Journal 2010 ~ #117

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, syukur bernafas lagi aku hari ini untuk melakukan tugas dan kewajipan yang perlu aku laksanakan..

Pagi ni aku memulakan kerja aku seperti biasa tengok tray kat atas meja adalah sedikit dokument nak di buat, lepas tu aku tengok bilik bos masih lagi gelap lewat kut masuk office hari ni. Sekali imbas aku tengok planner di atas meja aku banyak juga aktiviti bulan ni, dalam diari aku pon sama sana sini temu janji dan juga temu janji bos, adoiiyaii boleh pengsan kalau macam ni jaga schedule boss sekali. Dalam otak aku sekarang ni macam idea nak curahkan kat designning aku, tapi still mencari idea yang lebih baik. Pantas aku login YM dan juga Skype untuk cari kawan-kawan web desinnger bertanyakan khabar dan idea mereka. Perkara utama dalam idea yang aku terima ialah perubahan script untuk design terkini, agak penat untuk mencari idea dari sehari ke sehari.

Tak tahu nak curah apa lagi. Mungkin aku kena pergi bercuti dan kemudian merehatkan minda dari terus berfikir.. insya allah februari ni mungkin aku nak bercuti nak bersendirian cari privacy.. itu semestinya cuti-cuti Malaysia.

No comments: