Journal 2010 ~ #138

Rasanya lama aku tak singgah kat weblog aku ini, hmm.. sibuk dengan tugasan harian tugasan dunia itulah alasan yang mampu aku berikan setiap waktu. Malahan aku sibuk dengan persiapan untuk semester kedua, sedar tak sedar aku dah nak masuk semester kedua rupanya seronok pula bila kembali ke zaman kuliah alhamdulillah.. result exam tak keluar lagi tapi register untuk semester baru dah pun aku buat, tak sabar rasanya, hmm.. tinggalkan dulu cerita study sekarang ni nak cerita pasal benda lain banyak benda nak kena kongsi and nak kena share dengan korang sume..

Pagi-pagi lagi lepas subuh aku bergerak ke office, hari ni beberapa buah negeri di Malaysia cuti nuzul al-quran tapi tidak bagi Wilayah Persekutuan KL tapi bagi aku sama jer cuma bezanya jalan seawal pagi itu agak lengang juga hikhikhik drive keta pun rasa tenang jer.. what ever ler janji happy hihi.. actully bukan pasal cuti aku nak cerita tapi pasal benda lain.

Seawal pagi aku menghadap PC office aku, oppss!! terlupa hari ni jumaat and nuzul al-quran so lebih afdal dan lebih berkat aku baca surah yasin dan doa awal pagi moga-moga hari ni beroleh kejayaan dan keberkatan, amin.. wokey lepas saja aku melakukan segalanya aku menghadap PC office aku, entah mood aku hari ni tenang jer so aku cari folder mp3 aku macam biasalah aku pasti mencari lagu-lagu hitz terkini dari radio XFM hihi.. aku cari lagu Mizz Nina featuring Noh Hujan dan juga Dj Fuzz Featuring Noh Hujan kedua-dua lagu ni dah aku posting kat link untuk download mp3 kat weblog auroradownloadmp3.blogspot so boleh lah korang download nanti yerk (pormot weblog plak aku ni hihi).

Actully kedua-dua lagu ni buat aku rasa tenang selain daripada zikir yang selalu aku lafazkan cuma kali ni, kedua-dua lagu ni agak tenang dan rileks untuk di dengar, lagu "Selamat Pagi Sayang" buat aku rasa bagai diawang-awangan hihi mana taknya lagu tu kira romentik juga puitis setiap bait liriknya hihi.. lagu "Kurnia" pula lebih santai so kira rileks ler pagi-pagi ni dah lagi pagi ni agak sejuk so macam terbuai jer perasaan ni sambil-sambil mendengar dua lagu tersebut huhu..

Kawan-kawan kat office ni sibuk dengan lagu raya, tapi mood aku tak de lagi pasal lagu raya. Ramai yang memilih ringtone lagu raya sekarang.. termasuk handphone aku tapi lagunya berbeza taw sebab aku pilih lagu dari kumpulan indie jer Hujan Featuring Raihan "Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda" hihi so tak de lah perasan sangat lagu tu hihi..

Entahlah tahun ni mood nak beraya agak kurang, baju raya, biskut raya, kasut raya, beg raya sume aku tak fikir lagi malas nak fikir sebenarnya.. mungkin faktor usia kut buat aku rasa macam tu.. semalam aku sempat ler juga pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.. ternyata selera nak ber Shopping belum terbuka lagi, saja aku cuci mata.. lebih baik aku rileks aje, mungkin kemeriaan itu akan terasa bila disaat-saat akhir.

Oklah cukup sampai sini dulu ada masa aku sembang lagi cerita lain, masa menunjukkan jam 8:05AM, time work rite now.. adioss!!

1 comment:

Anonymous said...

perlu memeriksa:)