Journal 2013 - # 416

Hi uols! Salam Ilmu salam taqwa utk uols. Wow!! rupanya kita da d pertengahan Ramadan yer.. Masya Allah cepat benar masa berlalu, apa pun tingkatkan iman usahakan ibadah yer uols. Okey la memandangkan bulan ni bulan yang mula mng x byk benda aku nk share but ada lah sedikit info n utk kita kongsi bersama khususnya pada mereka2 yg ingin kan anak dan mengidamkan seorang anak walaupun anak angkat.

Ramai org kat luar sana yang sayangkan kanak-kanak. Mesti sedih bila tengok dalam paper bayi dibuang campak bakar sana sini. Orang sibuk nak anak tapi ada jugak manusia hati kejam yang sanggup bunuh bayi sendiri yang tak berdosa. So, mesti ramai lagi manusia hati baik kat luar sana yang nak membela nasib kanak-kanak ni. Whether yang dah berkahwin tapi masih belum ada zuriat, yang dah kahwin dan ada anak tapi masih berniat untuk ambil anak angkat atau yang masih bujang belum berkahwin. Besar pahala kalau jaga, didik dan kasih anak angkat macam anak sendiri. 

Tapi ada syarat-syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi. Kalau betul-betul ikhlas nak ambil anak angkat apa salahnya ikut prosedur yang dah ditetapkan. Untuk kesenangan dan kemudahan  masa depan penjaga dan anak yang bakal dijaga tu jugak. Jom baca syarat-syarat dan prosedur ambil anak angkat...

Mesti uols nak tahu bagaimana cara n prosedur bagi mengambil anak angkat di negara kita ni kan? Jom baca artikel ni yang aku dpt drpd laman web JKM.



DEFINISI :Kanak-kanak : Seseorang yang berusia bawah 18 tahun mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001

Ibu / Bapa Peliharaan :
i) Seseorang atau mana-mana pasangan yang telah ditawarkan anak pelihara oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat berdasarkan Seksyen 30(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.
ii) Seseorang atau mana-mana pasangan yang telah dibenarkan oleh Pelindung untuk memelihara, menjaga dan mengawal kanak-kanak berdasarkan Seksyen 35 atau 37 Akta Kanak-Kanak 2001.

Anak Pelihara : Kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk pemeliharaan, jagaan dan kawalan oleh ibu bapa peliharaan berdasarkan Seksyen 30(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.

OBJEKTIF :

Ibu Bapa Peliharaan
  1. Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul; dan
  2. Dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara.
Anak Pelihara
  1. Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang;
  2. Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi; dan
  3. Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna.
SYARAT-SYARAT :
  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Berusia 25 hingga 60 tahun.
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
  4. Bagi perkahwinan yang kurang daripada 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya.
  5. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  6. Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  7. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  8. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  9. Bebas dari rekod kesalahan jenayah.
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri).
  2. Surat pengesahan dari Pegawai Perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
  5. Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
  6. Lain-lain dokumen sokongan, contoh: Laporan Pakar Perubatan, surat sokongan dan sebagainya.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN :
  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  2. Permohonan boleh dibuat secara online (dalam talian) atau hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermastautin.
  3. Borang Permohonan Anak Pelihara juga boleh dimuat turun dari laman sesawang ini. klik disini untuk muat turun borang

Permohonan yang telah lengkap akan diproses dan sesi temuduga akan dijalankan oleh PKMD/J.

PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA :
  1. Menilai latar belakang sosial pemohon.
  2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
  3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
  4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952, Adoption Ordinance (Sarawak Cap 91)(Ammendment 2002) dan The Adoption (Central Registry) Regulations 1960 serta Adoption Ordinance 1960 (Sabah No. 23 of 1960) yang mana bersesuaian.
PERMOHONAN YANG DITERIMA DI PERINGKAT IBU PEJABAT JKMM.
  1. Semua pemohon akan dihubungi menerusi surat berhubung status permohonan mereka.
  2. Permohonan yang dipertimbangkan akan didaftarkan ke dalam senarai menunggu bagi tempoh setahun (1 tahun) daripada tarikh surat dikeluarkan.
  3. Anak pelihara akan ditawarkan kepada pemohon yang telah diletakkan dalam senarai menunggu oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat setelah Mesyuarat Panel Penempatan Anak Pelihara bersidang.


