Journal 2013 - # 422

Hi uols!! terasa jari jemariku ingin menari d atas keyboard ni.. byk perkara yg ingin aku kongsikan dlm hidup ini, terlalu berat utk memikulnya namun hakikatnya aku harus lalui agar aku lebih tabah dan hebat di mata Allah SWT.

Kini aku sendiri lagi.. 
Mungkin itu yg terbaik buat ku, saat hiba dan sedih itu aku lalui seorg diri tanpa bertemankan sesiapa, walaupun ibuku. Oh! tidak.. x nak share dgn ibu berita sedih sbb bila citer pasti dia kecewa, hakikatnya aku hanya memberitahu sudah suratan takdir sebegini dan aku harus reda dgn segalanya. Sudah tertulis nasib ku begini so hadapi dengan reda dan nyata!

Kesedihan itu aku sembunyikan drpd ibu, namun rasa lega bila selama ini aku menyimpan beban yg betul2 membuat aku terasa gila dan payah. Hampir setiap hari aku menanggung keperitan hidup ini, namun harus aku hadapinya. Kini aku rasa beban yg akuk tanggung hampir 4 tahun itu tlh berlalu, bagai batu besar yg terlerai drpd bukit yg tinggi. Finally... I'm free!! Aku harus memiliki kebahagian aku skg ini. Soal jodoh tolak tepi dahulu skg ni utamakan kerjaya n juga pelajaran aku yg perlu aku selesaikan.

Meniti hari2 yg berlalu begitu shj, terasa bagai berada di dunia yg lain dan nyata. Baru aku sedar bahawa kehidupan aku kini realiti bkn bayang2 yg sentiasa di kejar. Apa pun berlaku selepas ini.. aku yakin dan percaya DIA telah mengaturkan yg terbaik utk aku.. Thank you Allah!!

No comments: