Journal 2010 ~ #119

February 27, 2010.. hmm.. life still goes on, who next by your side? the best question I have on my birthday.. huhu memang soalan favourite setiap orang.. tapi aku hanya tersenyum kelat malas nak menjawab sebenarnya.. mungkin telah aku temui atau mungkin yang ku temui bukan untuk aku.. akhirnya aku senyap dan mendiamkan diri jawapan yang ku beri biarlah masa menentukan segalanya terlalu banyak untuk aku fikirkan terutama sekali perasaan orang tua dan juga keluargaku.

Mungkin banyak mengatakan kenapa aku harus memikirkan soal orang lain sedangkan soal diri aku, perasaan aku dan kemahuan aku siapa yang hendak memikirkannya? persoalan demi persoalan, jawapan terus dicari.. it's not easy to answer namun biarlah ia menjadi tanda tanya dan kebenaran serta jawapan pasti akan ditemui kelak.

Malam sebegini aku terus bersendirian, tertarik dengan tagline yahoo massenger aku 'sepi itu indah' mungkin betul mungkin juga tidak tapi bersendirian itu lebih tenang dan lebih menyakinkan aku.. kerana setiap kali aku sendirian pasti ada jawapan yang pasti untuk aku jawab dan idea pasti datang mencurah.

Lebih baik begini hidup lebih berdikari dari bergantung harap pada orang lain, senang bergerak dan senang membuat keputusan sendiri. Terlihat kupon serta tiket percutian hadiah dari keluarga tersayang namun belum memutuskan destinasi mana yang harus aku pilih. Perth ataupun Korea Selatan.. hmm.. tunggu dulu sebab banyak benda hendak ku selesaikan lagipun open tiket bila-bila masa boleh pergi dan ke mana sahaja aku inginkan.

No comments: