Journal 2010 ~ #129


Dah lama aku tak menulis blog aku ni kebanyakan aku hanya post kan klip video yang mewakili perasaan dan luahan dari isi hati aku sendiri, namun hari ini aku teringin untuk menaip sesuatu dalam blog yang aku miliki ini. Ada beberapa perkara ingin aku kongsikan bersama teman-teman yang masih sudi melayari dunia blog aku ini yang aku anggap sebagai diari aku ini. Hujung minggu kali ini begitu membosankan jumaat cuti hari wesak dan aku pula hilang arah nak buat apa, kalau kampung dekat mahu saja balik kekampung lepak kat port yang memang jadi tumpuhan jika aku balik. 

Namun cuti hanya 3 hari saja termasuk sabtu dan ahad, hmm kalau kat Sabah ni cuti sampai selasa sebab pesta keamatan (pesta menuai) nasib baik cuti tu tak der kat KL ni kalau ada sure aku balik kampung melaram kat rumah atau driving ke mana-mana sahaja hkhikhik..

Hmm.. seawal pagi jumaat aku cuba keluar dari rumah untuk menuju ke taman batu muda KL, tujuan aku untuk ke bengkel keta.. besa ler skrit keta aku tu da mengelupas catnya so mahu x mahu orang lain pon sibuk ngata keta aku, tanpa membuang masa aku terus jer hantar skrit keta aku tu untuk di cat semula. Terasa sayang dengan keta aku skg ni terasa nak jual tapi sayang sangat sebab nilai value keta tu pada aku terlalu banyak. 

Balik dari bengkel aku terus balik ke rumah tapi sebelum tiba di rumah aku pergi car wash basuh keta kesayangan aku tu yang lebih sebulan juga tak basuh cian kt keta aku huhu.. selesai segala-gala mak nenek yang aku buat aku tanggalkan pulak sticker kat cerima keta aku dan juga antenar tambahan kat belakang keta aku tu saja nak ubah selera pada keta.. 

Sabtu pagi orang bengkel call aku skrit keta da siap, so dengan perasan kurang sabar aku terus capai kunci keta aku dan menuju ke bengkel. Fuhh!! memang puas ati dengan hasil kerja yang di buat.. janji ada jer kalau aku walaupun nak perfact hihihi..

Now.. aku dah dpt apa yg aku nak.. cuma bulan ni sedikit sakit dengan betri keta aku kong, terpaksa ganti dan yang paling sadis tu bulan ni aku kena bayar duit pendahuluan yuran pengajian aku.. memang bulan ni banyak betul guna duit.. huhu nasib baik ada sedikit simpanan. Bisnes kat Sabah pon skg ni naik turun bukan selalu org nk melancong, kalau ada pon bila da bagi harga yg murah nak lagi murah.. pening mcm ni kalau sume nak murah org mcm aku nk berniaga ni nk mkn pasir ker?? so u all pikir la sendiri yerk.. kalau u all mkn nasik org mcm aku ni pon mkn nasik juga..

Hmm.. 2nd benda yg aku nk kongsi pd korg sume skg ni aku adalah sibuk ckit dgn update weblog download mp3 aku kt ~http://auroradownloadmp3.blogspot.com so klau korg nk download mp3 singah2 ler kt weblog mp3 aku tu sbb mp3 terkini yg aku dapat adalah Album AF84 Hits so jgn ketinggalan yerk. Hmm mungkin kehidupan aku tak boleh dipisahkan dgn dunia muzik.. siang malam muzik susah nk pisahkn aku dgn muzik. So bagi aku muzik adalah sebahagian nadi dalam diri aku..

Hmm.. next weekend aku da start study pusat pengajian aku kat PJ semester ni pulun 3 subjek in english.. belasah jer ler.. nk buat mcmna ni pon kena ambik MUET lg huh!! bila la  nk g register benda tu plak.. adoiiyaii always english bleh jd gilerr aku weiii.. wokey la masa sudah time, time sudah masa hikhikhik (cedok ayat alex raja lawak) aku nk kemas umah n bersiap g market nk beli barang dapur apa yg patut ada masa aku smbg lg...

No comments: