Journal 2015 - # 880

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Perlaksanaan Kupon Parking DBKK banyak kelemahan Daripada Kelebihan??

Assalamualaikum! Hi uols! Sejak aku berpindah balik ke negeri kelahiran aku iaitu Sabah, banyak yang berubah terutama sekali pembangunan walaupun ada sesetengah pihak masih belum boleh menerima perubahan secara drastik. Mungkin pada mereka pembangunan itu suatu pembaziran sedangkan ada lagi yang masih memerlukan kemudahan asas terutama sekali golongan luar bandar. Okeylah bukan tugas aku untuk mengkritik mereka ini terutama sekali orang-orang yang merancang pembangunan bandar.

Kali ini aku nak share pasal parking di Kota Kinabalu!! Hmm.. hari minggu pun kena sama taw!! So berhati-hati yer.. walaupun parking terhad janganlah parking merata-rata tempat! Nampak sangat #DBKK sekarang ni kekurangan kewangan hikhikhik..

Well.. Aku bukan jenis yang kesah sangat nak bayar parking ni, yang penting ada ruang parking
untuk kereta aku aku bayar parking! Janji kereta aku selamat dan tidak kena towing. Namun sebelum ini Bandar Kota Kinabalu mempunyai parking attendant yang ditugaskan jaga parking, bila kereta masuk parking adalah kakak-kakak atau abang-abang parking ni tulis tiket parking dan letak kat wiper cermin kerta kita. So bila nak bayar kita jumpa saja mereka yang jaga parking ni mengikut kiraan jam berapa lama kita parking. Namun kini sistem kupon parking diperkenalkan. Mula-mula perlaksanaan kupon tersebut caj GST (6%) telah dilaksanakan sebelumnya 1 April 2015, isu itu
menjadi hangat di media sosial kerana perlaksanaannya memang membuat pengguna kupon tersebut mempersoalkan, So kalau kita beli kupon tu dengan harga RM5.00 ringgit tapi sebenarnya kita kena bayar sebanyak RM5.30. Itu pun rakyat mempersoalkan kerana semasa perlaksanaan tersebut GST belum lagi dilaksanakan namun #DBKK pula telah mula mengutip cukai. Memanglah orang akan pertikaikan sebab perlaksanaan cukai bermula pada 1 April 2015.

Berikut adalah alasan DBKK berkenaan dengan GST melalui sumber akhbar tempatan iaitu New Sabah Times Online yang bertarikh 14 Oktober 2014:-

KOTA KINABALU: Para pengguna kenderaan diberikan jaminan bahawa bayaran letak kereta di bandaraya masih belum dinaikkan.


Sesetengah pemandu telah melahirkan rasa terkejut bahawa kupon letak kereta yang mereka beli tercatat perkataan ‘GST’ yang kononnya mereka telah dikenakan bayaran cukai baharu untuk barang-barang dan cukai jualan yang hanya akan dikuatkuasakan pada April tahun hadapan.


Perkataan ‘GST’ yang ditulis di kupon itu merujuk kepada cukai perkhidmatan kerajaan yang sudah berkuatkuasa 20 tahun lalu. Dan akibat kekeliruan itu, perkataan GST akan dibuang dari buku kupon itu. “Ia hanya terpapar di bahagian depan, tetapi di kupon dinyatakan ‘cukai perkhidmatan (service tax),” kata Pegawai Kanan dari DBKK Holding Sdn Bhd, Jimon Jamin, sebuah anak syarikat milik Dewan Bandaraya yang menguruskan tempat letak kereta di bandaraya .


Beliau berkata perkataan GST yang mengelirukan itu akan dibuang apabila buku kupon baharu GST di bahagian depan buku kupon itu,” tambahnya.

Katanya lagi “Kami akan memperolehi bekalan baharu bulan depan. Jadi pada November pengguna kenderaan tidak akan lagi melihat perkataan


GST atau Cukai Perkhidmatan Barangan hanya akan berkuatkuasa pada 1 April tahun depan untuk menggantikan cukai perkhidmatan lama kerajaan.

Walau apapun alasan mereka, caj tetap dikenakan juga dan perkataan GST still terpampang pada kupon tersebut dan lebihan bayaran cukai itu tetap dibayar. Kalau betul itu Service Tax kena tulislah Service Tax bukan GST!! KEBODOHAN nampak pada DBKK kenapa sebelum cetak kupon tersebut pihak DBKK tidak membuat PEMANTAUAN atau SEMAKAN pada deraf kupon!? Itu tugas DBKK sebab arahan daripada pihak DBKK bukan

Persoalan.. Adakah DBKK telah bersedia dengan sistem kupon parking yang berjalan kini?? Jawapan aku TIDAK!! Kerana terlalu banyak kod kawasan mengikut warna parking dilaksanakan oleh pihak DBKK! Sistem ini sebenarnya tidaklah seragam! Kemudian sistem kupon masa kini lebih banyak di jual mengikut jam tidak mempunyai kupon harian seperti di negeri-negeri lain yang mengamalkan sistem kupon parking yang seragam! Bagi orang yang macam aku ni mana suka turun naik office nak gores kupon parking setiap jam doe!! Pada aku lebih mudah kupon harian seperti dilaksanakan oleh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sebagai contoh Melaka. Melaka mempunyai pilihan sama ada pembeli kupon hendak membeli kupon mengikut jam atau harian. Namun bagi pelancong mereka lebih suka membeli kupon harian.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya,Melaka
Dahlah tu nak beli kupon parking tersebut pun agak payah dan tiada ejen yang dilantik untuk menjual kupon tersebut. Kenalah pergi pondok DBKK atau cari pekerja DBKK yang berjalan menjual kupon tersebut. Hmm.. inikah yang dikatakan SISTEM!? Contoh macam bandar Melaka, Mereka melantik kedai-kedai sekitar kawasan bawah jajahan mereka bagi memudahkan orang awam membeli kupon mereka sama ada ingin membeli kupon harian atau kupon mengikut jam.  
Papan tanda kedai Agent yang dilantik
Kan mudah jika melantik agent depan mata orang awam kalau nak parking boleh nampak kat mana boleh beli. Lagi satu, stiker parking bulanan pun ada dijual sebenarnya namun itulah aku katakan mereka jual mengikut zon parking iaitu warna parking yang ditetapkan, so no point juga kalau ada stiker parking tapi still kena ikut zon warna huhu.. 
Kupon Letak Kereta Bulanan
Pada DBKK ia mudah dan mempunyai kelebihan namun sistem sebegini sebenarnya kos pembaziran kepada penggunaan kertas dan sumber manusia yang ada mungkin dikurangkan. Di Semenanjung Malaysia mereka menggunakan sistem Parking Bermeter yang disediakan berhampiran parking yang tersedia. Aku lebih suka mengambil pendekatan DBKL di mana pengguna tak perlulah pening kepala untuk membeli kupon atau mencari agen kupon. Kita boleh membeli kupon mengikut masa atau maxsimum pembelian pada mesin tersebut. Sebenarnya itu lebih mudah tidak perlu mengikut zon warna parking. Hanya pihak DBKL akan memantau mesin mereka ini sebulan sekali bagi mengutip duit syling dan kertas kupon untuk diganti atau diisi semula.
Mesin Parking Bermeter
Lagipun pengguna hanya perlu masukkan syling mengikut jam yang mereka perlukan untuk mendapat kupon. Seingat aku ketika bekerja di area Bukit Damansara sehari bajet untuk parking DBKL aku sekitar RM2 hingga RM3 bagi sistem harian. Bila dapat kupon just pamer pada Dashboard kereta saja. Walaupun sistem yang diperkenalkan oleh BDKK sedemikian lupa namun tidaklah parktikel pada mereka yang kurang selesa untuk gores kupon tersebut. 

