Journal 2011 ~ #241

Zaman sekarang ni kehidupan serba moden n mcabar, adakalanya aku terasa di dlm arus itu, bekerja utk kehidupan n mncari nama n kedudukan di class tersendiri. Belajar, bkerja n menjana pendapatan sendiri melalui bisnes sampingan bukan satu perkara baru sebenarnya, tapi ia telah lama berlaku. Kalau kita takut mencuba pasti akan tertindas itu pada pendapat aku. Setapak kita melangkah itu menandakan kematangan pada diri sendiri. Kini aku mula merasa pada diri aku sndiri. Kini wanita setanding dgn lelaki, mala wanita mampu menjadi lebih baik drpd lelaki (have to say)!

Kalang wanita yang tak nak berkahwin kini makin meningkat. Apakah aku salah seorang daripada mereka? Nop mungkin tidak!! Walaupun kebanyakan kawan2 aku dah berumahtangga n ada yang menimang cahaya mata bagi aku belum tentu bahagia n mencapai apa yang mereka inginkan untuk diri sndiri secara peribadi. Terus terang aku katakan, kehidupan masa kini menang rumit n terlalu bnyk kompikasi yg perlu di perhalusi terlebih dahulu. Banyak yg bertanya pada aku "hey!! bila lagi nk kahwin??" huh!! soalan yg buat diri aku rimas n bosan utk mjawab. Hmm.. nk kawin mng la bleh, tp persiapan fizikal, mental, rohani, kewangan tu da ready ke blom??? Ada yg bertanya "x jeles ker kita org yg dah kawin n ada famili ni.." Heloo!! nk jeles apa hal plak, mcm aku nyatakan td persiapan diri n yg lain2 tu ada ke korg nikmati sepenuhnyer..
So skg ni aku memilih utk menjadi seorg career woman.. x kira la apa pun korg nk kata, sbb dunia kini perlu ada kedudukan, kekukuhan dan kemewahan utk diri sndiri. Bukan kata lupakan yg akhirat plak tp cuba seimbangkan utk menjadi lebih bermakna n nikmat tu lebih dlm kehidupan. Tapi aku x nk jd kawan2 aku yg ada di sekeliling aku skg ni kehidupan perlu ada matlamat.. klau hidup utk keperluan hidup x bermakna sbenarnya. Biarlah bermatlamat sekurang-kurangnya mampu menampung kehidupan hari tua kelak dengan kesenangan masa bekerja. Biar pun kerja ms muda ni teruk tp tua nanti pasti akan menikmati kehidupan senang. 

Alhamdulillah, sejak memikirkan hal ini aku cuba mengorak langkah ke hadapan lagi, kini aku cuba melibatkan diri aku dlm dunia MLM. Wow! momentem dr bulan ke bulan nmpk perubahan n positif, yg pasti kena POSITIF jgn jd NEGATIF, biar org kata apa janji masyukkk!! Yang paling penting berkawan dgn org yg berduit saja sbb aura tu pasti akan dtg pd kita, klau kawan dgn org x de duit tu boleh tp.. hmm paham2 sndiri la yer. Bukan itu jer rajin berusaha pun penting, Niat matlamat tu baru betul. Alhamdulillah masa ni, jatuh bangun tu perkara biasa, sbb itu ujian perniagaan n Allah. Amal kn bersedekah slalu jgn kedekut duit x bawa ke lubang kubur pun, kerana sedekah tu pasti memberi ganjaran yg paling bermakna bila kita mati kelak. Yang paling penting sekali rajin2 solat Duha.. bukan setakat rezeki duniawi tp minta la kesihatan tu sihat slalu, tu adalah sunat tp kena usaha, klau solat tp x usaha pon x guna. Wokey! la career woman nk smbg keje dulu ada ms aku post lg entry kt weblog ni. Adiosazz!!

No comments: