Journal 2013 - # 416

Hi uols! Salam Ilmu salam taqwa utk uols. Wow!! rupanya kita da d pertengahan Ramadan yer.. Masya Allah cepat benar masa berlalu, apa pun tingkatkan iman usahakan ibadah yer uols. Okey la memandangkan bulan ni bulan yang mula mng x byk benda aku nk share but ada lah sedikit info n utk kita kongsi bersama khususnya pada mereka2 yg ingin kan anak dan mengidamkan seorang anak walaupun anak angkat.

Ramai org kat luar sana yang sayangkan kanak-kanak. Mesti sedih bila tengok dalam paper bayi dibuang campak bakar sana sini. Orang sibuk nak anak tapi ada jugak manusia hati kejam yang sanggup bunuh bayi sendiri yang tak berdosa. So, mesti ramai lagi manusia hati baik kat luar sana yang nak membela nasib kanak-kanak ni. Whether yang dah berkahwin tapi masih belum ada zuriat, yang dah kahwin dan ada anak tapi masih berniat untuk ambil anak angkat atau yang masih bujang belum berkahwin. Besar pahala kalau jaga, didik dan kasih anak angkat macam anak sendiri. 

Tapi ada syarat-syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi. Kalau betul-betul ikhlas nak ambil anak angkat apa salahnya ikut prosedur yang dah ditetapkan. Untuk kesenangan dan kemudahan  masa depan penjaga dan anak yang bakal dijaga tu jugak. Jom baca syarat-syarat dan prosedur ambil anak angkat...

Mesti uols nak tahu bagaimana cara n prosedur bagi mengambil anak angkat di negara kita ni kan? Jom baca artikel ni yang aku dpt drpd laman web JKM.



DEFINISI :Kanak-kanak : Seseorang yang berusia bawah 18 tahun mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001

Ibu / Bapa Peliharaan :
i) Seseorang atau mana-mana pasangan yang telah ditawarkan anak pelihara oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat berdasarkan Seksyen 30(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.
ii) Seseorang atau mana-mana pasangan yang telah dibenarkan oleh Pelindung untuk memelihara, menjaga dan mengawal kanak-kanak berdasarkan Seksyen 35 atau 37 Akta Kanak-Kanak 2001.

Anak Pelihara : Kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk pemeliharaan, jagaan dan kawalan oleh ibu bapa peliharaan berdasarkan Seksyen 30(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.

OBJEKTIF :

Ibu Bapa Peliharaan
  1. Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul; dan
  2. Dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara.
Anak Pelihara
  1. Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang;
  2. Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi; dan
  3. Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna.
SYARAT-SYARAT :
  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Berusia 25 hingga 60 tahun.
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
  4. Bagi perkahwinan yang kurang daripada 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya.
  5. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  6. Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  7. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  8. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  9. Bebas dari rekod kesalahan jenayah.
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri).
  2. Surat pengesahan dari Pegawai Perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
  5. Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
  6. Lain-lain dokumen sokongan, contoh: Laporan Pakar Perubatan, surat sokongan dan sebagainya.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN :
  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  2. Permohonan boleh dibuat secara online (dalam talian) atau hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermastautin.
  3. Borang Permohonan Anak Pelihara juga boleh dimuat turun dari laman sesawang ini. klik disini untuk muat turun borang

Permohonan yang telah lengkap akan diproses dan sesi temuduga akan dijalankan oleh PKMD/J.

PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA :
  1. Menilai latar belakang sosial pemohon.
  2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
  3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
  4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952, Adoption Ordinance (Sarawak Cap 91)(Ammendment 2002) dan The Adoption (Central Registry) Regulations 1960 serta Adoption Ordinance 1960 (Sabah No. 23 of 1960) yang mana bersesuaian.
PERMOHONAN YANG DITERIMA DI PERINGKAT IBU PEJABAT JKMM.
  1. Semua pemohon akan dihubungi menerusi surat berhubung status permohonan mereka.
  2. Permohonan yang dipertimbangkan akan didaftarkan ke dalam senarai menunggu bagi tempoh setahun (1 tahun) daripada tarikh surat dikeluarkan.
  3. Anak pelihara akan ditawarkan kepada pemohon yang telah diletakkan dalam senarai menunggu oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat setelah Mesyuarat Panel Penempatan Anak Pelihara bersidang.


Sebarang Pertanyaan boleh hubungi:

Bahagian Kanak-Kanak

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Telefon: 03-83231000

so uols klau rasa2 ada niat utk mengambil anak angkat ikutilah prosedur yg d tetapkan oleh pihak JKM okies!! Adiosazz!!

No comments: