hypermarket kalau nak kira kos sewa bangunan pun lebih mahal. Lain pula cerita kat CKS Supermarket Jalan Sulaman Sentral, harga yogurt band yang sama pun masih pada harga yang rendah tidaklah mencecah sehingga RM6.00 doe!!


Oleh kerana tak puas hati aku buat aduan kepada #KPDNKK untuk kes kenaikan harga yang tidak munasabah langsung! Seolah-oleh mereka fikir mereka bertapak lama di bumi Sabah ini dan terkenal mereka tidak mematuhi harga yang ditetapkan. Ramai juga kawan-kawan kata memang kantin HQE1 & 2 milik rangkaian BTC Sabah ni harganya memang mahal nak mampus!! Wooow!! Begitu pula cara mereka nak kaya! Cekik darah pelanggan!! Non-sense!! 
Surat pemberitahuan daripada KPDNKK
Ini perbualan aku melalui aplikasi WhatApps
dengan kakitangan KPDNKK bila mereka
meminta aku sent resit pembelian.
Kepada mereka-mereka diluar sana, jika anda berkunjung ke mana-mana saja rangkaian BTC Sabah ataupun mana-mana kedai runcit, supermarket, hypermarket! Kalau anda rasa barang yang diniagakan itu terlalu mahal daripada harga biasa jangan malu, jangan segan dan yang paling penting jangan takut untuk laporkan kepada pihak berwajib! Tunaikan tanggungjawab kita sebagai pengguna! Kuasa ditangan kita! Siapa mereka tanpa pengguna! Kita mampu BOIKOT!! Bukan tujuan untuk menjatuhkan tetapi mengajar peniaga jangan bersikap TAMAK dan mengambil kesempatan untuk menaikan harga sesuka hati!! So jalankan tanggungjawab anda sebagai pengguna yang BIJAK! 

Untuk sebarang aduan anda boleh melayari beberapa laman sesawang untuk membuat aduan

  1. KPDNKK: http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/eaduan/aduanbaru.php?lang=2
  2. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM): http://ppim.org.my/v3/
Kalau bukan kita siapa lagi, so kita harus bertindak, Hmm.. last week wakil KPDNKK Kota Kinabalu telah lakukan siasatan di kantin HQE1 dan siasatan dalam tindakan pihak KPDNKK!! PESANAN kepada BTC Sabah!! Sekali dua bolehlah uols buat buat the 3rd times sorry!! Aku bukan pengguna yang suka kena tipu oleh golongan macam korang sebab aku pun berniaga juga!!!!

Journal 2015 - # 910

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Hukum Melambatkan Mandi Hadas Besar

Assalamualaikum! Hi uols! Apabila perkara yang menyebabkan kita berhadas besar seperti berjimak, keluar mani dan sebagainya kita perlulah bersegera dalam menunaikan mandi hadas. Jangan kata kita nak bersolat tidak boleh, nak membaca al-Quran pun tidak boleh. Maka kita sudah rugi dari melakukan ibadat kerana berada dalam keadaan tidak suci. Tetapi apakah hukum seseorang itu melengahkan hukum mandi hadas? Jom ikuti persoalan di bawah ini.


Seseorang yang melambatkan mandi hadas adakah berdosa dan ada hadis yg menyatakan mahkluk yg lain melaknat orang yang melambatkan mandi hadas dan contohnya orang yang berhadas besar apabila dia memijak bumi,bumi melaknatnya.

Mandi wajib nampak mudah. Namun perkara ini sangat penting, kerana ia menjadi asas kepada keberkesanan dalam amalan kita. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di dalam masyarakat kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati ramai di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”

Atau “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya air tidak dapat sampai ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang air sampai ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang rumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang untuk sampai ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai, laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Journal 2015 - # 909

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Ada Apa Dengan Lara Cleopatra Legasi!?


Assalamualaikum! Hi uols! Selamat Hari Raya Aidilfitri uols! Masih lagi mood raya walaupun dipenghujung Syawal kehangatan Syawal tu masih membara walaupun masih merindui Ramadan yang telah tinggalkan kita..

Oleh kerana kesibukan dengan kehidupan bekerja, kini aku nak hebohkan satu dunia impian mempunyai brand tersendiri kini telah tercapai. Lara Cleopatra Legasi syarikat sendiri yang aku tubuhkan untuk urusan bisnes yang aku jalankan sekarang ni. Well tak mau sembang banyak kepada uols.. Sudi-sudikanlah buat hashtag #LaraCleopatraLegasi yer.. dan tolong-tolonglah like pages Facebook bisnes aku Lara Cleopatra Legasi, nak tahu bisnes apa aku buat, dan segala info bisnes aku ada dalam page fb tu.. check it out!!!