Setakat ini Sistem Bermeter ini yang diamalkan oleh bandar-bandar di semenanjung Malaysia ialah DBKL, MPS, MBPJ, MBSB, Perbandaran Klang, Senawang, Sepang dan beberapa buah negeri lagi.
Salah satu contoh kupon parking bermeter oleh MBPJ
Seharusnya pihak DBKK lebih banyak belajar dan mengkaji tentang perlaksaan kupon parking sedia ada ni. Sebenarnya perlaksaan kupon parking bukan sesuatu yang partikal kerana perlu di gores!! Zaman dah berubah wahai datuk bandar takkan minda kita ditakuk lama?? Sedangkan kita layak untuk menikmati keselesaan dan teknologi terkini bukan gores!! Sebab itu aku kata DBKK Belum bersedia dalam pelaksanaan sistem Parking dan GAGAL dalam perlaksanaan tersebut. Lagipun Kuantiti parking di bandar Kota Kinabalu bukanlah banyak seperti bandar-bandar yang lain. Parking di Kota Kinabalu memang terhad adakalanya terpaksa parking di Mall dan berjalan jauh ke sesuatu tempat! Dahlah kemudahan pengangkutan yang kurang selesa dan kurang sesuai. Kalau ada LRT atau Monorail tak apalah juga consider untuk parking jauh dan menaiki kemudahan awam. Ini tidak salah parking surat SAMAN DBKK terletak pada cermin kereta!! huhu..

Journal 2015 - # 879

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

GST!! Rakyat Belum Bersedia!!

Assalamualaikum! Hi uols! 1 April 2015 telah tiba, Goods and Services Tax (GST) khabar gembira kepada pengilang, pemborong, peniaga, golongan berpendapatan tinggi tapi tidak kepada golongan berpendapatan sederhana atau orang kampung. Rata-rata yang yang merungut bukan setakat barangan runcit naik malahan ada peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan.

Bukan itu saja peniaga yang tidak berdaftar dengan Kastam pun mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan. Sebenarnya Rakyat masih belum bersedia dengan GST yang diadakan oleh Kerajaan kerana nilai 6% yang dikenakan terlalu membebankan terutama sekali kepada golongan luar bandar atau lebih tepat orang kampung, bagi mereka 6% itu terlalu besar. Bagi golongan berpendapatan sederhana atau rendah jika dulu belanja dapur sebulan RM300 kini lebih kemungkinan meningkat kepada RM400 ke RM450 sebulan. 

Ketika ini isu kenaikan harga tambah nilai iaitu topup juga terkena tempias. Walaupun caj 6% dikenakan namun isu ini harus dipandang serius sebab pengguna topup bukan dikalangan orang bekerja sahaja malahan termasuk pelajar sekolah dan IPT/S. 

Seharusnya perlaksanaan GST ini perlu dilakukan secara berperingkat atau caj 6% dikurangkan kepada amount yang kecil. Mungkin ia baik untuk pembangunan negara tapi tidak kepada golongan orang kampung yang tiada pendapatan tetap atau kecil. Perkara yang paling penting sekali adalah barangan keperluan harian seperti gula, kopi, milo, kicap, sos, dan sebagainya, seharusnya tidak dikenakan GST ini kerana ia adalah keperluan asas rakyat Malaysia. Pihak berwajib patut memantau harga tak kira peniaga yang telah daftar GST atau tidak. 

Journal 2015 - # 878

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

VIP Antara Yang Maut Dalam Nahas Helikopter Terhempas

Assalamualaikum! Hi uols! Daripada Allah swt kita datang kepada Allah swt kita kembali. Sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada petang tadi.

Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata jumlah penumpang belum dapat dipastikan, lapor The Star.

Pasukan bomba Kajang dilapor telah dihantar ke lokasi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam Twitternya menyebut bahawa ada enam penumpang di dalam helikopter tersebut.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.
Dilaporkan juga kejadian ini melibatkan orang kenamaan.

Kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter telah ditemui namun identiti mereka belum dapat dipastikan, kata Pengarah Bomba Selangor sambil menambah bahawa proses mengeluarkan mayat mungkin selesai 9.30 malam ini.

Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.

"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Roslan yang ketika itu berehat di rumahnya kira-kira satu kilometer (km) dari tempat nahas helikopter itu, berkata beliau cuba memasuki kawasan berkenaan tetapi membatalkan niatnya dan terus menghubungi Jabatan Bomba
dan Penyelamat (JBPM).

Menurutnya kawasan nahas itu terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan ini.

"Nak masuk ke tempat helikopter betul-betul terhempas, kita kena masuk 2km ke dalam kawasan kebun getah," katanya.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi.
Sumber: Astro Awani