Hi uols! Salam Ilmu salam taqwa utk uols, agak lama x update weblog aku ni atas sbb terlalu sibuk dgn life yg x pernah nk sudah terutama skali urusan kerja. Dikesempatan ini aku cuba utk update seberapa byk yg mungkin citer n perkara yg patut d kongsi.
Tahukah anda haiwan kesayangan kita sebenarnya layak mendapatkan passport atau kad pengenalan diri? Pada awalnya aku pun x tahu, tp sejak membawa kucing2 aku drpd Sabah ke Semenanjung Malaysia ni baru la aku tahu pentingnya Passport haiwan utk kucing aku. Sebelum nk aply passport haiwan ni mcm2 aku bc n dgr drpd mereka2 yg slalu berfikiran negatif so uols yg x reti x perlu provok byk sgt k!
![]() |
I want my passport boss!! |
Kad pengenalan haiwan atau pet
passport merupakan satu dokumen rasmi kerajaan Malaysia di bawah Projek
Malaysian Animal Traceability Systems (MATs). Kad pengenalan ini hanya dikeluarkan setelah haiwan kesayangan didaftarkan melalui Jabatan Perkhidmatan
Veterinar atau Veterinawan Bertauliah (VB)
seperti yang diperuntukan di bawah Akta Binatang 1953. Akta ini menfokuskan
pendaftaran haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, arnab dan kuda.

Proses pendaftaran haiwan
kesayangan turut dikembangkan di klinik-klinik veterinar swasta yang akan
bermula di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Pet Passport merupakan satu medium
maklumat penting mengenai haiwan kesayangan anda dalam bentuk dokumen yang
mengandungi pengesahan kesihatan dan rekod imunisasi haiwan kesayangan.
Pengaktifan sistem begini dilihat
mempercepatkan proses pemeriksaan pegawai kastam di setiap pintu masuk negara.
Tujuan mewujudkan kad pengenalan
haiwan:
- Memberi tanda pengenalan haiwan kesayangan
- Membangunkan sistem pengkalan data haiwan kesayangan kebangsaan
- Memperbaiki kecekapan menjejak haiwan kesayangan
- Meningkatkan pemilik haiwan kesayangan bertanggungjawab
- Menjamin kebajikan serta kesejanteraan haiwan terpelihara

Faedah yang diperolehi
mendaftarkan haiwan kesayangan anda:
- Memudahkan proses mengesan haiwan kesayangan yang hilang
- Pengesahan pemilikan haiwan kesayangan melalui mikrocip yang ditanam di bawah kulit haiwan.
- Maklumat penting kesihatan haiwan kesayangan berada di dalam satu buku sahaja (Pet Passport)
- Memudahkan kawalan penyakit dikalangan haiwan peliharaan
Harga untuk pendaftaran Pet
Passport:
- Kucing, anjing dan arnab > RM7
- Kuda > RM9
Harga tidak termasuk mikrocip,
pemeriksaan fizikal, gambar dan lain-lain perkhidmatan.
Kepada yang berminat untuk
mendaftarkan haiwan kesayangan mereka bolehlah berkunjung ke:
- Pejabat Perkhidmatan Veterinar di seluruh Malaysia
- Klinik Veterinar yang telah dilantik sebagai Pendaftar Haiwan Malaysia.
Untuk
maklumat lanjut:
Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar,
Wisma Tani,
Blok Podium 1A,
Lot 4G1, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62630 Putrajaya, Malaysia.
Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar,
Wisma Tani,
Blok Podium 1A,
Lot 4G1, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62630 Putrajaya, Malaysia.
No Tel: 03-8870 2000
Faks : 03-8888 6472
Faks : 03-8888 6472