Journal 2010 ~ #123


Seharusnya aku perlu melangkah jauh dan pergi jauh dari insan-insan yang aku sayang kerana aku tahu kehidupan ini bukan selalu indah dan bukan selalu menjadi kenyataan, bukan semua insan-insan yang berada disisi selalu menyokong diri kita namun hari ini, aku nekad untuk melupakan segalanya dan menyepi seperti angin lalu dan tanpa bekas atau parut biarlah kali ini aku jauh dan terus jauh dari semua ini dan jika sekali pun aku pergi untuk selamanya mungkin inilah takdir yang diberi dan aku yakin disana akan kekal selamanya..

Journal 2010 ~ #122

Aku tertanya sendiri adakah ini jalan yang aku pilih atau tidak mungkinkah keputusan yang ku pilih adalah jalan yang salah adakah aku sendiri yang terburu-buru membuat keputusan? namun kesilapan itu membawa padah kepada aku sendiri walauapapun terima kasih atas segalanya mungkin patut untuk aku mengudur diri dan lenyap untuk selamanya..

Journal 2010 ~ #121

Mungkin aku masih tertanya? siapa aku sebenarnya untuk menjaga setiap hati dan perasaan orang lain untuk aku harus memahami dan terus faham akan situasi dan keadaan orang lain untuk kebaikan dan kebahagiaan orang lain. Namun soal hati dan perasaan aku adakah mereka memahami? adakah mereka tahu? adakah mereka faham.. mungkin ia dan mungkin tidak aku mula benci dengan semua ini, seolah-olah keikhlasan itu mula hilang.. dan aku mula hilang kepercayaan pada diri ini dan jiwa aku sendiri, kadang kala pengorbanan ini tak pernah dihargai oleh insan-insan lain.