Sebarang Pertanyaan boleh hubungi:

Bahagian Kanak-Kanak

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Telefon: 03-83231000

so uols klau rasa2 ada niat utk mengambil anak angkat ikutilah prosedur yg d tetapkan oleh pihak JKM okies!! Adiosazz!!

Journal 2013 - # 415

Hi uols! Salam Ilmu salam taqwa utk uols, masih blom terlambat kot utk aku nk wish happy ramadan utk uols, Ahlan Wasalan Ya Ramadan (^_^). Sedar x sedar da nak masuk hari ke 12 kita berpuasa yer!! Alahai cpt benar masa berlalu.. so jgn sia2 kan Ramadan tahun ini yer mana tahu ini adalah Ramadan terakhir buat kita (^_^)
Gambar sekadar hiasan

Well arini aku nk sembang pasal benda lain iaitu surau. Kt negara kita ni surau mng byk x kira kt mana kt petrol pam, kt shopping mall n hentian rehat pun ada. Baru2 ni masa aku bercuti balik ke Sabah (al-makum la awal Ramadan nk smbt dgn insan2 tersayang) dan telah menumpang solat di surau Le Meridian Hotel Kota Kinabalu (hihi smpt juga belanja saudara berbuka puasa). Mohon maaf n atas keaiban yg terbuka ini, namun baik di kongsi agar jd ikhtibar pd mana2 hotel yg bertaraf 5 Star kt Malaysia. Hakikatnya Hotel tersebut mng 5 Star tp Surau ermm... 0 star!! Why!!ini jawabannya:
  1. Dahlah surau dkt lot parking kereta x standard langsung.
  2. Surau perempuan!! Masya Allah telkung hanya 2 helai then saiz telkung pun saiz kanak2. Nasib baik bawa telkung sndiri. (Surau lelaki agaknya x perlu la telkungkan)
Huh!! itu la hakikatnya!! Memang berterima kasih pd pihak Hotel walaupun berusaha utk menyediakannya tp yg sedihnya lokasi n kemudahan dlm surau terutama surau perempuan cukup mengaibkan. Isk!! x tahu la ada ke pekerja2 hotel terutama muslima tu perihatin dgn soal sedemikian!! (Sorry la x smpt nk ambik gambar sbb masa tu terasa hampah n mengecewahkan dgn sikap acu x acu org islam sndiri!)

Nampak sgt kejahilan kita terhadap perkara yg wajib, Insya Allah balik ni aku nk sedekah lebih telkung kat rumah aku ni kt surau hotel tu. Bkn nk menunjuk tp nk bgtau kt mereka biar perihatin soal ibadah terutama skali pekerja2 yg muslim tu. Jangan abaikan soal ibadah n agama wahai saudara2 ku kelak kita yg rugi n menyesal seumur hidup setelah mati kelak. Renung2kan la agar x terlambat utk mengubah sesuatu yg mengaibkan, adiosazz!!

Journal 2013 - # 414

Hi uols! Salam Ilmu salam taqwa utk uols, Semakin hari semakin dekat Ramadan menghampiri kita apa persiapan kita sblom Ramadan ni dah ganti posa ke blom atau uols da buat persiapan berposa sunat dalam bulan Rejab atau Syahban..

Pada aku bulan Ramadan ni byk mengajar kita utk melatih diri kita dr segala keburukan, insya allah klau kita yakin pd Allah SWT pasti hikmahnya kita perolehi.


Tompi - Ramadan Datang

Okies!! uols apa kata kita persiapkan diri kita utk amalan kita ketika Ramadan nanti, so check it out!! Ladies n Gentlemen here we go..

KELEBIHAN AMALAN BULAN RAMADAN
Sejarah Ramadan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin
dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd
1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran

Kelebihan Bulan Ramadan
1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan – pengampunan,
10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
 11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan
pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak
bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah
2) Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah

Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam – Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan
baca Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik